30 August 2009

Karutan Yang Mengarut...

Kamu sedar bertapa pentingnya ikatan kekeluargaan???
aku sedar itu....

Tahukah kamu sekukuh manapun hubungan kita dengan orang luar,kita masih perlu utamakan mereka-mereka yang diklasifikasikan sebagai "kerabat" kita.Kamu tahu mengapa?Kerana kita tidak tahu apa nasib kita di masa hadapan.Kita juga tidak tahu corak takdir yang telah terlukis buat kita.Okey,Cuba kamu bayangkan sekiranya kamu seringkali mengenepikan kaum kerabat kamu dan kamu lebih mengutamakan seseorang yang aku namakan sebagai "makhluk asing".Segala keutamaan kamu berikan kepada makhluk asing itu dan tanpa kamu sedari kamu telah pun melukakan hati kaum kerabat kamu.Sedikit demi sedikit sudah tentulah kaum kerabat kamu BOSAN dengan sikap kamu bukan?Maka kamu akan mula dianggap invisible dalam keluarga kamu..Kemudian cuba kamu bayangkan sekiranya takdir Allah menetapkan kamu mengalami satu kemalangan yang menyebabkan kamu lumpuh....Cuba kamu teka,siapakah yang akan menjaga kamu sewaktu itu?Adakah "makhluk asing" yang kamu utamakan itu yang akan memikul tanggungjawab untuk menjaga dan menguruskan diri kamu?Kalau jawapan kamu YA,kamu tahu apa kata aku?Aku akan gelak besar pada kamu..PERASAN! Kamu mahu tahu apa jawapan yang betul?Ketahuilah,kaum kerabat yang kamu ketepikan itulah yang akan menjaga kamu.Merekalah yang akan menyuapkan nasi ke mulut kamu,menyisir rambut kamu,bahkan najis kamu pun akan diuruskan mereka..Kalau aku menjadi kamu,aku MALU....malu yang teramat malu...manakan tidak,orang yang telah kita ketepikan kini mengutamakan kita....MALU....Kalau kamu tidak malu,aku klasifikasikan kamu sebagai manusia yang tidak mempunyai seketul darah kurniaan Allah iaitu HATI....
Kesimpulannya???
Kesimpulannya disini,"FAMILY FIRST!!"


Ah!Aku cuma mengarut...
Akal aku terlalu gemar memikirkan sesuatu yang tidak orang lain fikir..
Tak Tercapai Akal.....
S*t*n semua ini!!

27 August 2009

"show your LOVE"


*Thanks tuk pemberi cornetto "show your love" ni....
*really love it...
luv u 2...(",)(,")
*POST INI UNTUK AHMAD FAROQI....

Tag RAMADHAN......

Rules:
ADA 4 SOALAN




1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak pe. Mudah dan menjimatkan masa. harapnya begitu..
-DONE


2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..
-ALRITE.....

3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...
-INSYAALLAH.....

4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..
-INSYAALLAH...Try my best...

*Soklan yang sempoi tapi ada makna yang tersirat...lebih2 lagi kita yang Islam dan ngaku Islam banyak yg tak menjalani kehidupan yg berlandaskan syariat Islam...




Thanks for giving this TAG..(",)


PENYAMBUNG TAGGED INI IALAH :::


- ah_qie -

- Amalina -

- ecah -

- nad -

- bazz -

- SUsuHANA -

- farhana -

- aku -

- aku x tau sapa lagi dah -

- (kamu semua umat islam,sambutlah tagged ini) -




* I'm DONE!!!

25 August 2009

Susu KAMBING..

Post kali ni aku tujukan buat abah tersayang...
Semoga sihat cepat..
Orang doakan abah...

  • Aku mahu abah sihat cepat...Abah, terus terang kami sangat-sangat memerlukan abah....
  • Ramai sangat orang datang melawat abah..Dalam ramai-ramai tu,ada yang petua suruh bagi minum susu kambing asli.Aku pun mulakan gerakan mencari susu kambing tanpa berlengah...Ada yang cakap suruh aku cari dalam kawasan perkampungan India di Ladang Soon Lee....Aku ngan akak aku terus masuk kawasan tu tanpa pikir pape lagi dah...Masuk je ke kawasan tu, aku rasa macam masuk dalam satu dunia lain...Yela,selama ni,aku cuma membesar dalam kawasan Balai Polis yang bertemankan kaum kerabat polis...Tapi hari ini,suasana amat berbeza.Anjing di merata-rata.Aku mencari dan terus mencari rumah si penjual susu.Akhirnya kami jumpa rumah itu dengan bantuan "kompas masyarakat". Yang lawaknya,time aku bercakap dengan si penjual susu tu, anjing-anjing yang berkeliaran bertindak seperti wartawan dan datang mengerumuni aku seolah-olah mahu kumpul berita hangat.Yeap,aku sangat cuak..Tapi aku berlagak tenang sebab mahu menjaga hati kaum India di situ...Settle je urusan,aku terus menuju ke pintu kereta,masuk dan tutup...Arghhh...LEGA!!!.....
  • India susu tu tak dapat pergi kandang sebab hari hujan...After 2, my dear bagitau yang ada kandang Kambing ondaway ke Kuala Kurau...Aku ngan akak terus menuju ke situ...
  • Alhamdulillah...memang ada kandang kambing...dan aku mendapat susu kambing asli yang agak bersih pada pandangan mata kasar.
  • Aku betul-betul lega...menuju ke hospital dengan hati gembira..Semoga boleh membantu abah....


