30 August 2009

Karutan Yang Mengarut...

Kamu sedar bertapa pentingnya ikatan kekeluargaan???
aku sedar itu....

Tahukah kamu sekukuh manapun hubungan kita dengan orang luar,kita masih perlu utamakan mereka-mereka yang diklasifikasikan sebagai "kerabat" kita.Kamu tahu mengapa?Kerana kita tidak tahu apa nasib kita di masa hadapan.Kita juga tidak tahu corak takdir yang telah terlukis buat kita.Okey,Cuba kamu bayangkan sekiranya kamu seringkali mengenepikan kaum kerabat kamu dan kamu lebih mengutamakan seseorang yang aku namakan sebagai "makhluk asing".Segala keutamaan kamu berikan kepada makhluk asing itu dan tanpa kamu sedari kamu telah pun melukakan hati kaum kerabat kamu.Sedikit demi sedikit sudah tentulah kaum kerabat kamu BOSAN dengan sikap kamu bukan?Maka kamu akan mula dianggap invisible dalam keluarga kamu..Kemudian cuba kamu bayangkan sekiranya takdir Allah menetapkan kamu mengalami satu kemalangan yang menyebabkan kamu lumpuh....Cuba kamu teka,siapakah yang akan menjaga kamu sewaktu itu?Adakah "makhluk asing" yang kamu utamakan itu yang akan memikul tanggungjawab untuk menjaga dan menguruskan diri kamu?Kalau jawapan kamu YA,kamu tahu apa kata aku?Aku akan gelak besar pada kamu..PERASAN! Kamu mahu tahu apa jawapan yang betul?Ketahuilah,kaum kerabat yang kamu ketepikan itulah yang akan menjaga kamu.Merekalah yang akan menyuapkan nasi ke mulut kamu,menyisir rambut kamu,bahkan najis kamu pun akan diuruskan mereka..Kalau aku menjadi kamu,aku MALU....malu yang teramat malu...manakan tidak,orang yang telah kita ketepikan kini mengutamakan kita....MALU....Kalau kamu tidak malu,aku klasifikasikan kamu sebagai manusia yang tidak mempunyai seketul darah kurniaan Allah iaitu HATI....
Kesimpulannya???
Kesimpulannya disini,"FAMILY FIRST!!"


Ah!Aku cuma mengarut...
Akal aku terlalu gemar memikirkan sesuatu yang tidak orang lain fikir..
Tak Tercapai Akal.....
S*t*n semua ini!!

27 August 2009

"show your LOVE"


*Thanks tuk pemberi cornetto "show your love" ni....
*really love it...
luv u 2...(",)(,")
*POST INI UNTUK AHMAD FAROQI....

Tag RAMADHAN......

Rules:
ADA 4 SOALAN




1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak pe. Mudah dan menjimatkan masa. harapnya begitu..
-DONE


2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..
-ALRITE.....

3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...
-INSYAALLAH.....

4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..
-INSYAALLAH...Try my best...

*Soklan yang sempoi tapi ada makna yang tersirat...lebih2 lagi kita yang Islam dan ngaku Islam banyak yg tak menjalani kehidupan yg berlandaskan syariat Islam...




Thanks for giving this TAG..(",)


PENYAMBUNG TAGGED INI IALAH :::


- ah_qie -

- Amalina -

- ecah -

- nad -

- bazz -

- SUsuHANA -

- farhana -

- aku -

- aku x tau sapa lagi dah -

- (kamu semua umat islam,sambutlah tagged ini) -




* I'm DONE!!!

25 August 2009

Susu KAMBING..

Post kali ni aku tujukan buat abah tersayang...
Semoga sihat cepat..
Orang doakan abah...

  • Aku mahu abah sihat cepat...Abah, terus terang kami sangat-sangat memerlukan abah....
  • Ramai sangat orang datang melawat abah..Dalam ramai-ramai tu,ada yang petua suruh bagi minum susu kambing asli.Aku pun mulakan gerakan mencari susu kambing tanpa berlengah...Ada yang cakap suruh aku cari dalam kawasan perkampungan India di Ladang Soon Lee....Aku ngan akak aku terus masuk kawasan tu tanpa pikir pape lagi dah...Masuk je ke kawasan tu, aku rasa macam masuk dalam satu dunia lain...Yela,selama ni,aku cuma membesar dalam kawasan Balai Polis yang bertemankan kaum kerabat polis...Tapi hari ini,suasana amat berbeza.Anjing di merata-rata.Aku mencari dan terus mencari rumah si penjual susu.Akhirnya kami jumpa rumah itu dengan bantuan "kompas masyarakat". Yang lawaknya,time aku bercakap dengan si penjual susu tu, anjing-anjing yang berkeliaran bertindak seperti wartawan dan datang mengerumuni aku seolah-olah mahu kumpul berita hangat.Yeap,aku sangat cuak..Tapi aku berlagak tenang sebab mahu menjaga hati kaum India di situ...Settle je urusan,aku terus menuju ke pintu kereta,masuk dan tutup...Arghhh...LEGA!!!.....
  • India susu tu tak dapat pergi kandang sebab hari hujan...After 2, my dear bagitau yang ada kandang Kambing ondaway ke Kuala Kurau...Aku ngan akak terus menuju ke situ...
  • Alhamdulillah...memang ada kandang kambing...dan aku mendapat susu kambing asli yang agak bersih pada pandangan mata kasar.
  • Aku betul-betul lega...menuju ke hospital dengan hati gembira..Semoga boleh membantu abah....


