20 November 2011

Cakap banyak makin banyak nampak bodohnya.



Senyum bila teringat cerita lama.

Ada seorang teman, adil segalanya. Tak kisah lah cerita aku pada dia bagaimana. Yang betul, diangguk kan. Bila salah, dia diamkan. Bila diam, fahamlah kita cerita itu dia tidak suka. Haruslah aku berfikir semula. Adil. Tak seperti banyak manusia sekarang. Rupa diutamakan. Yang cantik, kacak dan bergaya dilebihkan. Contoh ketara cuba cerita tentang dua manusia yang buruknya sama namun berbeza rupa. Satu dilihat indah pada luarannya manakala satu lagi kurang berkenan pada mata. Cubalah lihat pada hasilnya.

Tak mahu cakap banyak. Teringat aku pesan abah, cakap banyak makin banyak nampak bodohnya. Jadi baik diam dan mendiamkan diri.


Yang bodoh masih memandang pada rupa manakala yang bijak memandang hatinya...;)

13 November 2011

Tribute untuk mereka...



Akhir masa ini, saya tak perlukan apa-apa.
Cuma mahu penghujung cerita disini gembira semuanya.

Seboleh mahu hanya senyuman sahaja biar ada.
Tak kisah lah cerita esok nanti bagaimana,
Tak kisah lah kalau yang dirancang tak menjadi nyata,
Pedulikan itu semua.

Untuk hari ini,ketika masih disini,antara kita;
Biar kita puas bergembira.
Pedulikan apa orang kata.

Biar yang ada nanti kenangan kisah suka semuanya.

Biar yang tersimpan nanti senyuman menutup segala luka.
..Ini untuk saya dan mereka yang sentiasa disisi...


Dia ini kuat.Tak lemah seperti yang disangka.Tak mudah goyah.
Sentiasa ada.Teman saya setiap masa.

Dia yang selalu usaha buat saya gembira.
Dia memang cool!



Dia ini? Mana takut manusia. Mana takut dihentam.
Dia buat apa sahaja. Bila saya menangis, dia peluk saya!



Dia?Inspirasi saya.Dia diam,tapi dia tidak lemah.
Kalau mampu saya jadi seperti dia,
tentu bertambah bilangan orang yang sayangkan saya..:)


Untuk kamu bertiga,
SAYANG kamu.

...

Untuk "mereka" pula:
Terima kasih untuk semuanya.
Tanpa kisah dulu,tak mungkin aku bahagia seperti hari ini.
Tak mungkin aku kenal siapa kawan sebenarnya.

Kita sudah pilih jalan hidup kita.
Kamu-kamu yang pilih penghujung cerita kita begini rupa.
Terimalah jalannya.
Biar aku hidup bahagia,
Seperti aku biar kamu-kamu bahagia.


Untuk yang pernah aku anggap seperti adik sendiri:
Perempuan,aku takkan lupa.
Semuanya masih aku ingat.
Takkan pernah halalkan segalanya.
Sampai mati aku bawa cerita yang engkau reka.
Jumpa disana!

Senyum bila sedar akan jauh dari "anjing" yang suka "menyalak".
Sedih bila sedar akan jauh dari mereka bertiga...

*Entri ini tribute untuk mereka bertiga.Yang tak pernah takut dengan anjing, yang tak pernah lemah dengan cacian manusia... Walau ramai lagi yang masih setia, tapi mereka bertiga paling kuat dimata saya!

Sayang mereka bertiga gila lah!


03 November 2011

Masshitah cuma perlu ini...

Semakin saya cuba jadi yang sempurna,
semakin jauh saya dari kesempurnaan.

Semakin saya cuba untuk berikan suasana gembira,
semakin buruk keadaan semuanya.

Kalaulah saya mampu cerita pada dia hidup takkan boleh sempurna,keadaan takkan selalu gembira,akan saya ceritakan semuanya satu per satu.Supaya dia faham dan belajar untuk menerima semua kurangnya saya...seperti mana saya terima segala kekurangan dia.

Kalaulah dia mampu terima kekurangan saya yang satu itu, tentu keadaan takkan jadi seburuk mana.Kerana saya seorang manusia yang belajar untuk jadi sempurna...

Ya Rabbi,tunjukkan aku jalan,kurniakan aku kekuatan.Hadirkan dia yang mampu melembutkan kerasnya hati ini,yang tabah bila aku lemah,yang sedih melihat aku menangis,yang takkan sesekali meninggalkan aku buruk manapun keadaan yang perlu aku hadapi...