yang dinamakan hidup seorang Masshitah,
tak pernah sekali pun merasa pedih sepedih ini...
yang dinamakan permainan kehidupan Masshitah,
tidak pernah sekali pun rasa sesakit ini...
yang dinamakan sahabat Masshitah,
tidak pernah seorang pun tewas dengan kata2 fitnah seperti ini...
Ya Allah...
Aku hambamu yang lemah...
Kurniakanlah aku kekuatan seperti Mashitah(penyisir rambut puteri firaun),
Pertahankan maruah walau sepedih manapun laluannya...
Perkukuhkan iman walau sekejam mana pun dugaan keatasnya...
Perkuatkan hati walau setiap jasanya tidak pernah dikenang...
kerana aku seorang Masshitah,
aku perlu tabah menerima setiap yang sudah tertulis di Loh Mahfuz sana...
kerana aku seorang Masshitah,
aku perlu kuat menelan segala sakit luka...
kerana aku seorang Masshitah,
aku perlu mempertahankan maruah aku walau seperit manapun kisahnya...
kerana aku seorang Masshitah,
aku perlu senyum menghadam kesemuanya...
kerana aku seorang Masshitah...
aku perlu kuat!
*dugaan ini belum selesai...masih panjang mungkin kisahnya...tapi aku sudah mula melihat hikmah disebalik semuanya....Terima kasih Allah...



3 comments:
kenape citot? jgn sedih. i'll talk to u later eh
cik masshitah perlu kuat!!!
amal:
olrite...doakan tuk aku!
aman:
aku perlu kekuatan!
Post a Comment