ni la abah aku bersama dgn budak gediks(adik bongsu aku)


*kamu semua punya apa-apa petua yang boleh menghilangkan penyakit abah aku????(kuning di seluruh tubuh badan dan mata...kaki,kuku dan tangan TIDAK bengkak.Sudah 4 hari dalam hospital...Doktor masih tidak tahu apa sebabnya...)

21 August 2009

PonTenG,,,

Hari ini sepatutnya aku masih stay kat maktab...untuk hari last sebelum cuti seminggu disambung dengan SBE seminggu...Tapi malam tadi aku da cabut balik rumah...Bukan aku sengaja mahu ponteng kelas hari ni..Tapi aku punya alasan aku sendiri...Rancangan yang aku rancang tak menjadi..ini adalah plan mengejut aku..Aku sendiri kepenatan mahu mengemas barang dan macam2 lagi kerja yang belum settle kat maktab...Tapi aku terpaksa jugak balik sebab kalau aku tak balik awal sehari, aku kena stay sorang-sorang kat maktab sampai hari ahad..aku tak yakin aku mampu duduk sorang-sorang kat maktab tu...nak pergi tandas malam-malam pun kena ajak kawan teman,ni kan pulak nak stay sorang-sorang...Okey, aku mengaku aku memang penakut...

Tapi kisahnya kat sini yang aku nak cerita adalah kisah kekecewaan aku pada seorang lect aku ni...Sebelum ni aku memang sangat-sangat mengagumi lec ak ni..bagi aku beliau seorang yang amat bijak mengawal emosi,pandai mengawal kemarahan dan bijak 'tackle' student.Tapi semalam,aku sedikit kecewa...Hari ini ada kelas beliau dan mengikut plannya, kami akan berbincang mengenai tugasan untuk SBE@PBS(pengalaman berasaskan sekolah) nanti.Tapi setelah aku membuat keputusan untuk cabut awal, aku pun meminta belas kasihan beliau untuk membenarkan aku 'ponteng' arini...Aku siap offer nak pergi jumpa beliau petang semalam untuk bincang pape yang patut.Tapi aku tak sangka beliau tidak dapat bertolak ansur dengan aku dan seolah-olah tidak membenarkan aku untuk tidak hadir ke kelas beliau hari ini...Hurm...Banyak jugak la aku berbalas mesej dengan beliau untuk meminta belas kasihan beliau...Tapi kecewa jugak la aku..Last skali aku senyap dan berhibernate....tak tahu apa nak buat....
I'm sorry ma'am..Da things happen out of my plan...Aku tetap angkat kaki balik...Dalam hati aku ada sedikit kekecewaan yang masih berbaki terhadap beliau...Aku cuba berterus terang dan berharap kejujuran aku ni dihargai...Tapi hampes kot...

Korang semua mesti pikir buatpe la aku pergi bagitau yang aku nak ponteng kan..Balik jela...Aku sebenarnya mahu menjaga hati beliau kerana bagi aku, aku patut respect beliau sebagai seorang lect..Aku x mahu mengecewakan beliau.Aku tak mahu beliau fikir aku memandang ringan Subjek beliau..Aku jugak tak mahu satu hari nanti student aku bertindak membelakangkan aku....Tambahan pulak ada sejarah hitam antara rakan sekelas aku dengan beliau...Aku cuma tidak mahu beliau berfikiran negatif terhadap kelas aku lagi...Tapi dah jadi camni, aku pun x tau la pasni aku nak menghadap beliau camne..

*Sorry la ma'am....Sy x sangka ma'am x dpt memahami masalah ini....
*Takdir memang begini..Time aku stay kat maktab x pulak ada kls...time aku ada prob,berlambak pulak kls...adoi................

20 August 2009

Sibuk Semak Sesak...

Lama jugak aku tak berkesempatan untuk update...
Minggu yang terlalu sibuk, semak dan sesak...
Sangat-sangat penat...minggu nak balik cuti pun kena siapkan micro teaching dan macam2 lagi...
Wreles maktab lak down....
Dah selesai aku daftar broadband celcom, elok pulak dah wireles...macam-macam...
penat sangat....

aku sangat penat...

penatnya aku....

aku kepenatan....

kepenatan nya aku...

??????...........

11 August 2009

Can Mali Can...

Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung

Assalamualaikum salam sejahtera,
Kami ucapkan kepada semua,
Terimalah semua persembahan kami,
Daripada kami yang cantik berseri....

Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung

Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung

Dalam kelas ini, kami sungguh happy,
Ada cikgu Ramlah yang sungguh berseri,
Kelas SDP banyak ajar kami,
Agar kami jadi,guru yang berkualiti....

Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung

Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung

Sekian sahaja persembahan kami,
Di lain masa kita berjumpa lagi,
Janganlah risau kalau mimpi kami,
Kami sememangnya yang TAMPAN dan BERSERI...

Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung

Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung

Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung



-koboi2 Can Mali Can bersama Puan Ramlah SDP...

  • ni la lagu rakyat Can Mali Can yang dah kitaorang ubah suai untuk persembahan nyanyian+alat muzik+pergerakan untuk kelas Seni Dalam Pendidikan(SDP) hari ni....
  • Lecturer kitaorang happy abes....
  • Tahniah kepada semua budak PISMP IPGM4.05 kerana berjaya membuat persembahan yang hebat-hebat belaka...
  • Siapa cakap budak maths x berseni kan?nombor-nombor jugak...seni mesti ada....

oHH elaun....

Elaun aku belum masuk.... Tah bila baru akan masuk...poket aku semakin nipis... Kerja aku meneman orang beli barang je la sekarang ni... Nasib baik la orang yang aku teman ni baik... Dia belikan aku Famous Amos....Aku suka makan benda ni time2 malas nak turun makan kat kafe...THANKs dear....




Kali ni famous amos buat promosi pe tah...siap bagi clip cute ni lagi..layannn.....



aku jugak sempat menghabiskan sisa-sisa elaun lepas dengan membeli ini:
ROCK AND LOVE(rock la sgt)....
*bukan ini sahaja....bermacam benda lagi....aku ini seorang pembazir tegar tahu....
*tolong nasihatkan aku sikit!
*sekarang ni aku sedang berfikir bagaimana mahu mendidik anak murid aku nanti agar tidak membazir...(mcm ketam ajar anak berjalan la jadinya kan???)

10 August 2009

2 mY beLoveD sis......


My beloved sis;

Kita memang sudah dewasa...
Tapi kita TIDAK LAYAK lupakan mereka....
Mereka yang membesarkan kita....
Mereka yang menjadikan kita seperti hari ini....
Mereka yang menjaga kita sehingga dewasa begini....

Kamu tahu apa yang mereka mahu???
mereka cuma mahu mendegar suara kita...
mereka cuma mahu tahu selamat mana kita di sini....
mereka cuma mahu tahu di mana kita berada...

Sedikit pun tiada dalam hati mereka untuk hidup atas kesenangan kita...
sedikit pun tiada antara mereka yang mendoakan kita sengsara walau sezalim mana pun kita kepada mereka....

sbg seorang manusia:
  • Ingat pesan aku, air mata mak abah terlalu berharga untuk kita biarkan mengalir...
  • Sekalipun kita tidak mampu membantu dengan wang ringgit,bantulah dengan TIDAK menyusahkan mereka..


*korang sume dah tanya khabar mak ayah korang???aku sudah...kamu bila lagi????

08 August 2009

Sabtu yang BEST!!!

6.30 am
  • terjaga pagi....
  • cepat-cepat tutupkan mata balik supaya x hilang mood tidur...

7.00 pm~~~

Hidup ni memang adil kan??? aku sangat-sangat la mati kutu hari nih... Bangun pagi jep aku cepat-cepat tutupkan mata balik...supaya aku tidak akan menghadapi hari-hari kebosanan ini...Aku dah dapat agak dah... Sabtu ni mesti sabtu yang x best... Bukan aku pandai menilik apa yang akan terjadi kepada aku,tapi menurut kebiasaannya,bila hari aku takde date,mesti takde jugak benda lain yang boleh aku buat.... Macam hari ni, takde pulak kengkawan yang nak ajak aku pergi mana-mana... Bila hari aku ada date,banyak pulak rancangan-rancangan best dari pelbagai pihak... Untuk yang ke 100 kalinya(hyperbole) aku mesej kak iva aku...ajak dia kuar gather2.....dah lama aku tak gather-gather ngan akak2 aku..dan seperti biasa, dukacita je....akak aku ni sibuk memanjang..senang aku cakap,dia ni gila kerja.... Nak mesej kak long,terus terbantut...takut dukacita lagi...malas lah... Aku pusing satu asrama time bosan ni...lagi mendukacitakan!!!! mostly tengah bersiap nak kuar....dating,seremban.bday anak sedara.....macam-macam lah... Aku balik bilik,aku lompat atas katil..sampai lah sekarang....hah....esok...esok ahad....camne aku nak menghadapi hari seperti ini sehari lagi...tolong....

*cepat2 sihat tau....
*kte 2gether2 mcm biasa....


*comey kan budak ni????

