13 November 2011

Tribute untuk mereka...



Akhir masa ini, saya tak perlukan apa-apa.
Cuma mahu penghujung cerita disini gembira semuanya.

Seboleh mahu hanya senyuman sahaja biar ada.
Tak kisah lah cerita esok nanti bagaimana,
Tak kisah lah kalau yang dirancang tak menjadi nyata,
Pedulikan itu semua.

Untuk hari ini,ketika masih disini,antara kita;
Biar kita puas bergembira.
Pedulikan apa orang kata.

Biar yang ada nanti kenangan kisah suka semuanya.

Biar yang tersimpan nanti senyuman menutup segala luka.
..Ini untuk saya dan mereka yang sentiasa disisi...


Dia ini kuat.Tak lemah seperti yang disangka.Tak mudah goyah.
Sentiasa ada.Teman saya setiap masa.

Dia yang selalu usaha buat saya gembira.
Dia memang cool!



Dia ini? Mana takut manusia. Mana takut dihentam.
Dia buat apa sahaja. Bila saya menangis, dia peluk saya!



Dia?Inspirasi saya.Dia diam,tapi dia tidak lemah.
Kalau mampu saya jadi seperti dia,
tentu bertambah bilangan orang yang sayangkan saya..:)


Untuk kamu bertiga,
SAYANG kamu.

...

Untuk "mereka" pula:
Terima kasih untuk semuanya.
Tanpa kisah dulu,tak mungkin aku bahagia seperti hari ini.
Tak mungkin aku kenal siapa kawan sebenarnya.

Kita sudah pilih jalan hidup kita.
Kamu-kamu yang pilih penghujung cerita kita begini rupa.
Terimalah jalannya.
Biar aku hidup bahagia,
Seperti aku biar kamu-kamu bahagia.


Untuk yang pernah aku anggap seperti adik sendiri:
Perempuan,aku takkan lupa.
Semuanya masih aku ingat.
Takkan pernah halalkan segalanya.
Sampai mati aku bawa cerita yang engkau reka.
Jumpa disana!

Senyum bila sedar akan jauh dari "anjing" yang suka "menyalak".
Sedih bila sedar akan jauh dari mereka bertiga...

*Entri ini tribute untuk mereka bertiga.Yang tak pernah takut dengan anjing, yang tak pernah lemah dengan cacian manusia... Walau ramai lagi yang masih setia, tapi mereka bertiga paling kuat dimata saya!

Sayang mereka bertiga gila lah!