30 December 2010

Jangan Lupa.

Dear Masshitah;

Dendam bukan untuk yang kita sayang.
Benci juga bukan untuk yang kita sayang.
Kalau benar sayang,diam.
Kalau benar sayang,yang remeh buang.

Ingat!
Marah simpan dulu.
Jangan biarkan emosi menguasai diri selalu.
Hidup masih terlalu jauh untuk terus berharap.

Maafkan semua orang sebelum menutup mata setiap malam.
Semoga bangunnya aku esok pagi bukan bersama dendam semalam.

07 December 2010

Yang ada untuk kita.

Bila kita dalam kesusahan,kita tak akan mengharapkan kepercayaan orang lain melainkan insan-insan yang kita sayang.

Bila kita ditimpa sesuatu yang tidak pernah kita sangka akan terjadi,tiada yang lain yang kita mahukan melainkan sokongan daripada insan-insan yang kita sayang.

Bila kita dalam kesusahan,kesakitan,tiada orang lain yang sanggup bersama-sama merasai kesakitan itu,melainkan mereka-mereka yang kita sayang.

Dalam hidup ini,apapun pilihan yang perlu kita buat,pilihlah untuk utamakan insan-insan yang tersayang.Sesungguhnya setiap detik pedih yang kita akan lalui suatu hari nanti,hanya mereka yang akan setia menemani kita.Bukan kawan,bukan rakan,bukan teman..Tetapi sahabat yang ikhlas,kekasih yang setia dan keluarga sentiasa menyayangi.

*tak percaya?terpulang...aku sudah rasa,sekadar mahu berkongsi rasa...

With Love,
OranGe Masshitah

26 November 2010

Cerita Esok.


makanya besok aku akan terus berjalan shopping merata.
berjalan satu persatu kedai.
membelek satu persatu.
mencari yang berkenan dimata.

makanya esok berkeping-kepinglah wang kertas aku akan terbang melayang.
makanya esok sekali lagi aku akan menjenguk mesin-mesin cash deposit terpilih.
makanya mungkin minggu depan setiap hari abang posmen akan datang minta tandatangan aku.
makanya gagal lagilah misi aku nak mengurangkan barang-barang dalam almari.
makanya begitulah aku bila bosan.



hahaha...
mood:percaya diri sendiri sahaja..:p

24 November 2010

Selagi Masih Milik Kita


"we do not care of what we have,but we cry when it is lost."

mungkin setengah orang pandang remeh statement diatas.Tapi bagi aku statement ni bermakna.Mungkin terlampau banyak benda kita pandang remeh dalam hidup ni sampaikan kita tak sedar benda tu penting untuk kita.Dan lumrah manusia,kita hanya akan hargai benda yang kita miliki selepas kita kehilangan benda tu.Tak kira la dalam apa situasi sekali pun.

Contoh yang paling mudah,kita ada baju yang cantik,tapi kita tak pakai pun.Bila hilang,baru kita terhegeh-hegeh nak carik smula dan cakap kononnya "ala,sayangnya baju tu","aku suka sangat baju tu","sayangnya,baju tu selesa sangat".Kan?Mesti korang pernah hadapi situasi ni kan?

Contoh lain?Pernah kita mengangkat seniman-seniwati negara kita semasa hidup mereka?Ada,tapi sedikit berbanding dengan banyaknya kita lupakan mereka.Kita lebih mengangkat orang luar yang kadangkala bahasa yang digunakan mereka pun kita tak faham.Untuk seniman negara sendiri pula,lepas diorang dah meninggal,baru masing-masing nak tunjuk hero bagi title "datuk","tan sri" dan tah pape lagi la.

Contoh yang paling best....bila bercinta.Ramai orang tak hargai pun pasangan mereka.Bila dah ditinggalkan,mula la menangis tak ingat dunia.Baru mula nak terhegeh-hegeh dapatkan semula cinta.Cinta konon.Sayang konon.Time tengah bercinta tak pulak fikir sume tu.Tak pulak reti nak hargai sebaik-baiknya pasangan masing-masing,marah ikut suka,tinggal ikut suka.Dah kena tinggal,baru mula rasa goyah.Dah menjadi adat mungkin.Bila dah tiada depan mata,baru nak belajar menghargai.

Kesimpulannya,hargailah benda yang kita miliki.Tak kira la apa benda sekalipun.Sebab semua ni Allah pinjamkan untuk kita,entah esok,entah lusa, Dia mungkin akan ambil semuanya kembali.Jadi,selagi semua benda tu masih dipinjamkan kepada kita,jaga sebaiknya,hargai sebaik-baiknya.

With Love,
Masshitah Mohamad...

23 November 2010

Mungkin

mungkin selalu ada buat diri kurang dihargai.
mungkin juga selalu ada buat terasa makin bosan.
atau mungkin selalu ada buat semak.
barangkali juga selalu ada buat sesak.
tidak mustahil juga bila selalu ada buat rimas.

lebih baik mungkin kalau selalu tiada.
atau mungkin lebih baik tiada buat seketika...

manusia akan menghargai lebih bila sudah kehilangan...
mungkin juga lebih baik begitu...

22 November 2010

That's alright.

November 22;

itu hidup dia

mana layak aku tumpang rasa.
itu dunia dia
mana layak aku gembira sama.

aku cuma satu sudut sahaja
duduk,lihat,diam...

bila sampai masa,
bila sudah puas aku rasa,
seperti dulu juga,
bangun,pergi,diam...


mood:
"Love the way you lie"

~Just gonna stand there and hear me cry...
Well that's alright because I love the way you lie~

21 November 2010

Mungkin sudah Basi.

August 26...

gase nak nanges tahu tak?
gase nak melalak tahu tak?
tolong lah...sudah2 lah...
cukup2 lah oke.aku dah penat nk layan.ak dan muak!!!

*pmilik status atas ni xd kena mengena!tapi aku tringat saat2 aku dkenakan smpai aku rse nak tmuntah dgn sume ni bl ak tbaca smula status ni!

pmilik status:maaf buat kamu rasa basi...;(

mungkin sudah basi,tapi pedih aku rasa smpai saat ni.

11 November 2010

*#&*******

hahaha....

150juta(sweet sgt) dari Fynn Jamal...

Biar la aku dengar sorang-sorang.Tak faham sudah.Malas nak fahamkan orang lain.Sekali ni sudah..xde percubaan sweet2 lg dah pasni..hahaha....full stop...