06 August 2009

can u help me???


owh tidak..aku bukan orang seperti itu...dan aku tidak perlu menjadi seperti itu..kerana aku sudah 21tahun...tak perlu lagi bersikap kebudak-budakkan begitu...membuang masa aku sahaja..
kamu??mahu jadi seperti itu juga?
hurm...aku tidak tahu perlu cakap apa kepada kamu kalau kamu juga ingin menjadi seperti itu...kerana aku tidak layak menasihati kamu..pertimbangan akal aku mengatakan kamu punya ilmu akhirat lebih dari aku..mungkin...aku terlalu daif untuk bercakap hal-hal itu....
Biarlah kamu membuat pertimbangan akal kamu sendiri...
Dan biarkan aku terus bermain dengan jiwa aku sendiri...kerana aku bukan kamu...dan aku tidak mahu menjadi seperti kamu...
Cuma aku minta kamu tolong aku satu boleh????
Tolong sangat-sangat....
Tolong,
GO TO HELL!!


*sikap mcm budak-budak...
*kamu pikir aku akan melayan kamu???
*pergi seratus org kebudak-budakkan seperti kamu aku tidak rugi satu sen pun!!
*once again,plz help me...GO TO HELL!!

Homesick....

Homesick la kebelakangan ini...
kenapa yeap??
Bukan baru aku tinggal jauh dengan keluarga.Dah lama dah..Tapi gase nak sangat balik kampung.Kakak-kakak aku ada kerja pulak dah...(busy aje korg 2)
Eiii...Tak best betol.
Homesick ni jugak buat aku malas mahu ke mana-mana..
malas mahu belajar,
malas mahu ke kelas,
malas mahu mandi,
malas segala-galanya lah..
Rindu mak abah lak...sesungguh ni!!
maybe sebab dah lama aku tak balik lepak rumah kot..hurm...

my luv-mama & abah...
*abah aku ni misai jep tebal,tp dia x garang pon...cuma tegas..polis kan..
*luv my family..luv 'u' also dear..

03 August 2009

untuk kamu....

Kamu tahu mengapa aku menitiskan air mata aku untuk kamu semalam???
Kerana aku sakit melihat senyum kamu...
Aku pedih mendengar ketawa kamu...
Aku perit melihat kamu berjalan seiring dengan ku....

Kamu perlu tahu apa yang aku mahu.....
Aku cuma mahu senyuman kamu dulu...
Aku rindu untuk mendengar ketawa kamu yang dulu...
Aku ingin untuk melihat kamu berjalan seiring dengan ku seperti dulu...

Kamu,
cepat-cepatlah kembali seperti dulu...
Aku mahukan kamu sihat seperti dulu...
aku mahukan kamu!!!

Cuma satu yang perlu kamu ingat,
sampai bila-bila pun aku tetap mahukan kamu....
kerana kamu adalah separuh dari hidup aku...
tidak dapat aku bayangkan hidup yang separuh itu tanpa kamu....
"u r my arc reactor...."

awak,
*tlg yea...sihat la cepat2....sy syg awak!

01 August 2009

Sedapnya Milo....




Aku suka milo tapi aku tak pernah tengok buah koko...Rabu lepas,buat pertama kalinya aku melihat dengan real buah KOKO...nak kata terlalu taksub tu tidak la jugak..tapi aku agak gembira kerana aku bertuah dapat tengok buah koko ni....Ayah Aji,ayah angkat aku di Janda Baik,Pahang(bwh program Bina Insan Guru siri4) yang kenalkan buah ni pada aku...Kebetulan atas tanah kebun seluas 4ekar miliknya ada buah ni...dan yang paling best,dia bagi aku buah ni sebijik...katanya,petik yang kuning tu..balik tunjuk kat orang Bagan Serai...huhu...mulanya aku malu jugak nak petik...tapi dah dua tiga kali disuruh,laju je tangan aku petik..katanya buah ni sedap....


tapi sampai sekarang aku tak rasa lagi...



sayang pulak nak makan...



teringin....



tapi sayang nak makan......



............




31 July 2009

Aku SAYANG sahabat aku....

Kadang-kadang kita rasa diri kita sudah cukup sempurna sehinggakan kita tidak memerlukan orang lain lagi dalam hidup ini...itu bagi kamu..tapi bagi aku, kita amat memerlukan orang lain dalam hidup kita...siapalah kita tanpa kawan-kawan.....aku amat memandang tinggi manusia yang mempunyai ramai kawan dan mampu berkawan dengan siapa sahaja...

Aku pula?aku sukar untuk memulakan persahabatan kot...tapi sekali aku sudah bersahabat,susah untuk aku melupakan sahabat aku...inilah aku....mungkin bagi kamu mudah untuk kamu meninggalkan sahabat yang kamu rasakan tidak sesuai buat kamu..tapi bagi aku,sangat susah...tambahan sahabat yang bersama aku dalam suka duka....


Pernah sekali di zaman sekolah dulu aku berselisih faham dengan seorang sahabat aku.masing-masing mempertahankan ego sendiri...Sungguh aku katakan,aku tidak mampu hidup dengan tenang dalam masa 'kedinginan' itu...segala-galanya jadi tidak sempurna....Aku akan mencari dari akar umbi dimana silapnya semua itu...dan sudah menjadi tabiat aku bila berselisih faham dengan sesiapa pun,aku akan mengadu pada mak,meminta pandangan daripada abah....dan abah akan selalu cakap:-"kadang-kadang bila kita bergaduh dengan orang,jangan asyik nampak salahnya dia...lihat juga diri kita...bila terlalu kerap bergaduh dengan ramai orang,jelas silapnya pada diri kita...jangan dituding jari pada orang lain...lihat juga siapa kita..."


