Hari ni perlantikan ketua dan penolong kuliah baru untuk semester depan...dan aku menang dengan majoriti penuh.Tak tahulah adasama perlantikan ini satu bentuk "ejekan" atau sudah sampai turn aku(tapi ramai lagi yang belum terkena) atau sememangnya mereka mahu aku menjadi penolong kuliah seterusnya yang memegang kuasa untuk memerintah mereka semua...
Aku rimas la..bukan apa,even maktab dah jadik institut,sistemnya masih sama seperti sekolah..kena pegang buku register,mesyuarat selalu,perhimpunan,sediakan itu,sediakan ini...jujurnya aku memang tak sanggup untuk menerima "tanggungjawab" ini...Tapi disebabkan aku tidak mahu ada yang bercakap belakang,aku terima jugak tanggungjawab ini dengan hati yang lapang(sempit tapi dilapangkan)...Dan selaku bakal penolong kuliah,aku telah diberikan mandat untuk berucap.ucapan yang biasa bagi aku;
"Assalamualaikum.Terima kasih lantik aku.Sebelum aku pegang tanggunjawab ni,aku jujur cakap,aku akan jadi diri sendiri dalam menjalankan tugas aku.Kalau aku gase nak "hangin" aku akan berangin,kalo aku gase nak "balas dendam" aku akan buat..Korang semua kenal dah kan aku camne..aku akan jadi diri sendiri.Korang masih berpeluang untuk tarik balik keputusan ni kalo korang semua mau..."
Pastu ada yang muka cuak,ada yang muka terkedu,ada jugak yang terdiam...bukan niat aku nak buat mereka camtu..cuma aku nakkan kepastian...Lepas beberapa saat,ada yang menjawab, "xpe,cuba dulu", "xpe,tringin nak tengok camne ko"....dan banyak lagilah bunyi2 yang menandakan keputusan tetap untuk aku menjadi penolong...Dengan suara orang "berkuasa" aku meneruskan ucapan dengan sedikit ugutan;
"Oke,korang semua dah serius nak aku jadi penolong.
Aku rakam(guna otak) semua kata-kata nih eh.Taun depan,if ada pape "bunyi" yang complain pasal aku dan tanggungjawab aku,aku kuarkan balik pe yang aku dah rakam nih.
Terima kasih"
Macam tulah nampaknya...satu tanggungjawab baru yang aku kira merupakan permulaan kepada musim "menambah dosa" untuk diri aku.Aku sedar,"tanggungjawab" bukannya boleh dibuat main.Menerima tanggungjawab ini seolah-olah meletakkan sebelah kaki aku di dalam neraka dan sebelah lagi di dalam syurga..Sekiranya aku benar - benar amanah menjalankan tanggungjawab ini, ke syurga lah tempat aku...Sekiranya aku tidak amanah,terhumban dalam neraka jahanam lah tempat aku..(aku ex-SMKa oke!)
Dulu, time aku jadi exco asrama(form4 & form5) aku memang jadi diri sendiri..Siapa yang tak carik pasal ngan aku,memang aku tolong backup...sapa yang selalu pedajal aku,buat musuh dengan aku,memang silap banyaklah..Aku pedajal balik la dengan menggunakan "kuasa" yang aku ada...
- Tapi tu semua "sejarah"....dan "sejarah" mungkin AKAN berulang...hahahahaha(gelak orang berkuasa)...
- Tak sabar untuk bermain dengan sejarah diri aku dahulu...
wajah-wajah mereka yang bakal berada dibawah "territory" aku dan azhar...hahahahaha(gelak seorang colonialist!!!)
wajah salah seorang teman yang sama-sama menjadi penjajah satu ketika dahulu..(dia hampir berjaya di Purdue sana,aku masih disini...)