Setiap benda aku buat sekali cuma.Kalau yang sekali itu tidak berjaya,mimpilah aku nak buat untuk kali keduanya...Baik buat pada orang lain pulak.HAHAHA....Kali ni sweet la kau sorang2 oke...werkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

10 November 2010

150 Juta

kisah lagu 150juta....

aku suka...peduli apa orang kata..aku suka,noktah.

abes exam paper maths,aku xde kerja.menghadap laptop,search lagu 150 juta kat youtube.aku suka...
bila aku tengok,ada satu related link lagu 150juta yang dinyanyikan smula oleh pmpuan bertudung labuh.aku dengar skali lagi versi perempuan ini pula.Juga sedap,noktah.Yang tak bestnya bila aku terpandang segala komen dibawah.hrm....ramai rupanya manusia spesis ini dalam dunia.aku menyampah,noktah.Bukan menyampah kerana mereka menegur,tapi menyampah dengan cara mereka menegur.Bagi aku,tak salah menegur,cuma pastikan cara menegur tu kena dengan tatasusila kita sebagai manusia.Berani bersuara menegur segala,tapi guna bahasa bapak la teruknya.Hilang terus respect.

Maaf,ini realiti.Banyak lelaki suka menegur,tapi mudah kata tegur tak guna akal.Banyak juga berlagak hero kononnya..Bijak mencedok hukum2 agama pada permukaannya sahaja.Nampak kebodohannya bila menggunakan bahasa kesat menegur tentang agama.Aku benci,noktah!

Skali lagi,,,aku suka lagu 150juta,noktah.

04 November 2010

diskripsi papan kekunci.....

diskripsi papan kekunci...
aku baca suara jiwanya...
aku faham isi hatinya...

diskripsi papan kekunci...
kisah layang-layang itu...
aku faham akan maksudnya...
terima kasih sejuta membawa aku kesana...
melihat dunia diterbangkan kita...
dulu...

diskripsi papan kekunci...
fantastika dunia...
kau sahaja yang fikir cuma...
tak tahu apa aku rasa...

diskripsi papan kekunci...
kenyataan itu sudah lama...
aku kadang mimpi yang sama...
cukuplah derita itu...
pergi pada yang baru...
doa aku temankan kamu...

diskripsi papan kekunci...
jgn buat aku sedih lg...
cukuplah aku dihukum...
seperti mana aku menghukum satu hari dulu...

diskripsi papan kekunci...
aku tahu engkau baca ini...
sampaikan doa aku disini...
hanya aku dan engkau tahu...

*aku kotakan janji,sekali aku pergi,mana mungkin aku kembali*

03 November 2010

kerana aku anak seorang polis SAHAJA...

alhamdulillah...
segalanya sudah selesai.

SELESAI DENGAN CARA YANG MEREKA2 MAHUKAN..harapnya mereka semua bersyukur lah...lepas ni yang berlebai boleh la pakai lebai semula.sepanjang kes aku terjadi,pak lebai terlupa dimana letak lebainya.


pengajaran untuk aku...
aku ini anak seorang polis sahaja.tak boleh bergaya melawa.bahaya.setiap inci bedak yang aku tempek dikira dengan wang ringgit.setiap jenama baju yang aku pakai dikira dengan duit.setiap makanan yang aku telan ditukarkan dengan wang ringgit.bahaya...bahaya..

kerana aku ini anak seorang polis sahaja...
aku terlupa.student macam aku mana boleh menolak kedai mamak.dikutuk sampai ke tua.kerana aku tak mkn dikedai mamak,ada yang cakap aku berlagak -----> "mamak no class katanya"....hahaha...no hal lah...kedai mamak,melayu,india,cina, harganya sama sahaja.tolak pi,,,tolak mai,,,,duit jugak...bodoh!


kerana aku anak seorang polis sahaja...
mana layak aku menyarung tshirt Padini, memijak kasut Nike...hahaha....so stupid!....padini yang aku pakai bukan ratusan ringgit...nike yang aku pijak bukan ribuan ringgit...babe,,,mahu bergaya pandai lah carik yang murah.sesuai dengan kertas2 bernilai yang kau ada.kau orang matematik..tentu kau bijak mengira..kau laburkan rm10 untuk sehelai baju yang cuma bertahan sebulan mungkin,aku laburkan rm30 untuk sehelai baju yang mampu bertahan setahun lebih kurang...tambah,tolak,bahagi,darab lah!kau bodoh atau aku bodoh?


kerana aku anak seorang polis sahaja...
mana layak aku memegang purse FOSSIL bernilai rm200...oh lupa....mama,thanks untuk duit yang mama bagi untuk beli purse tu..dun wori ma,sekurang-kurangnya 5 tahun purse itu akan bertahan menampung semuanya...aku tidak punya apa-apa penjelasan untuk purse ratusan ringgit itu...lu pikirlah snirik!


kerana aku anak seorang polis sahaja....
mana layak aku menggalas beg Nike yang harganya rm300...lupa juga..terima kasih kepada yang menghadiahkan beg itu...terlalu dia sayangkan aku dulu sehingga memilih beg yang benar2 mengurangkan pecah darah dibahu ini akibat menggalas beg yang berat...

kerana aku ini anak seorang polis sahaja...
mana patut aku memakai baju kurung yang harganya ratusan ringgit...lupa juga...terima kasih buat kakak yang selalu dikikis oleh aku...terima kasih untuk baju kurung yang ratusan ringgit harganya...mahal terlampau..sehingga menimbulkan fitnah.mungkin selepas ini kita patut membeli baju yang harganya 3pasang rm50 sahaja...kerana kita cuma anak seorang polis sahaja...

kerana aku ini anak seorang polis sahaja...
boleh pulak dikata aku menanggung anak ikan?aku yang bayar segala kereta yang dipakai?hahaha...comel sungguh statement itu...kesian bapak pemilik satria hijau.duit dia yang keluar,aku pulak dapat nama...no hal lah...kata lah apa pun...aku menanti mengutip pahala...pemilik satria hijau,minta maaf sejuta kerana melibatkan kamu.


kerana aku anak seorang polis sahaja...
aku banyak terlupa.
patutnya aku postkan di wall facebuk setiap benda yang aku beli b'serta harga dan p'nama yang m'sponsor aku...tidak pun aku beritakan kepada dunia melalu blog ini.kalau tidak pun aku print banyak2 segala perbelanjaan aku dan lekatkan diseluruh pelusuk dunia.sungguh aku terlupa...



y dikanan inilah anak seorang polis cuma...