Kata-kata itulah yang aku pegang sampai sekarang...Sehinggalah kini aku menjadi seorang yang malas mahu ambil port benda-benda kecil begini...lebih banyak bermain dengan perasaan sendiri...lebih banyak menelan dari meluah mungkin(meluah pada yang aku percaya)...ya,bagi aku bila berkawan kita tidak perlu ambil pusing terlalu banyak perkara...kadang-kadang kita cuma perlu membiarkan angin lalu membawa segala 'kedinginan' itu....kerana itu jugalah aku mampu bertahan banyak perkara sehingga kini...kamu nampak itu???

Aku tidak tahu mana silapnya kadang-kadang "kebetulan" datang selepas terjadinya sesuatu perkara yang menambahkan lagi kerumitan....bagi aku,semua itu dugaan...dugaan untuk menguji sejauh mana kita sayangkan sahabat kita...kalau sayang kita senipis kulit bawang,sudah tentulah sekelip mata mudah untuk kita meluahkan kata-kata mengikut perasaan....Tapi kalau sayang kita kepada sahabat itu mendalam,tentu kita akan menelan semua itu...

Dalam memilih seorang sahabat,tidak banyak yang aku nilaikan...aku berkawan dengan sesiapa sahaja...tidak kira yang bertudung labuh,bertudung pendek,bertudungkan selendang atau tidak bertudung sekalipun...aku tidak memandang semua itu...apatah lagi memandang harta keturunan mereka...bukan sahaja tidak memandang,malahan aku tidak mahu mengambil tahu sekalipun tentang latar belakang mereka...biarlah siapa sahaja mereka itu...yang penting aku sayangkan mereka kerana mereka itu sahabat aku...bukan kerana mereka mampu membawa aku lebih tinggi dari apa yang aku mampu....Kerana bagi aku,sahabat hanyalah peneman.bukan kabel aku...segala yang aku mahu akan aku capai sendiri dengan keizinan PENCIPTA ku..

Kamu SAYANG sahabat kamu???Aku AMAT sayangkan sahabat aku....
Kalau kamu juga seperti aku,tentu kamu tahu bagaimana mahu menyayangi mereka..

Gambar hiasan...

Trip to Lumut n Pangkor....

*17-19 Julai....
*Trip ke Lumut+Pangkor.....
* dh lama x join kgkwn jalan2...even poket kering,aku tetap ikut jugak..

*bawah ni ada sikit gambar time kat sana....



ni pulak wif aimi n bell kat jeti nak ke Pangkor...


dlm feri....


di kubu lama.....


dah nak balik....
bergambar kenangan ngan kak ain selaku tuan rumah....tq...
*best...thanx kgkwn....

30 July 2009

Menghargai....

Jika kamu memancing ikan…
setelah ikan itu terlekat di mata kail…
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja…

kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu…
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu…
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada…
jangan terlalu mengharap pada takungannya…
dan janganlah menganggap ia begitu teguh…
cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak…
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…
akhirnya ia dibuang…
sedangkan jika kamu cuba membaikinya…
mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya…
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…
anggaplah dia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan kesilapan…
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya…
Sedangkan jika kamu memaafkannya…
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu…
Mengenyangkan. Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain…
Terlalu ingin mengejar kelazatan…
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya…
Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu…
Menyayangimu. Mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain…
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…

*x tahu dari mana sumbernya asalnya....seorang manusia yang amat aku sayang bagi ni pada aku...amat bermakna..waktu aku hampir terbabas dari landasan yang aku sendiri tetapkan,bait-bait perkataan kat atas mengembalikan aku ke landasan sebenar....thanxxx....

22 July 2009

Tagged dari odies...

1. Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
dahi n pipi kot....

2. How did u feel when u woke up this morning?
gelabah...mikro teaching PJ aku pagi td...

3. Who was the last person / people you took photo with ?
lupa....dak2 kls kat Lumut kot...

4. Would u consider urself spoiled ?
bila faroqi marah and gadoh ngan kwn...

5. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
yeap....dulu2...

6. Do you want someone to be dead?
xde kot...

7. What does your last text message say?
x la..awk x mcm 2 pn...(sdg mengumpat dgn faroqi)

8. What are you thinking right now ?
kenapa susah nak rapatkan ukhwah....

9. Do you want someone to be with you right now ?
all my friends...

10. What was the time you went to bed last night ?
around 1.00am..

11. Where did you buy the tee you are wearing now ?
alamanda Putrajaya...cheetah ladies..tee kosong je..RM13.90..haha

12. Is someone on your mind right now?
adik tgh trial UPSR...

13. Who was the last person who text you ?
ahmad faroqi...

14. TEN Lucky Person to do this quiz.

1- amalina..
2- odies..
3- bazz
4- nad
5-ecah
6- pikok
7-(,")(,")
8- (,")
9- (,")(",)(",)
10- amalina


