17 July 2009

Jeritan yang kamu TIDAK dengar!!

Hati aku terlalu banyak bersuara kebelakangan ini....Aku takut...Takut tidak mampu lagi menahan perasaan dalam hati ini...Kalau lah hati ini aku ibaratkan seperti belon(hati) yang diisi air(dugaan),aku pasti hati aku sudah pecah akibat terlalu banyak menahan perasaan sendiri..Hati aku terlalu banyak bersuara...bersuara kepada semua...semua yang ada di sekeliling aku....Namun kamu tidak mendengar bukan???

Kepada Allah hati aku berkata:
Ya Allah...Aku tidak terlalu kuat untuk menerima dugaan-dugaan kecil ini yang datang bertimpa-timpa ini....

Kepada rakan-rakan seperjuangan:
Sudah terlalu lama aku tak dapat join aktiviti kita...Aku mahu..Terlalu mahu..Aku rindu...Terlalu rindukan ukhwah itu...Tetapi dugaan demi dugaan yang aku hadapi menghalang aku daripada mengikuti kamu semua...Maafkan aku..Kali ni pun ak tak dapat join korang lagi kan?..Aku rasa makin jauh dengan korang...*Aku tidak mintak pertolongan kamu semua...cuma aku minta kamu faham aku...

Kepada institut tempat aku menuntut ilmu:
Adakah dalam borang perjanjian yang aku tandatangan dulu tersurat frasa yang membawa maksud "elaun akan di sekat sekiranya___________". Kalau tak silap aku,tak pulak aku terbaca ayat tersebut...atau aku terlepas pandang????Kalau bab nak sekat duit,laju je korang bagi alasan eh.Tapi kalau bab nak kuarkan duit untuk aktiviti pelajar,sangat la LEMBaB!!BODOH kan korg!!korg sangat bodoh...sengal...set**!!

Kepada dia:
Am I alone???"cool" n "relax" tidak dapat tenangkan hati saya pun awak...


Aku tidak pandai meluahkan melalui kata-kata..juga tidak pandai menunjukkan emosi ini...aku cuma tahu berperang dengan hati aku sendiri..Tapi setiap yang terpendam menjadi gangguan untuk aku...selagi ia tidak selesai,selagi itulah aku masih begini..Aku juga sudah penat memaki hamun....ARGHHHHH....Penat sudah aku dengan semua ini....Boleh tak aku mengganggu kamu semua dengan menjerit sekuat hati aku????


*Jangan risau...tiada sesiapa akan mendengar jeritan aku ini walau sekuat mana pun aku menjerit....kerana jeritan ini ialah jeritan HATI....


5 comments:

cik amal :) said...

mengapakah?? nape sedeyh sgt ni? huhu :(

Anonymous said...

heee babam jom g gabai kita jerit puas2 naaa heheheh

giGGLe said...

amalz:
ag mst tau nape ak sdih...

odies:
gabai???kte g sunway lagoon skali lg..nek benda2 y pecahkan jantung..baru bezzz...

Bazzstary said...

nk ikot!!

nak naik buai lg!

giGGLe said...

JOM!!