ni la abah aku bersama dgn budak gediks(adik bongsu aku)


*kamu semua punya apa-apa petua yang boleh menghilangkan penyakit abah aku????(kuning di seluruh tubuh badan dan mata...kaki,kuku dan tangan TIDAK bengkak.Sudah 4 hari dalam hospital...Doktor masih tidak tahu apa sebabnya...)

21 August 2009

PonTenG,,,

Hari ini sepatutnya aku masih stay kat maktab...untuk hari last sebelum cuti seminggu disambung dengan SBE seminggu...Tapi malam tadi aku da cabut balik rumah...Bukan aku sengaja mahu ponteng kelas hari ni..Tapi aku punya alasan aku sendiri...Rancangan yang aku rancang tak menjadi..ini adalah plan mengejut aku..Aku sendiri kepenatan mahu mengemas barang dan macam2 lagi kerja yang belum settle kat maktab...Tapi aku terpaksa jugak balik sebab kalau aku tak balik awal sehari, aku kena stay sorang-sorang kat maktab sampai hari ahad..aku tak yakin aku mampu duduk sorang-sorang kat maktab tu...nak pergi tandas malam-malam pun kena ajak kawan teman,ni kan pulak nak stay sorang-sorang...Okey, aku mengaku aku memang penakut...

Tapi kisahnya kat sini yang aku nak cerita adalah kisah kekecewaan aku pada seorang lect aku ni...Sebelum ni aku memang sangat-sangat mengagumi lec ak ni..bagi aku beliau seorang yang amat bijak mengawal emosi,pandai mengawal kemarahan dan bijak 'tackle' student.Tapi semalam,aku sedikit kecewa...Hari ini ada kelas beliau dan mengikut plannya, kami akan berbincang mengenai tugasan untuk SBE@PBS(pengalaman berasaskan sekolah) nanti.Tapi setelah aku membuat keputusan untuk cabut awal, aku pun meminta belas kasihan beliau untuk membenarkan aku 'ponteng' arini...Aku siap offer nak pergi jumpa beliau petang semalam untuk bincang pape yang patut.Tapi aku tak sangka beliau tidak dapat bertolak ansur dengan aku dan seolah-olah tidak membenarkan aku untuk tidak hadir ke kelas beliau hari ini...Hurm...Banyak jugak la aku berbalas mesej dengan beliau untuk meminta belas kasihan beliau...Tapi kecewa jugak la aku..Last skali aku senyap dan berhibernate....tak tahu apa nak buat....
I'm sorry ma'am..Da things happen out of my plan...Aku tetap angkat kaki balik...Dalam hati aku ada sedikit kekecewaan yang masih berbaki terhadap beliau...Aku cuba berterus terang dan berharap kejujuran aku ni dihargai...Tapi hampes kot...

Korang semua mesti pikir buatpe la aku pergi bagitau yang aku nak ponteng kan..Balik jela...Aku sebenarnya mahu menjaga hati beliau kerana bagi aku, aku patut respect beliau sebagai seorang lect..Aku x mahu mengecewakan beliau.Aku tak mahu beliau fikir aku memandang ringan Subjek beliau..Aku jugak tak mahu satu hari nanti student aku bertindak membelakangkan aku....Tambahan pulak ada sejarah hitam antara rakan sekelas aku dengan beliau...Aku cuma tidak mahu beliau berfikiran negatif terhadap kelas aku lagi...Tapi dah jadi camni, aku pun x tau la pasni aku nak menghadap beliau camne..

*Sorry la ma'am....Sy x sangka ma'am x dpt memahami masalah ini....
*Takdir memang begini..Time aku stay kat maktab x pulak ada kls...time aku ada prob,berlambak pulak kls...adoi................

20 August 2009

Sibuk Semak Sesak...