1. Who is no.2 having a relationship with ?
odi-dadel...bergayut ttiap mlm..aku cemburu!!

2. Is no.3 a male or a female?
female la...

3. If no.7 and no.1 get together , would it be a good?
hahaha...x good lgsung!

4. What is no.1 studying about?
ekonomi...

5. When was the last time you chatted with them?
bila eh...x sempat menyemak bilik dodi kblkgn ni..haha

6. Is no.4 single?
single but not available...berpunya la 2..

7. Say something about no. 2.
TAK kedekut...pemurah...

8. What do you think about no.3 & no.5 being together?
x prnah terfikir..

9. Describe no.9.
~lalala~

10. What will you do if no.6 and no.7 fight ?
xdak pape akan jadi...pikok sangat berhati kering...xde fight2...fight ngan HABBO memanjang..

11. Do you like no.8?
~lalala~

12. How about 10?
single and AVAILABLE.bila mahu berpunya?x yah geli2..sudah masanya...haha

Dewasa ke?

Maaf...
Aku daif tentang hal itu...
Itu aku mengaku...
Tapi daif aku ini masih punya mata serta hati untuk melihat ke kejaman manusia keatas aku...
Daif aku ini masih mampu memilih yang terbaik buat diri aku sendiri...

Semakin aku dewasa,semakin aku belajar erti menerima seadanya...
Kepada sesiapa sahaja...
Aku sudah mula sedar siapa pun manusia di keliling kita,apa pun rupanya,apa pun sikapnya,ITU lah DIA...Kita hanya layak menerima dia seadanya...kerana semua manusia punya kurangnya...

*saya sudah dewasa!!!huhu..Tapi masih gagal mengawal emosi...

21 July 2009

Kau Memang LAYAK....

Kau layak berbicara soal Tuhan kalau kau mahu...
Tapi biarlah kau benar-benar arif tentang itu...
Agar tiada manusia yang akan membenci engkau....

Kau layak berbicara soal amanah....
Tapi eloklah sekiranya engkau benar-benar amanah...
Agar tiada hati mempersoalkan amanah kamu itu...

Kau layak berbicara soal akhirat...
Lebih layak sekiranya engkau benar-benar memahami bagaimana untuk mencapai akhirat itu...
Agar tiada insan yang kecewa dengan engkau....

Kau layak berbicara soal aurat....
Lebih layak sekiranya engkau menjaga pandangan mu dari melihat aurat...
Agar tiada lidah yang mengkeji perbuatan mu itu....

Kau amat layak untuk mengingatkan soal niat....
Tapi lebih layak sekiranya engkau benar-benar ikhlas pada niat engkau...
Agar tiada manusia yang memperlekehkan niat itu...

Kau juga layak menggunakan kuasa engkau...
Lebih layak sekiranya engkau menggunakan kuasa itu bukan untuk membalas perbuatan keji keatas engkau...
Agar semua manusia menghormati engkau sebagai seorang yang berkuasa....

Awak......

Berapa hari lagi awak nak senyap macam ni??
Awak suka begini??
Awak tenang dalam keadaan ini?
Terpulang pada awak...
Awak mempunyai kuasa untuk berbuat begini...
Jaga diri....jaga hati....

20 July 2009

Silent Hills....

Aku sedang bermain Silent Hills.....
Tapi ini bukan silent hills y biasa...
Ini "silent Hills ORANGE"....
Permainan dunia aku sendiri...
Aku hampir tewas...kalah....failed!!!
Tapi aku masih bertahan...kerana sudah terlalu lama aku bermain dalam permainan ini...aku terlalu sayangkan permainan ini....TERLALU SAYANG!!!!Tidak pernah aku terfikir untuk meninggalkan permainan ini walaupun sedetik....Tidak pernah aku berundur walau selangkah pun apabila pelbagai hantu datang menyerang...Aku menggunakan segala senjata yang aku kutip sepanjang bermain game ini untuk terus berjuang ke tempat penamat..Dalam perjuangan GAME ini,aku bersama seorang lagi peneman...Dia ialah seorang yang amat aku percaya dan aku berharap dia akan bersama-sama aku sehingga penghujung GAME...
  • Untuk temanku itu,aku tahu kamu akan membuka "muzium" aku ini walaupun kamu membenci muzium ini...Aku cuma mahu kamu sahaja menjadi teman aku sehingga ke hujung permainan ini...aku tidak mahukan teman yang lain!!!kalau kamu sudah tidak mampu temankan aku,aku faham...Aku memang seorang yang tidak layak menjadi teman buat kamu...Aku tetap akan teruskan GAME kita ini walaupun aku berseorangan...kerana aku pernah berjanji pada diri aku tidak akan berganjak walau selangkah pun pergi dari game ini...

17 July 2009

Jeritan yang kamu TIDAK dengar!!

Hati aku terlalu banyak bersuara kebelakangan ini....Aku takut...Takut tidak mampu lagi menahan perasaan dalam hati ini...Kalau lah hati ini aku ibaratkan seperti belon(hati) yang diisi air(dugaan),aku pasti hati aku sudah pecah akibat terlalu banyak menahan perasaan sendiri..Hati aku terlalu banyak bersuara...bersuara kepada semua...semua yang ada di sekeliling aku....Namun kamu tidak mendengar bukan???