21 October 2010

muka macam......

hoho...
oke,,,kisahnya ada la sorang pompuan dlm kls aku ni..sangatlah dengki...wat d hell ko nak kesah ke hidup aku..bia lah aku nk btpe pon oke...owh,,,myb aku x present dia boleh mati kot..o mungkin aku x present dia rindu aku kot...hoho....rindu aku present rupanya...chait...sayang aku rupanya...nak tengok aku bercakap rupanya...

hahahaha....plz la dear...aku punya pasallah nak buatpe pon...lec nak bagi aku kosong pun aku no hal!yang penting aku x luak nak berdiri dpn tu menghadap ko yang suka sangat buat muka macam taik...repeat,,,,,,macam taik...hoho...kasar?sudah2 la aku berlembut kot..makin aku berlembut,,makin ko kurang ajar...so bia aku kurang ajar jugak...baru padan..

jujur,,,aku menyampah oke..kalo ko ckp ko menyampah tgk muka aku,,,aku 100kali lg menyampah nk menghadap muka ko!cantik pon tidak..ups,,,sori la...bukan menghina..tp mmg x cantik sbb ko suka sgt buat muka mcm tahik..xde pape leh buat aku tringin nk tgk muka ko...

so kalo ko baca post ni,,,brenti2 lah dengki o kesah pasal aku..aku lagi ske ko x ambik tau lgsung psl hidup mati aku cmne aku x ambik tahu psl hidup mati ko..aku ulang,,,aku lagi suka ko x ambik tau langsung pasal hidup mati aku!n kalo aku mati dlm masa terdekat pon,,,aku haramkan engkau2 yang sudah banyak buat aku susah ni mendekati kawasan rumah bapak aku...bukan pe,,aku x mahu ari aku nak dikebumikan nanti rumah bapak aku busuk dengan muka n hati busuk korang!

tolonglah..aku bukan anjin kurap.dah diludah pun still nak tadah muka..~~~

18 October 2010

Allah loves me more than I know...


ALLAH LOVES U MORE THAN U KNOW....
and maybe u NEVER know..

U asked for STRENGTH...
and Allah gave u DIFFICULTIES to make u strong.

U asked for WISDOM...
and Allah gave U PROBLEM to solve.

U asked for PROSPERITY...
and Allah gave U BRAIN AND BRAWN to work.

U asked to COURAGE...
Allah gave U DANGER to overcome.

U asked for LOVE...
and Allah gave u TROUBLED people to help.

U asked for FAVORS...
and Allah gave U OPPORTUNITIES.

U received nothing U WANTED...
but u Received EVERYTHING U needed!

so,lets say...Syukur Alhamdulillah.. This emoticon has been enhanced by Facicons

17 October 2010

Sesekali...

sesekali...
aku tak mampu menahan sebak...
walaupun marah,kecewa,benci sudah tertanam dalam hati...

sesekali...
air mata ini mengalir lagi...
pedih mata ini seperti aku sudah lali...

sesekali...
ingin aku menjerit sekuat hati...
tapi biarlah Allah tahu apa dalam hati ini...

mungkin,,,
sesekali akan jadi kerap kali...
sesekali xkan berulang lagi...

Ya Allah,,,
memang benar aku Masshitah...
tapi aku tidak sehebat srikandiMu Mashitah...

Kau ringankanlah ujian ini Ya Allah...
Hanya kepadaMu aku memohon...

12 October 2010

.::kalau bukan di sini,,,jumpa di sana nanti::.

hari ini...aku teringat kembali kata "dia"..~dalam bilik kecil kaunselor yang setia mendengar~,,,katanya walau apapun terjadi,,,dia syg aku...yeap...aku bodoh...terlalu telus...bila aku dengar itu,,,tidak dapat tidak untuk aku menahan air mata..sebak...syukur aku pada waktu itu...syukur kerana dia masih ingat aku dan masa2 yang telah kami habiskan bersama.ya,dia budak....masih muda...masih tidak kenal sepenuhnya dunia.aku perlu mengaku itu!

tapi keadaan tidak sepatutnya begitu.dia punya akal untuk terus berfikir.dia punya kewarasan untuk tidak terus menghukum.dia punya hak untuk mencari kebenaran.Semua itu dalam tangan dia..kalau benarlah dia sayangkan aku seperti apa katanya,,,bukan itu caranya..bukan dengan menambah kekusutan yang ada dengan tuduhan yang langsung tidak berasas....dengan keraguan yang dia sendiri tahu jawapannya...

tidak...tolonglah sedar masshitah mohamad...bukan itu namanya sayang..bukan..kalau benarlah sayang,tidak akan sesaat pun dalam hidup dia akan berpaling dari aku..tidak akan sedetik pun dia tinggalkan aku..tidak mungkin juga sayang,jika saat aku menoleh dia menghilang.menyorok dalam kebenaran yang dipalsukan...

tak mengapa...marah aku bukannya terlalu kejam...aku halalkan segalanya...aku simpan semua rahsia kongsi bersama...aku tutup segala aibnya...

tapi,
segala yang keluar dari mulut dia yang tidak benar tentang aku,,,
tidak aku halalkan...
sebutir kata sekali pun...
dunia dan akhirat...

.::kalau bukan disini,kita jumpa disana nanti::.

*%###@%$****

aku tak mampu,,,

tak mampu...

aku x mampu nak buat sume tu....

bod*h...

benci...

sial...

....diri sendiri....

shut up!!!


f*ck off~~~~

kau----->(,")(",)<------aku

...
terlalu sayang untuk aku musnahkan...

terlalu berat untuk aku bebankan...
terlalu indah untuk aku lepaskan...


Namun,,,
Untuk kekhilafan semalam yang sudah aku lakukan...
Untuk kesakitan hari ini yang tidak mampu aku ubatkan...
Untuk kehidupan besok yang tidak mahu aku rosakkan...

...

maafkan aku...
kamu,,aku,,kita tahu sedalam mana sayang aku untuk kamu...
hanya kita yang tahu..;)




“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” ( S. Al-Baqarah: 216).

08 October 2010

sudah bosan menjadi PEKAK,BISU & BUTA...

