24 November 2010

Selagi Masih Milik Kita


"we do not care of what we have,but we cry when it is lost."

mungkin setengah orang pandang remeh statement diatas.Tapi bagi aku statement ni bermakna.Mungkin terlampau banyak benda kita pandang remeh dalam hidup ni sampaikan kita tak sedar benda tu penting untuk kita.Dan lumrah manusia,kita hanya akan hargai benda yang kita miliki selepas kita kehilangan benda tu.Tak kira la dalam apa situasi sekali pun.

Contoh yang paling mudah,kita ada baju yang cantik,tapi kita tak pakai pun.Bila hilang,baru kita terhegeh-hegeh nak carik smula dan cakap kononnya "ala,sayangnya baju tu","aku suka sangat baju tu","sayangnya,baju tu selesa sangat".Kan?Mesti korang pernah hadapi situasi ni kan?

Contoh lain?Pernah kita mengangkat seniman-seniwati negara kita semasa hidup mereka?Ada,tapi sedikit berbanding dengan banyaknya kita lupakan mereka.Kita lebih mengangkat orang luar yang kadangkala bahasa yang digunakan mereka pun kita tak faham.Untuk seniman negara sendiri pula,lepas diorang dah meninggal,baru masing-masing nak tunjuk hero bagi title "datuk","tan sri" dan tah pape lagi la.

Contoh yang paling best....bila bercinta.Ramai orang tak hargai pun pasangan mereka.Bila dah ditinggalkan,mula la menangis tak ingat dunia.Baru mula nak terhegeh-hegeh dapatkan semula cinta.Cinta konon.Sayang konon.Time tengah bercinta tak pulak fikir sume tu.Tak pulak reti nak hargai sebaik-baiknya pasangan masing-masing,marah ikut suka,tinggal ikut suka.Dah kena tinggal,baru mula rasa goyah.Dah menjadi adat mungkin.Bila dah tiada depan mata,baru nak belajar menghargai.

Kesimpulannya,hargailah benda yang kita miliki.Tak kira la apa benda sekalipun.Sebab semua ni Allah pinjamkan untuk kita,entah esok,entah lusa, Dia mungkin akan ambil semuanya kembali.Jadi,selagi semua benda tu masih dipinjamkan kepada kita,jaga sebaiknya,hargai sebaik-baiknya.

With Love,
Masshitah Mohamad...

No comments: