24 December 2013

Tolong.

Ingatkan aku untuk maafkan dia.

Andai suatu hari nanti dia tersedar dari mimpi,
yang sama seperti mimpi yang pernah aku lalui.

Andai suatu hari nanti tiba-tiba Allah berikan dia semula hatinya,
sama seperti Allah beri aku kembali hati ini.

Andai dia punya harapan untuk mendapatkan kembali,
sama seperti aku berharap untuk mendapatkan apa yang telah pergi.

Andai ketika itu masih ada ruang untuk kami,
Andai ketika itu masing-masing belum punya 'akad' yang sah,
Tolong...
Ingatkan aku untuk membuka seluas-luasnya ruang itu.
Ingatkan aku untuk memaafkan dia.

Kerana salah dia hari ini, salah aku semalam.
Kerana apa yang dia rasa hari ini, sudahpun aku rasa semalam.
Kerana apa pun yang dia lakukan hari ini, aku dah pun lakukan semalam.

Biar keadaan jadi seri.
Kosong-kosong kembali.

18 December 2013

Dec, 2013

Allah hu Allah.

Nafas terasa berat. Aku bukan buat atas harapan orang lain. Aku usaha kerana aku rasa bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi. Tapi Allah lebih tahu apa yang selayaknya berlaku.

Dia pemilik hati kita. Bila-bila masa Dia mampu pesongkan semula hati kita dari benda yang kita suka sepertimana Dia berkuasa pesongkan hati kita untuk menyukai benda itu suatu masa dulu.

*Bila aku sudah berhenti berusaha, bukan bermaksud aku tak berharap lagi. Cuma aku berhenti meletakkan harapan pada manusia, aku melabuhkan harapan sepenuhnya kepada Allah.

Allah jagakan dia.

14 June 2013

Masih hidup.

Umur 25,

Hidup rasa makin susah.
Susah untuk buat pilihan, susah untuk tentukan masa depan, susah untuk buat keputusan. Baru sedar yang hidup tak dapat selalu mudah. Kalau mudah takde cabaran pulak kan? Dan aku makin sedar hidup tak boleh selalu jadi macam yang kita mau. Sebab kita cuma pelakon. Pengarahnya, Dia yang berkuasa. Dia tau mana yang terbaik untuk kita. Jadi kita tak ada pilihan lain melainkan terus berlakon untuk watak yang dipertanggungjawabkan.


Love,
MM, Sknk, 2013