Untuk pertama kalinya...
pintu itu aku hempas,aku hempuk dengan tangan ini...
suara dalam hati aku jeritkan...
sudah cukup mungkin aku berdiam diri...
sudah cukup mungkin aku memberi ruang mereka mempermainkan aku...
sudah cukup aku menghadam segala kata-kata sial mereka...

Semalam,
setelah sekian lama aku pekak kan telinga,bisukan mulut,butakan mata...
Aku bersuara akhirnya...
untuk mengajar manusia tidak tahu berbahasa.
untuk mengajar manusia biadap dengan kata-kata.

Tolong,
kau bijak ilmu agama kata engkau...
setiap kata engkau diselitkan dengan ayat Allah,,,
di masukkan hadis Rasulullah...

agama engkau mengajar engkau menilai insan lain dengan cara inikah?
agama engkau menuntut engkau untuk menghadapi masalah dengan cara inikah?
sudah tentu tidak!
...mana ayat-ayat Allah engkau campak?
mana hukum Allah kau letak?...


Maaf,
Minta aku cuma satu semalam...
Kalau benar engkau JANTAN,mari berhadapan...
Jangan jadi PONDAN...
...tapi nyata engkau bukan jantan...
terbukti engkau pondan...
Mana ada jantan lari dari berdepan?
Mana ada jantan beraninya dibelakang...
Mana ada jantan menyibuk hal perempuan...
Mana ada jantan sanggup menindas perempuan...

Allah sudah cukup adil...
Dia nobatkan kaum kamu sebagai pemimpin...
Yang mana Dia tahu kamu mampu memimpin menggunakan akal...
Bukan nafsu...
Tapi sayang,,,kamu tidak gunakan itu!

dan untuk kamu,,,
setiap kata kamu yang tidak benar tentang aku,,,
tidak aku halalkan....
dunia dan akhirat...
selagi kamu tidak meminta maaf dengan SETIAP cara kamu jatuhkan aku!

Sial,,,cukup sial...
Ini rupanya yang mereka belajar setelah empat tahun
diajar menjadi seorang guru yang mulia hatinya...

sabar aku ada tahapnya...
tangan menggeletar...
biar mati janji aku puas hati...
anak abah sudah cukup lama bersabar...


...jangan berani usik aku lagi!...
~fuck off~

Status FB latest.


sje nk ltk status ak kat blog...
huhu..xde keja dh!

29 September 2010

my Love...


Yang sentiasa berada dibelakang aku...
Yang tidak pernah hilang saat aku menoleh memerlukan...
Yang tidak pernah pergi saat aku mencari...
Yang sentiasa ada untuk dengar sakit luka ini...
Yang sentiasa meredakan benci dendam ini...

Allah,,,
aku sayangkan mereka...
terlalu sayangkan mereka...

Pinjamkan mereka kepada aku selagi nyawa aku engkau pinjamkan...
tolong...

aku merayu...

27 September 2010

kata aku....

kalau lah semua ini tidak selesai sebaik mungkin,,,
aku sanggup untuk pergi...
asal semua berpuas hati...


kalaulah semua ini masih membebani,,,
dia sanggup aku lepaskan...
asalkan dia tidak turut dibebani...


ini kata aku;
Masshitah binti Mohamad,
September 27,
7.01 p.m....

31 August 2010

Pemain utama...;)

Alhamdulillah...

satu2 sudah Allah tunjukkan...
yang menipu sudah mula goyang...
yang mempertembungkan kami sudah mula takut...

aku tidak salahkan mereka...
kerana mereka tidak tahu semua itu...
mereka tidak sedar wujudnya "dia" memainkan cerita ini...
memperhangatkan kisah ini...
memperhebatkan cerita yang aku kongsi bersama "dia"...

untuk mereka2,
bukalah mata...
tak semua cerita yang kamu semua dengar itu benar...
banyaknya "dia" yang menambah segalanya...;)

PERHATIAN!

Nak comment?
Panjang lebar?
boleh....silakan...dialu2kan...

Tapi,,,
Jangan jadi pengecut...
Hal ini serius...
Sebarang kata2 akan menjadi bukti...
Sila letak nama,google ID...
Bertanggungjawab atas sebarang percakapan...

Kes ini sudah menjadi berat.
Ada pihak bijak memanipulasi keadaan.
Teruskan mendengar,bercakap dan menyebarkan tentang apa yang kamu tidak pasti...

.....

Untuk Si Talam bermuka2,,,
Malam ini mungkin malam kamu...
Senyumlah dengan kejayaan mempertembungkan sahabat sendiri...
Tapi ingat,janji Allah tetap terpatri...
Kalau bukan di sini, di sana nanti...

30 August 2010

Ramadhan 20....

20 Ramadhan 1431...

Ramadhan ini,Ramadhan paling istimewa untuk aku....

Sungguh panjang kisahnya...
sungguh dalam lukanya...
sungguh tinggi syukurnya...

Ramadhan ini mengenalkan aku kepada kawan dan lawan....
Ramadhan ini memberikan aku peringatan...
Ramadhan ini meleraikan segala ikatan....

Ramadhan ini meyakinkan aku dia bukan kawan...
Bukan begitu kisahnya seorang kawan...
Bukan begitu sepatutnya kawan untuk aku...

Kisah 4tahun ini dia bakar dengan 27minit yang aku pasti dia sendiri kabur...
Adilkah untuk aku?

28 August 2010

Kalau ini yang tertulis untuk seorang Masshitah


yang dinamakan hidup seorang Masshitah,

tak pernah sekali pun merasa pedih sepedih ini...

yang dinamakan permainan kehidupan Masshitah,
tidak pernah sekali pun rasa sesakit ini...

yang dinamakan sahabat Masshitah,
tidak pernah seorang pun tewas dengan kata2 fitnah seperti ini...


Ya Allah...
Aku hambamu yang lemah...
Kurniakanlah aku kekuatan seperti Mashitah(penyisir rambut puteri firaun),
Pertahankan maruah walau sepedih manapun laluannya...
Perkukuhkan iman walau sekejam mana pun dugaan keatasnya...
Perkuatkan hati walau setiap jasanya tidak pernah dikenang...


kerana aku seorang Masshitah,
aku perlu tabah menerima setiap yang sudah tertulis di Loh Mahfuz sana...

kerana aku seorang Masshitah,
aku perlu kuat menelan segala sakit luka...

kerana aku seorang Masshitah,
aku perlu mempertahankan maruah aku walau seperit manapun kisahnya...

kerana aku seorang Masshitah,
aku perlu senyum menghadam kesemuanya...

kerana aku seorang Masshitah...
aku perlu kuat!