Kepada Allah hati aku berkata:
Ya Allah...Aku tidak terlalu kuat untuk menerima dugaan-dugaan kecil ini yang datang bertimpa-timpa ini....

Kepada rakan-rakan seperjuangan:
Sudah terlalu lama aku tak dapat join aktiviti kita...Aku mahu..Terlalu mahu..Aku rindu...Terlalu rindukan ukhwah itu...Tetapi dugaan demi dugaan yang aku hadapi menghalang aku daripada mengikuti kamu semua...Maafkan aku..Kali ni pun ak tak dapat join korang lagi kan?..Aku rasa makin jauh dengan korang...*Aku tidak mintak pertolongan kamu semua...cuma aku minta kamu faham aku...

Kepada institut tempat aku menuntut ilmu:
Adakah dalam borang perjanjian yang aku tandatangan dulu tersurat frasa yang membawa maksud "elaun akan di sekat sekiranya___________". Kalau tak silap aku,tak pulak aku terbaca ayat tersebut...atau aku terlepas pandang????Kalau bab nak sekat duit,laju je korang bagi alasan eh.Tapi kalau bab nak kuarkan duit untuk aktiviti pelajar,sangat la LEMBaB!!BODOH kan korg!!korg sangat bodoh...sengal...set**!!

Kepada dia:
Am I alone???"cool" n "relax" tidak dapat tenangkan hati saya pun awak...


Aku tidak pandai meluahkan melalui kata-kata..juga tidak pandai menunjukkan emosi ini...aku cuma tahu berperang dengan hati aku sendiri..Tapi setiap yang terpendam menjadi gangguan untuk aku...selagi ia tidak selesai,selagi itulah aku masih begini..Aku juga sudah penat memaki hamun....ARGHHHHH....Penat sudah aku dengan semua ini....Boleh tak aku mengganggu kamu semua dengan menjerit sekuat hati aku????


*Jangan risau...tiada sesiapa akan mendengar jeritan aku ini walau sekuat mana pun aku menjerit....kerana jeritan ini ialah jeritan HATI....


14 July 2009

Aku Terganggu....

  • Aku amat terganggu kebelakangan ini....
  • Tahu apa yang mengganggu aku???
  • Jawapannya ialah:Raja Buah@Durian...
  • Aku amat mahu kan durian saat ini...
  • Ada sesiapa boleh bawakkan aku buah itu???
  • Tolong...seberapa segera yang mampu....
  • Walaupun baunya kuat,tapi buah itulah yang menjadi kegilaan aku sekarang...
  • Amatlah rugi sekiranya aku tidak mendapatkan buah yang hanya ada pada musimnya itu....
  • Sesiapa yang berjaya mengubati gangguan ini aku + kan kasih sayang buatnya...wawa..
*Aku tahu Faroqi terganggu dgn post ini...hehehe...(,")(",)
*Sumpah dengan tidak sengaja dan tidak berniat aku mengganggu kamu....

12 July 2009

Syurga Cinta...



Aku amat tertarik dengan filem Syurga Cinta lakonan Awal Ashari dan Heliza.Aku sempat tonton filem ni bersama seorang rakan aku,(BAZRIANA) di GSC Alamanda.
Filem ini tentang Heliza yang membawa watak seorang guru muda Islamik yang menjalinkan percintaan dengan seorang pemuda moden(Awal Ashaari) yang baru pulang dari luar negara. Haziq memegang watak adik angkat kepada Awal Ashaari menjadi orang tengah atau posmen antara Heliza & Awal.Kisah percintaan mereka bermula dengan Awal yang terkenal dengan sikap playboy nya menyahut cabaran kawan-kawan untuk mendapatkan Heliza.Cabaran akhirnya menjadi kenyataan apabila Awal benar-benar jatuh cinta kepada Heliza.Namun begitu, ego seorang play boy telah menjadikan Awal mengenepikan sebentar perasaan cintanya semata -mata mahu membuktikan yang dia benar-benar playboy....Tapi akhirnya apa yang boleh aku cakap adalah "cinta dari syurga tetap berjaya meruntuhkan ego seorang play boy!"
  • silalah korang semua tengok cerita ni...best sangat..
  • orang yang tak bercinta pun kompem ter'feel skali punya.
  • filem ni banyak pengajaran terutamanya kepada orang-orang muda yang menyalah ertikan cinta.
  • unsur-unsur keagamaan banyak diselitkan dalam filem ini.
*cuba-cubalah carik CD kalau tak ditayangkan dah di pawagam.
*amalina,ag mst x dpt tengok citer ni kan???rugi2...

back 2 da normal...

Orang b***h itu tidak b***h lagi....(",)

11 July 2009

B***h kan orang ini???


