Yeah,untuk tahun 2009 ni banyak sungguh suka duka,kisah kita. tak silap aku tahun ini merupakan tahun ke12 perkenalan kita.selama 12 tahun ini juga terlalu banyak yang kita lalui.Bermula sebagai rakan sekelas,menjadi teman belajar,menjadi musuh dan sekarang ini kita adalah kita…
Awal tahun kita agak sibuk dengan keluarga masing2.Ayah kamu sakit…Tak lama lepas tuh abah pulak sakit.Time abah sakit aku tahu aku kurang bersama kamu.Tapi hati aku tetap bersama kamu.Kamu banyak membantu dan memberi aku semangat waktu itu…
Ogos 2009,awk sakit di Hospital Sungai Buloh. PadaNya aku bermohon supaya kamu segera sihat.Sungguh aku sebak setiap kali terpandang wajah kamu yang layu.Tidak ada yang lain dalam fikiranku waktu itu melainkan kamu.dan nasib aku baik kerana Allah memberikan teman yang setia menemaniku setiap hari ke sana.Akhirnya doaku telah dimakbulkan tuhan.Aku mendapat kembali kamu yang sihat dan segar.Syukur Alhamdulillah…

10 September 2009,kamu dtg asrama bwkkan bunga n wish my b’day.mmg aku marah kamu sbb dtg mlm2 n habiskan duit beli bunga.Tapi dalam hati ini hanya Allah yang tahu bertapa aku rasa sungguh bahagia.Thanks a lot..:p
Penghujung bulan Oktober 2009,sedikit goyah hubungan kita.Aku jatuh menyembah bumi.Aku fikir kamu sudah mula mengenal dunia.Tidak banyak yang mampu aku harapkan waktu itu.Cuma doa dan tawakal kepadaNya.Pernah aku suarakan hasrat kepada seorang sahabat untuk melepaskan semua ini pergi.Namun sahabat ku itu terlalu bijak menyingkap kembali kenangan manis aku dan kamu. Ketika itu,bukan air mata ku sahaja menyembah bumi,malahan dapat kulihat kelopak matanya juga turut basah dek kisah cinta kita.Terima kasih untuk sahabat ku itu kerana menyedarkan aku yang aku patut terus berusaha bukan mengalah..Juga untuk kamu yang terus berdegil mempertahankan semua ini.
2009 menyedarkan aku bahawa keindahan tak akan dapat dimiliki dengan hanya berharap.Bergaduh itu kadang-kadang menguji kita bertapa kita kuat dan tekad dengan jalan yang kita pilih bersama.Biasalah,sedangkan lidah lagikan tergigit…Tahun 2009 diakhiri dengan kisah kita yang masih terus “melangkah” mempertahankan kisah ini…Aku bersyukur yang amat kerana kita masih berada dititk dimana kita bermula..ya,aku bertuah punya kamu yang matang dan selalu ada bersama aku tidak kira siapa pun aku…dan untuk kamu,semoga apa yang kita rancangkan akan jadi kenyataan…:p
~~alhamdulillah~~
syukur kepada Allah kerana meminjamkan kamu yang cukup sempurna untuk menemani hidup aku..Semoga kamu akan ada bersama-sama aku sepanjang hidup ini…
~~Ahmad Faroqi Mohayiddin~~