*dugaan ini belum selesai...masih panjang mungkin kisahnya...tapi aku sudah mula melihat hikmah disebalik semuanya....Terima kasih Allah...

18 August 2010

...

...
dia janji nk baek sampai bila2...

dia janji nk begitu sampai bila2...

tapi....

28 July 2010

;(

...
...
...


kalau lah berkahwin itu sama seperti bercinta,

indahnya cuma diawal kisah saja,,,

...

aku memilih untuk TIDAK...

27 July 2010

trouble is my friend!


it will happen again...

maybe...


really hate dis!




~berharap aku sedang bermimpi~
aku sayang "dunia baru" aku ini,terlalu sayang....

once again....

masshitah...masshitah...masshitah...

masih seperti dahulu...
mahu tapi tidak mengaku...
mahu tapi tetap menggeleng...
mahu tapi masih menolak...


kalau mahu mengaku...
kalau mahu angguk sahaja...
kalau mahu terima...


......


sudah 22tahun...
masih begini...
sampai bila mahu begitu?

damn!!!

26 July 2010

not my day!


aku benci berebut sesuatu...


aku benci berkongsi!




fuck off!


finally,,
masshitah marah...
dalam hati~~~

22 July 2010

surat untuk Encik Doraemon.......

Encik Doraemon:

Tolong pinjamkan aku satu benda ajaib boleh?
Aku mahu satu sahaja...

Aku mahu benda yang boleh buat aku melihat hati org lain...
Aku mahu lihat sejauh mana ikhlasnya setiap butir kata manusia sekeliling aku...
Aku mahu lihat suci mana hati mereka,tinggi mana ikhlas mereka terhadap aku!

Supaya aku boleh persediakan diri aku untuk hari esok...
Supaya aku mampu menjadi seseorang yang lebih kejam dari aku hari ini...
Supaya aku dapat meyakinkan hati ini...
Supaya sejarah aku semalam tidak akan menjadi cerita untuk esok hari...

Tapi,
Kalo x boleh xpelah...



...melangkah dan terus melangkah...

23 June 2010

.::Never turn back::.

...

...

...

Aku melangkah kehadapan untuk melupakan...


melupakan tentang sesuatu yang tak mahu aku ingat...

aku akan terus langkah dan melangkah...

doakan hidup aku dihadapan sana baik-baik sahaja....

...

...

...

14 June 2010

.::i love u my blog::.

Kenapa aku sayang blog aku?


1)setia!

blog aku ni setia..sentiasa ada disisi aku bila aku memerlukan...
x pernah hilang dari sisi aku..haha...
~bodoh...dah nama pn ak owner..xkan ilang pn blog ni slagi ak x dlete~




2)xde prasaan!

blog nih xde prasaan..x pernah mrajuk kat aku pun...
~huhu..mmg la kan?da nama pn blog...mmg x bernyawa...tp aku suka...sbb aku xperlu susah2 nak jaga prasaan dia.x payah nak beralah kat blog nih.~




3)tahan carutan!

yeap...sangat kebal...aku bebas meluahkan pape je dlm otak aku ni tmasuk la carut mencarut....
~dah lama plak gsenya x mencarut2...huhu,,,bagos2...xmau mencarut2 lg dh..x baek!~









***cukup la 3 sebab npe aku syg sgt blog nih...even pernah terniat nak delete acc blog nih,tp x tdelete2 smpai skrg...x mau delete dah!

***terus bermain slagi game belum over!

Tag Miss Amal



1)Tulis entri pasal award kat blog korang
oke,xde benda aku nak tulis...kLong pass tag ni kt aku...dia ckp blog aku comel sbb mata kat atas nuh...huh....layannnn.....


2)ceritakan bagaimana usaha korang untuk mencomelkan blog korang.sila sertakan 2 website yang korang selalu pergi untuk membantu edit blog korang.
act,,sk seorang yang pemalas n tak suka semak2...so,,sbb ni la blog aku berlayoutkan hitam legam aje ha...aku suka simple gini...aku suka menulis atas benda hitam ni je...:p



3)tuliskan 5 perkataan melambangkan korang.
.::pemarah::. .::pemberontak::. .::menangis::. .::gelak::. .::setia::.


4)tag kawan2......
ni aku failed...jwpn n alasan y sama....aku da lme x bblogging...so,,x tau nk tag sp..huhu...



Klong @miss amal,,,aim done!!!huhu....

Tag CIK NINA AWIS OTHMAN


1 . adakah anda happy sekarang ?
happy?alhamdulillah kot....lg happy bila suatu ari aku yakin dgn pe yang sedang aku bt ni...:p



2. kenapa anda happy ?
happy kerana aku punya keluarga yang sygkan ak n
kwn2 y sentiasa ada tuk ak dan dia y slalu temankan ak.


3. apa bende yg boleh buat anda happy ?
happy sgt kalau dlm satu hari xrse sedih dlm hati ni...


4. pernah menerima tag ?
pernah-tp aku pemalas...huhu

5. nyatakan warna yg anda suka
OranGe n Pink


6.berikan 9 org yg anda tag .
ni ak x mampu..sbb da tlalu lama ak tinggalkan blog kesayanganku ini..muahaha...