Ini adalah hadiah...Hadiah ini dibuat oleh orang yang b***h untuk 'seseorang'.Hadiah ini dibuat khas untuk mengucapkan 'best of luck' sempena permulaan semester baru...(sebagai penaik semangat la konon)...b***h betul orang yang buat hadiah ini sebab membuang masa menyediakan hadiah ini untuk seseorang yang tidak tahu menghargai.Ini merupakan kali kedua orang b***h itu menyediakan hadiah tersebut.Apa lah balasan yang orang b***h itu dapat dengan menyediakan hadiah ini bukan?(orang b***h itu tidak mendapat sebarang balasan selain KECEWA kot..)
::B***h bukan orang yang buat hadiah ini??

::Mencari Yang Sejati::

Kian

Artist: Mawi

Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati

*Kadang-kadang lirik lagu terkena dengan kehidupan seharian kita bukan?
*Lirik lagu ini tiada kena mengena dengan kehidupan aku..
*Jangan pandai-pandai membuat tafsiran kalau kamu tidak tahu!!!
*Ini muzium aku bukan???Aku punya hak yang tidak layak dipertikaikan kamu sama sekali!

09 July 2009

Mencari Emas di Kelantan..

Esok,10 Julai 2009..lawatan ke Kelantan untuk melawat IPKB telah diatur sekian lama oleh Jabatan Maths dgn kerjasama MATHS KILLER..Itu la perkara yang mengganggu fikiran aku sekarang ni..Kalau aku x join,rugi jugak rasanya.x dapat bersama kawan-kawan,x dapat makan angin free,x dapat pengalaman n macam-macam lagi lah...Kalau aku join,x terlalu penatkah aku nanti?Sempat ke aku nak study STATICTIC last minute sedangkan otak sekarang hanya ada ilmu CALCULUS?Risau pulak kalau last minute aku ada masalah lain...Macam exam lepas,aku bajet aku sudah cukup hebat untuk study last minute,tapi aku lupa pada ALLAH yang maha kuasa.Aku ditimpa masalah pada saat2 terakhir yang aku peruntukkan untuk membuat kayuhan STATISTIC...akibatnya, aku kecewa dengan diri sendiri.....Aku cuma mampu mencapai pointer 3.32 dan purata pointer aku jatuh....ni la yang aku dapat pada saat kawan2 lain bergembira dengan keputusan yang mereka dapat.

3.40 pm...

  • masih berharap untuk join lawatan kelas+jbtn maths ke IPKB...
  • bergerak ke blokD untuk blaja dengan member2 yang master statistic...
  • STILL confuse...peluang vs masa depan....
  • kata abah "peluang mungkin ada lagi di masa depan"....
11.34 pm
  • Masih gagal membuat keputusan...
  • Aku sudah mula ber'hibernate'kan diri...
  • Jiwa benar-benar kacau..
12.43 am
  • Aku masih disini....
  • Masih berHIBERNATE!
5.10 am
  • Aku yakin dengan keputusan aku....
  • Struggle disini...
  • Slamat jalan kwn2..
Huhu..akhirnya inilah keputusan aku..Bagus atau tidak keputusan aku ini pun aku tidak pasti...tapi semua ini berkaitan result exam aku yang aku sendiri perlu tanggung.Semua orang boleh bercakap.Yang menanggung malu hanya aku seorang.Jadi keputusan ini aku ambil setelah membuat pertimbangangan akal.Aku perlu berkorban peluang kali ini untuk mencipta masa depan yang lebih banyak peluang pastinya...

08 July 2009

Gagal?

Bukan mudah untuk menerima kegagalan bukan?(walaupun kegagalan kecil)...sangat malu...risaukan pandangan orang lain terhadap aku.Aku bukan pemalas,tapi nasib dan keadaan kehidupan aku yang sangat teruk waktu itu telah menjadi "hantu" untuk menggagalkan "game" aku ini...Aku perlukan momentum untuk bangun dari kegagalan ini...Sewaktu aku mengadu perihal kegagalan ini kepada abah,nasihat abah cuma;
- "kadang-kadang gagal ni bagus untuk membuat kita sedar diri" -
abah lebih mengenali aku.aku mengaku,sikap tidak mahu kalah yang ada dalam diri aku selama ini yang telah membuat aku berasa sangat kecewa seperti ini mungkin.(aku tidak pernah mendapat tempat terakhir di dalam kelas.Jadi aku tidak pernah mengalami perasaan terlalu "b***H")..Ya,aku terlalu memikirkan semua ini sehinggakan 'pending' seketika hidup aku.Dan sekarang aku sudah bangun..bangun untuk membuktikan aku bukan "b***H"....Setiap saat amat berharga sekarang..Aku perlu lari dari segala "hantu" yang mengganggu "GAME" aku ini..

* 1000 kasih buat sorg insan yg sentiasa ada u m'dgr kisah kegagalan "GAME" aku ini.
*Thanks a lot untk family + kwn2 y sentiasa ada untk m'gerakkan aku semula.
*Thanks jg pada Mon yg slalu m'nasihati aku btapa b'hrganya s'buah k'gagalan.
*Juga buat aimi yg sdrkan aku k'gagalan ini bknnya "end of the world"..