21 December 2009

Rompakan Privasi!!!

Salam...

Lama rasanya aku tidak menulis sesuatu yang berguna untuk semua.Tapi hari ini aku rasa sudah sampai masanya aku meluahkan sesuatu yang perlu semua orang tahu,terutamanya mereka-mereka yang baru ataupun sedang bermain dengan api cinta...

Kamu tahu,selain daripada cinta,rasa sayang,setia dan percaya(semua orang tahu) kepada pasangan masing2,kamu juga perlu mempunyai sikap menghormati privasi pasangan kamu.Yeap,kamu sayang dia sangat-sangat bukan?tapi itu tidak bermaksud kamu boleh sesuka hati mencerobohi hak dan privasi dia.Aku faham sekiranya kamu mempunyai sikap ingin tahu yang melonjak-lonjak mengenai kehidupan si dia ataupun rasa cemburu yang terlalu kuat terhadap si dia.Ya,aku juga selalu merasai perasaan begitu.Tetapi perasaan begitu harus dibuang jauh-jauh sekiranya kamu mahu pasangan kamu senang dengan sikap kamu.

Sikap kamu yang gemar mencerobohi hak dan privasi si dia bukan sahaja boleh menyebabkan si dia tidak senang hati dengan kamu,bahkan rakan-rakan si dia juga mungkin dapat menghidu sikap cemburu tidak bertempat kamu itu lambat laun.Bukankah ini secara tidak langsung menyebabkan si dia rasa kurang senang dengan situasi yang kamu cipta ini?Sekali gus membuatkan dia sedar bertapa kamu tidak percayakan si dia.Perasaan tidak dipercayai itu kadang-kadang boleh membawa sesuatu yang buruk dalam perhubungan kamu.Lebih buruk lagi apabila si dia merupakan seorang pemberontak.Sikap kamu yang mengganggu privasi dia boleh menyebabkan dia hilang kawalan dan melakukan sesuatu yang tidak pernah terlintas difikiran.Apa yang akan dia lakukan?Lu pikir lah sendiri!!!

Hurm,kesimpulannya,sekuat mana pun rasa sayang kamu kepada si dia,hormatilah hak dan privasi dia.Elakkan dari merompak hak dan privasi orang yang kamu sayang.Sesungguhnya sikap itu boleh menghakis perasaan si dia terhadap kamu sekaligus menambah isu untuk kamu bergaduh.

Owh,aku cuma cakap ikut pe yang aku fikir je.Kalo korang x percaya,cuba lah...Tengok apa akibatnya nanti...

Wslm...

2 comments:

Anonymous said...

pengalaman ker? hehe=p

giGGLe said...

pengajaran lah....
huhu..;(