7. tuliskan sesuatu tentang orang yg anda tag . berjela jela pon tape.
~~~

8. adakah anda happy dengan apa yg anda ada sekarang ?
alhamdulillah ak happy..syukur Allah....ak berharap akan happy sampai bila2 dengan keadaan skrg..


*Kak Ngah@miss nina,,,aim done!!!

12 June 2010

Tag ATISHU NURUL!!!

1)apa yang anda buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
buat pe?ntah la...sedih la tp..tah pape,,membe hape cmtu...gud bye jela...

2)6 org di hati anda
mama,abah,siblings,fmly,member2 n "dia"..

3)anda rasa anda comel?
comel la sangat.gemok gedempol pya stok.

4)single or taken?
not available.

5)blog y saya suka;
fynn jamal n liza razak..(mereka bebas bersuara.suara hati mereka)

6)adakah bilik anda kemas setiap hari?
sudah tentu!semak itu menyesakkan dada n menyakitkan otak oke!

7)lagu terakhir yang anda dengar?
Kembali Pulang...(video karaoke budak x cukup umo..huhu)

8)Last text message
tdo da?haha...

9)last phone call
-home sweet home-

10)hari terakhir anda menangis?
huhu,,x ingt..sbb skrg xmau nanges2 lg dh..

11)list 5 kaler feveret anda?
OranGe,Pink,Purple,Merah n Hitam.

12)bila kali terakhir anda YM?
x ingt..malas nk on9 YM lg dh..xde benda nk borak..

13)game yang anda paling suka?
mcm2..main tuk ilangkan bosan jela tp...

14)adakah anda peminat MCR?
my chemical romance?nope!!

16)anda rasa tag ini best?
best la jugak sbb bley ilangkan bosan ak ni.


17) tagged lagi 10 orang
have no idea..da lme x maen blog neh.

*cik atishu,,,aim done!haha....da gak keja time bosan.

Live Life....

semakin hari,
semakin jauh aku melangkah..
melangkah pergi meninggalkan semalam untuk esok yang benar2 belum pasti.


ya,ini risikonya...hidup tak siapa tahu turun naiknya..aku tidak pernah berharap akan selalu berada diatas.Tapi aku benar2 berharap aku cukup kuat untuk menghadapi situasi pabila aku berada dibawah nanti.

untuk pertama kalinya dalam hidup ini aku memberanikan diri menghadapi hidup yang aku sendiri ragui.Mungkin aku sudah cukup dewasa untuk sedar bahawa hidup ini sebenarnya sudah tersurat.Aku cuma perlu memberanikan diri berjalan diatas landasan yang aku sendiri pilih.


Ya,semuanya sudah tertulis di Loh Mahfuz sana.....................
-just enjoy the show-

11 June 2010

.::Owh Hidup::.


kadang2 tringat balik,kelakar idup ni...



sesuatu yang kita fikir akan jadi milik kita slama2nya boleh hilang dalam sekelip mata..

Fitrah manusia mungkin,,,tidak tahu menghargai sesuatu yang dimiliki.


Semuanya,,,
Hargai bila semua itu dalam gengaman tangan kita.
Itu yang sebaiknya.
Jaga sebaik mungkin sesuatu yang kita sayang!

21 May 2010

PERRRRfect!!!

maam Azlina : there is no perfect relationship.

me : there is only a relationSHIT!


***hahahaha...yeah....SHIT sume bnda tu....karut oke!!!

02 May 2010

5 November 2009

5 November 2009....
bila aku review semula blog ni,baru aku sedar, tarikh itulah penamat segalanya..bermula dari tarikh itu lah aku sudah mula hilang dia dan dia sudah mula hilang diri aku.Satu perkara yang aku tak pernah terfikir akan jadi dah pun jadi pada tarikh sial itu.Perkara yang membuatkan aku berganjak daripada titik dimana kami bermula dahulu.Perkara yang akhirnya membuatkan aku melangkah pergi terus bersama hati ini...


4bulan selepas tarikh itu aku bertungkus lumus memperbaiki segala kekurangan diri.Terlalu banyak aku lakukan untuk membawa semula kami ke titik dimana kami bermula.Tapi akhirnya aku mengalah.Aku kalah dengan diri sendiri.Dengan dendam aku membawa diri...beralih ke dunia baru..Dunia aku tanpa dia!


Dan hari ini,aku lakukan apa sahaja tanpa dia.Aku mahu buktikan pada dunia aku mampu hidup baik tanpa dia.Aku sudah punya "dunia" aku yang baru.Walaupun aku sendiri belum pasti dengan "dunia" baru aku ini, tapi aku berjanji pada diri sendiri yang aku akan jaga "dunia" baru aku ini sebaik mungkin...


Semoga kau bahagia dalam dunia yang kau pilih....

Enjoy the show~~


Sejak Januari 2010,
hidup aku mcm xde matlamat lg dah...
aku dah terlalu malas untuk berfikir tentang hidup.
Semua rancangan seolah-olah gagal.
Dan hari ini,aku sedar yang aku sudah mula hidup tanpa matlamat, tanpa impian.
Aku terus lalui hidup ini tanpa risau memikirkan risiko yang bakal aku tanggung kemudian hari...


Doakan aku berjaya!

"just enjoy the show"

13 April 2010

terbaik selamanya....

dah terlalu lama kita cuba bertahan...

sehinggakan aku sedar yang diri aku x sekuat dulu lagi...

aku persediakan diri aku satu persatu menjauhi semua ini...

aku sediakan kamu segala yang kamu perlu untuk kamu bawa sendiri arah kamu pergi...


hari itu,,,
apa yang aku lihat dengan mata ini,dengar dengan telinga ini,,,
meyakinkan aku bahawa kau sudah terlalu bersedia,
untuk hidup tanpa aku lagi...

dan akhirnya...
aku melangkah pergi...
sambil membuang jauh segala impian aku selama ini...;)

*doakan yang terbaik untuk kamu...

10 March 2010

.::Potret Itu::.



Maghrib td terpandang potret y dah lama ada atas meja study aku,tp masih berbalut kemas...sama seperti hari potret tu dihadiahkan untuk aku...


Terus aku pegang dengan perasaan y bercampur...Aku bukak balutan tu...cantik...cantik walaupun muka aku dilukis sedikit berbeza,,,,,cantik bersinar dilihat dalam potret tapi sinarnya didunia realiti hilang tah kemana..


Ah!!!!shit,,,,aku x punya banyak masa untuk fikir semua itu!


*hati beku akibat dendam!freeeeezing.....

07 March 2010

Update!

salam....
sedikit sibuk kebelakangan ini...masa terlalu amat berharga untuk aku..kelas terlalu padat untuk aku hadiri..

Banyak benda yang berubah dalam hidup aku kebelakangan ini yang menyebabkan hidup aku sedikit semak...nafsu makan aku sama sekali hilang.pelik!sangat pelik!terlalu pelik!

X banyak yang mampu aku perbaiki dalam hidup aku kebelakangan ini.Sampaikan aku rasa cukup fedup dengan diri sendiri.Sampaikan aku rasa tidak guna aku berfikir untuk menyelesaikan setiap masalah yang aku lalui...Sampaikan aku rasa mahu berserah sahaja untuk segalanya!

Tapi dalam semua kesibukan hidup aku,aku masih berharap semuanya akan kembali seperti asal suatu hari nanti!Bukan mudah untuk aku lalui hidup sekarang...

Doakan aku!


02 February 2010

Jiwa Kacau!!!

Cuti semester baru2 ini,aku terjumpa buku teks Ekonomi time aku form4 dulu...dalamnya ada sehelai kertas y tertulis benda ini:


Aku tidak mahu hati ini bertembung dusta,
sesungguhnya dusta itu terlalu kejam buat dia...

Aku tidak mahu mata ini bertentang jiwanya,
dimana redup matanya bisa meruntun segala...

Aku bingung pabila kata ini menghiris luka,
kerana dukanya aku juga rasa...

Aku bisu saat dia membuka kata menabur janji cinta,
dimana ikhlasnya membuka sebak didada...