Lama jugak aku tak berkesempatan untuk update...
Minggu yang terlalu sibuk, semak dan sesak...
Sangat-sangat penat...minggu nak balik cuti pun kena siapkan micro teaching dan macam2 lagi...
Wreles maktab lak down....
Dah selesai aku daftar broadband celcom, elok pulak dah wireles...macam-macam...
penat sangat....

aku sangat penat...

penatnya aku....

aku kepenatan....

kepenatan nya aku...

??????...........

11 August 2009

Can Mali Can...

Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung

Assalamualaikum salam sejahtera,
Kami ucapkan kepada semua,
Terimalah semua persembahan kami,
Daripada kami yang cantik berseri....

Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung

Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung

Dalam kelas ini, kami sungguh happy,
Ada cikgu Ramlah yang sungguh berseri,
Kelas SDP banyak ajar kami,
Agar kami jadi,guru yang berkualiti....

Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung

Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung

Sekian sahaja persembahan kami,
Di lain masa kita berjumpa lagi,
Janganlah risau kalau mimpi kami,
Kami sememangnya yang TAMPAN dan BERSERI...

Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung

Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung

Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung



-koboi2 Can Mali Can bersama Puan Ramlah SDP...

  • ni la lagu rakyat Can Mali Can yang dah kitaorang ubah suai untuk persembahan nyanyian+alat muzik+pergerakan untuk kelas Seni Dalam Pendidikan(SDP) hari ni....
  • Lecturer kitaorang happy abes....
  • Tahniah kepada semua budak PISMP IPGM4.05 kerana berjaya membuat persembahan yang hebat-hebat belaka...
  • Siapa cakap budak maths x berseni kan?nombor-nombor jugak...seni mesti ada....

oHH elaun....

Elaun aku belum masuk.... Tah bila baru akan masuk...poket aku semakin nipis... Kerja aku meneman orang beli barang je la sekarang ni... Nasib baik la orang yang aku teman ni baik... Dia belikan aku Famous Amos....Aku suka makan benda ni time2 malas nak turun makan kat kafe...THANKs dear....




Kali ni famous amos buat promosi pe tah...siap bagi clip cute ni lagi..layannn.....



aku jugak sempat menghabiskan sisa-sisa elaun lepas dengan membeli ini:
ROCK AND LOVE(rock la sgt)....
*bukan ini sahaja....bermacam benda lagi....aku ini seorang pembazir tegar tahu....
*tolong nasihatkan aku sikit!
*sekarang ni aku sedang berfikir bagaimana mahu mendidik anak murid aku nanti agar tidak membazir...(mcm ketam ajar anak berjalan la jadinya kan???)

10 August 2009

2 mY beLoveD sis......


My beloved sis;

Kita memang sudah dewasa...
Tapi kita TIDAK LAYAK lupakan mereka....
Mereka yang membesarkan kita....
Mereka yang menjadikan kita seperti hari ini....
Mereka yang menjaga kita sehingga dewasa begini....

Kamu tahu apa yang mereka mahu???
mereka cuma mahu mendegar suara kita...
mereka cuma mahu tahu selamat mana kita di sini....
mereka cuma mahu tahu di mana kita berada...

Sedikit pun tiada dalam hati mereka untuk hidup atas kesenangan kita...
sedikit pun tiada antara mereka yang mendoakan kita sengsara walau sezalim mana pun kita kepada mereka....

sbg seorang manusia:
  • Ingat pesan aku, air mata mak abah terlalu berharga untuk kita biarkan mengalir...
  • Sekalipun kita tidak mampu membantu dengan wang ringgit,bantulah dengan TIDAK menyusahkan mereka..


*korang sume dah tanya khabar mak ayah korang???aku sudah...kamu bila lagi????

08 August 2009

Sabtu yang BEST!!!

6.30 am
  • terjaga pagi....
  • cepat-cepat tutupkan mata balik supaya x hilang mood tidur...

7.00 pm~~~

Hidup ni memang adil kan??? aku sangat-sangat la mati kutu hari nih... Bangun pagi jep aku cepat-cepat tutupkan mata balik...supaya aku tidak akan menghadapi hari-hari kebosanan ini...Aku dah dapat agak dah... Sabtu ni mesti sabtu yang x best... Bukan aku pandai menilik apa yang akan terjadi kepada aku,tapi menurut kebiasaannya,bila hari aku takde date,mesti takde jugak benda lain yang boleh aku buat.... Macam hari ni, takde pulak kengkawan yang nak ajak aku pergi mana-mana... Bila hari aku ada date,banyak pulak rancangan-rancangan best dari pelbagai pihak... Untuk yang ke 100 kalinya(hyperbole) aku mesej kak iva aku...ajak dia kuar gather2.....dah lama aku tak gather-gather ngan akak2 aku..dan seperti biasa, dukacita je....akak aku ni sibuk memanjang..senang aku cakap,dia ni gila kerja.... Nak mesej kak long,terus terbantut...takut dukacita lagi...malas lah... Aku pusing satu asrama time bosan ni...lagi mendukacitakan!!!! mostly tengah bersiap nak kuar....dating,seremban.bday anak sedara.....macam-macam lah... Aku balik bilik,aku lompat atas katil..sampai lah sekarang....hah....esok...esok ahad....camne aku nak menghadapi hari seperti ini sehari lagi...tolong....

*cepat2 sihat tau....
*kte 2gether2 mcm biasa....


*comey kan budak ni????

06 August 2009

can u help me???


owh tidak..aku bukan orang seperti itu...dan aku tidak perlu menjadi seperti itu..kerana aku sudah 21tahun...tak perlu lagi bersikap kebudak-budakkan begitu...membuang masa aku sahaja..
kamu??mahu jadi seperti itu juga?
hurm...aku tidak tahu perlu cakap apa kepada kamu kalau kamu juga ingin menjadi seperti itu...kerana aku tidak layak menasihati kamu..pertimbangan akal aku mengatakan kamu punya ilmu akhirat lebih dari aku..mungkin...aku terlalu daif untuk bercakap hal-hal itu....
Biarlah kamu membuat pertimbangan akal kamu sendiri...
Dan biarkan aku terus bermain dengan jiwa aku sendiri...kerana aku bukan kamu...dan aku tidak mahu menjadi seperti kamu...
Cuma aku minta kamu tolong aku satu boleh????
Tolong sangat-sangat....
Tolong,
GO TO HELL!!


*sikap mcm budak-budak...
*kamu pikir aku akan melayan kamu???
*pergi seratus org kebudak-budakkan seperti kamu aku tidak rugi satu sen pun!!
*once again,plz help me...GO TO HELL!!

Homesick....

Homesick la kebelakangan ini...
kenapa yeap??
Bukan baru aku tinggal jauh dengan keluarga.Dah lama dah..Tapi gase nak sangat balik kampung.Kakak-kakak aku ada kerja pulak dah...(busy aje korg 2)
Eiii...Tak best betol.
Homesick ni jugak buat aku malas mahu ke mana-mana..
malas mahu belajar,
malas mahu ke kelas,
malas mahu mandi,
malas segala-galanya lah..
Rindu mak abah lak...sesungguh ni!!
maybe sebab dah lama aku tak balik lepak rumah kot..hurm...

my luv-mama & abah...
*abah aku ni misai jep tebal,tp dia x garang pon...cuma tegas..polis kan..
*luv my family..luv 'u' also dear..

03 August 2009

untuk kamu....

Kamu tahu mengapa aku menitiskan air mata aku untuk kamu semalam???
Kerana aku sakit melihat senyum kamu...
Aku pedih mendengar ketawa kamu...
Aku perit melihat kamu berjalan seiring dengan ku....

Kamu perlu tahu apa yang aku mahu.....
Aku cuma mahu senyuman kamu dulu...
Aku rindu untuk mendengar ketawa kamu yang dulu...
Aku ingin untuk melihat kamu berjalan seiring dengan ku seperti dulu...

Kamu,
cepat-cepatlah kembali seperti dulu...
Aku mahukan kamu sihat seperti dulu...
aku mahukan kamu!!!

Cuma satu yang perlu kamu ingat,
sampai bila-bila pun aku tetap mahukan kamu....
kerana kamu adalah separuh dari hidup aku...
tidak dapat aku bayangkan hidup yang separuh itu tanpa kamu....
"u r my arc reactor...."

awak,
*tlg yea...sihat la cepat2....sy syg awak!

01 August 2009

Sedapnya Milo....




Aku suka milo tapi aku tak pernah tengok buah koko...Rabu lepas,buat pertama kalinya aku melihat dengan real buah KOKO...nak kata terlalu taksub tu tidak la jugak..tapi aku agak gembira kerana aku bertuah dapat tengok buah koko ni....Ayah Aji,ayah angkat aku di Janda Baik,Pahang(bwh program Bina Insan Guru siri4) yang kenalkan buah ni pada aku...Kebetulan atas tanah kebun seluas 4ekar miliknya ada buah ni...dan yang paling best,dia bagi aku buah ni sebijik...katanya,petik yang kuning tu..balik tunjuk kat orang Bagan Serai...huhu...mulanya aku malu jugak nak petik...tapi dah dua tiga kali disuruh,laju je tangan aku petik..katanya buah ni sedap....


tapi sampai sekarang aku tak rasa lagi...



sayang pulak nak makan...



teringin....



tapi sayang nak makan......



............