30 December 2010

Jangan Lupa.

Dear Masshitah;

Dendam bukan untuk yang kita sayang.
Benci juga bukan untuk yang kita sayang.
Kalau benar sayang,diam.
Kalau benar sayang,yang remeh buang.

Ingat!
Marah simpan dulu.
Jangan biarkan emosi menguasai diri selalu.
Hidup masih terlalu jauh untuk terus berharap.

Maafkan semua orang sebelum menutup mata setiap malam.
Semoga bangunnya aku esok pagi bukan bersama dendam semalam.

07 December 2010

Yang ada untuk kita.

Bila kita dalam kesusahan,kita tak akan mengharapkan kepercayaan orang lain melainkan insan-insan yang kita sayang.

Bila kita ditimpa sesuatu yang tidak pernah kita sangka akan terjadi,tiada yang lain yang kita mahukan melainkan sokongan daripada insan-insan yang kita sayang.

Bila kita dalam kesusahan,kesakitan,tiada orang lain yang sanggup bersama-sama merasai kesakitan itu,melainkan mereka-mereka yang kita sayang.

Dalam hidup ini,apapun pilihan yang perlu kita buat,pilihlah untuk utamakan insan-insan yang tersayang.Sesungguhnya setiap detik pedih yang kita akan lalui suatu hari nanti,hanya mereka yang akan setia menemani kita.Bukan kawan,bukan rakan,bukan teman..Tetapi sahabat yang ikhlas,kekasih yang setia dan keluarga sentiasa menyayangi.

*tak percaya?terpulang...aku sudah rasa,sekadar mahu berkongsi rasa...

With Love,
OranGe Masshitah