~~~

Ingin sekali aku memecah suara jiwa,
menjerit kata cinta,
meluahkan segalanya...
Tapi apa guna,
Kalau disana tersurat yang berbeza...

Ingin sekali aku melepaskan segalanya,
berpaling dari janji cinta,
pergi dari duka...
Tapi tiada guna,
kalau hati masih untuknya...

~~~

Hati ini tidak sebesar angannya...
Mana bisa aku menyimpan segala...
Jiwa ini bukan seteguh mana...
Tapi kukuhnya tiada siapa pernah menyangka...



X sangka dlm hati aku ni ada "taman" jugak..haha...bila aku kenang2 kan kembali,memang aku suka menulis time sekolah dulu kalau hati aku x tenang n jiwa aku kacau..n time aku tulis benda ni, memang jiwa aku kacau.sampai dalam setiap solatku,dihujungnya mesti punya doa wajib yang akan aku baca...doa meminta Allah mendekatkan kami kalau memang tertulis dia untukku,dan jauhkan hati kami kalau memang tersurat dia bukan milikku...dan pastinya selepas itu,air mata akan aku tahan untuk mengelakkan junior2 se'dorm nampak aku nanges...malu la beb....chaitttt!!!

sp la berani kacau hati aku time ni eh?

*owh,aku berharap adik aku,Ammar x guna buku aku ni untuk study...kalo dak memang kantoi lah...:p

30 January 2010

Jelingan Maut beb...

Sebentar tadi aku baru pulang dari berjumpa dengan "ahmad"...Sekadar keluar untuk makan-makan.Sebenarnya bukan untuk makan sangat,tp lebih kepada mahu berbual.Berbual tentang perjalanan hidup masing-masing dalam minggu ini.

Dalam pukul 9p.m Ahmad sampai di maktab.Kami terus keluar mencari tempat makan yang best.Destinasi hari ini ~Ani Sup Utara~ cawangan Bangi.Tapi malang sungguh hari ini,meja semua penuh.Terpaksa menunggu.Dah la kena tunggu,sup nya x sedap la pulak.Kalau nak dibandingkan dengan Ani Sup Utara di Bangsar,memang kalah la cawangan Bangi.

Lepas makan,terus menuju ke Putrajaya.Saja nak tengok sekolah tempat aku akan berpraktikum nanti.Bukan la excited sangat,cuma mahu lebih bersedia.Tengok sekeliling kawasan sekolah penuh dengan rumah besar2, mula lah aku cuak.Kompem budak2 ni pandai English nya...Kantoi la aku kalo salah pronounce pape..huhu..

Afte settle tengok kawasan,terus berkejar pulang ke maktab.Tak mahu terlewat sampai.Malas mahu bersoal jawab dengan pak guard nanti.Time kat pondok jaga,Ahmad Faroqi berhenti di tepi sementara menunggu aku mengambil kad keselamatan.Tapi disebabkan terlalu ramai budak laki disitu,aku mintak tolong member sekelas je ambilkan.Kebetulan dia pun duk cari kad kat situ.Time tunggu member aku ni ambikkan kad,ada la seorang "ustaz"~student maktab ni gak~ berhenti tepi keta kami.Dah berhenti tu xpelah,memang x salah.Tapi yang bengangnya jelingan kemain maut.Bajet lah wey.Ada aku kisah ko jeling gitu.haha...Tak tahu la dia menjeling tu nak ngutuk aku ke,nak tgk bf aku ke,nak buat bahan gosip ke nanti balik asrama, tapi yang pasti aku x kesah...:p

Dulu aku risau jugak ngan budak2 maktab ni punya perangai, aku kesah jugak dengan pandangan diorang terhadap aku.Tapi sekarang ni aku macam da malas nak kesah.Selagi aku x ganggu idup diorang,memang aku x peduli langsung dah.huhu...Dah bosan mungkin dengan sikap2 pelik mereka.Kadang-kdang aku akan tergelak sendiri bila terpikirkan perangai diorang ni.Macam mana la nak jadi cikgu kalo pandangan camtu yang ko praktikkan dalam kehidupan seharian korang..isk2...


*ko jeling aku ea?malas la aku nak jeling balik.Takut ko terjatuh moto pulak nanti...hahaha...

28 January 2010

No Title....

Lama sungguh tidak menulis.
Malas mahu menghadap laptop mungkin~~

Awal semester seperti ini tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan.Kekangan masa dan kewangan yang tidak stabil menghalang segala macam keinginan untuk dipenuhi.Tapi aku masih bersyukur kerana poket aku ini tidak sesesak kawan2 s'maktab yang lain.Syukur kerana aku masih punya mama dan abah yang selalu bertanya tentang baki akaun bank aku.Juga bertuah kerana aku punya dua orang kakak yang boleh di"pow"...Yang paling untung kerana aku masih punya "ahmad" yang tidak pernah berkira tentang wang ringgit dengan aku.

Owh,sedang aku menulis ini,rakan-rakan semaktab sedang heboh tentang elaun yang sudah masuk...Tidak pasti samaada duit sudah benar2 masuk ke akaun atau belum.Tapi yang pasti penyata elaun sudahpun ditampal di papan kenyataan HEP....Alhamdulillah....

09 January 2010

Girls Outing..at last....

2.00p.m, Mid Valley Megamall.....

At last dapat jugak ak gather2 ngan member2 sekolah dulu...Ada jugak antara mereka yang memang aku tak pernah jumpa langsung sejak lepas SPM...Semua duduk jauh2,jadi kalo balik cuti kat rumah pun plan nak jumpa agak susah nak menjadi.

Kali ni pun sebenarnya x plan serious pun nak jumpa.Sembang2 kat facebook je last2 jadi...Sebenarnya aku plan ni pun dengan dua orang member je...sorang kat uitm,sorang kat upm.Nak ajak yang lain takut diorang sibuk.dan aku pun segan nak bising2..Rupa2nya member kat uitm tuh main peranan ajak yang lain lagi...suka sgt2...

Memang terlalu bising sangat bila dapat jumpa setelah lama tak jumpa..Banyak nak dibualkan...Tapi yang paling aku gembira,aku dapat jadi diri aku sendiri buat beberapa jam.Setelah sekian lama aku tak dapat rasa perasaan tu..yeap,mereka rakan-rakan ku zaman sekolah,zaman aku membesar jauh dari mama abah dan zaman aku mengenal dunia.Zaman itu yang tak pernah langsung aku lupakan.Sekarang juga aku punya kawan dan rakan,cuma sedikit berbeza....


LHS: ashu,.::me::.,fida,ruhil n amanina...


~amanina,ashu,.::me::.,fida,eton n marni~


amanina,ashu,.::me::.,fida,eton n marni....once again...
*ruhil snap dis pic..


*Pape pun,aku terlalu gembira semalam...thanks babe...Next time kte setkan y lg best...lg ramai....

06 January 2010

Bertahan!!!


Semester ini agak sibuk.Hari pertama lagi dah mula kelas sampai petang.Minggu pertama dah dpt task.Aku pulak macam makin malas...huhu...tapi pape pun aku tetap kena siapkan semua kerja yang dapat.Tak boleh tiru2 lagi dah....(ai hope la).....Minggu ni jugak aku masih dalam mood dirumah...Homesick..ingat mak abah je kejanya...rindu nak gaduh ngan adik2...huh...

Masuk hari ni,hari ketiga aku kat maktab.Dan aku masih berjaya menjauhkan diri dari mendekati segala jenis makanan berat dan fast food.Mungkin ini akibat tekanan hebat yang diberikan semua pihak terhadap aku kot.Tuh la korang,ngejek aku lagi...ngutuk aku gemok lagi...

Dan semester ni jugak aku kena banyakkan sabar n lebih matang.Jangan layan sgt orang2 yang sewel n bersikap kebudak-budakkan.Biarkan orang nak cakap pe pun pasal diri aku sebab yang kenal aku dan tahu siapa diri aku yang sebenarnya hanyalah aku sendiri....peace!!!


Semoga aku berjaya kali ni...:p



Bila yang lemah berbicara:

*kesian pada mereka yang "perasan" diri sudah cukup bagus kerana sesungguhnya mereka menutup peluang untuk memperbaiki diri sendiri....Lebih baik mereka yang sedar diri banyak kekurangan kerana secara tidak langsung mereka akan berusaha memperbaiki diri sendiri...:p

01 January 2010

~~~FIGHT LEMAK!!!~~~

i need 2 start my diet right now...arghhhh...crazy...feel so sad..;(

Camne aku boleh gemuk sampai camnih?gemuk sampai dah sama standard ngan mak sedara yang preg 7mnth...arghhh..how come la...huhu...semua orang da ngutuk...tp aku x sedar2 diri lg...alah,nape lah aku cmni...bila aku nak tekad btol2 nih...xkan nak tunggu bdn dh besau mcm erra fazira dlm cinta kolestrol kot...g.i.l.a....

Aku yang adik nih org kata kakak dh..mana taknya,akak2 aku kecik molek je lg..ak dah macam mak budak dh...n u noe,my body start to protest...dah mcm2 sign dia bagi nak gtau aku dia x mampu btahan dengan lemak2 nih lagi dh...sian kau..kena bwk beban lebih...yang aku masih lagi makan segala bagai makanan.Yang berlemak pulak tu...a.d.o.i...


wif along n kIva..

Satu lagi,aku memang kena kurangkan berat nih...camne ak nak attend Pendidikan Jasmani class nex sem kalo kena lari sikit pon dh semput...camne nak buat olahraga kalo lemak aku y shaking lebih.camne nak buat ujian kecergasan kalo nak bawak badan pun x mampu...camne nak lari 2.4km kalo baru 50m lari dh mula sesak nafas...adoiiii...camne?camne?camne???!!(kalo bleh bakar lemak mcm bakar sampah,mmg ak bakar kaw2 dah..)

Satu lagi,member2 sekolah dulu pn x abes2 gelakkan aku dah gemok..malu la...nak kuar date pn ak pilih tempat..x mau ramai2 org...kesian kat bf ak pulak nanti.takut org ngumpat dia ckp awek dia gemok..hahaha....macam hampeh kan?tp tu la yang aku gase...


Aku kena D.I.E.T!!!kalo tak,ak takkan dpt keyakinan diri..camne aku nak jadik cikgu y bagus kalo tak yakin pada diri sendiri?takde cara lain aku boleh buat melainkan "slim" kan balik badan aku...baru lah aku boleh dpt keyakinan diri n aku boleh buat semua aktiviti tnp batasan n halangan...

~~~FIGHT LEMAK!!!~~~

GO!!!

*ad pape cadangan untuk aku?plz,do help me..plzzzz.....

2010

~~~
~~~
~~~

Selamat tahun baru 2010...
Semoga tahun baru ini membawa sinar yang baru untuk kita semua.
Semoga tahun baru juga membawa perubahan ke arah kebaikan tuk aku,untuk kita,untuk semua...

~~~
~~~
~~~

2009 :: Family ::



Hanya satu perkataan yang mampu aku gambarkan…~bahagia~…ya,aku bahagia punya keluarga seperti kamu semua…2009 banyak memberi peluang untuk kita bersama-sama.Banyak yang kita harungi tahun 2009 ni… Semoga Allah memberkati keluarga kita…Aku bahagia punya kamu semua…Terima kasih untuk kebahagiaan yang kamu semua berikan kepada aku.


  • Abah,jgn sakit dah…sayang abah….
  • mak,thanks selalu dengar org membebel…sayang mak jgk…
  • kLong n kIva,thanks sbb utamakan keluarga…
  • Ammar,ang memang abang yang baik untuk adik2.
  • Afiq,Jangan nakal2.Abah tak bagi buat sesuatu mesti ada sebab…Cuba faham maksud abah…
  • Adik,ktorang betol2 bangga ngan ang…ahaha…