31 July 2009

Aku SAYANG sahabat aku....

Kadang-kadang kita rasa diri kita sudah cukup sempurna sehinggakan kita tidak memerlukan orang lain lagi dalam hidup ini...itu bagi kamu..tapi bagi aku, kita amat memerlukan orang lain dalam hidup kita...siapalah kita tanpa kawan-kawan.....aku amat memandang tinggi manusia yang mempunyai ramai kawan dan mampu berkawan dengan siapa sahaja...

Aku pula?aku sukar untuk memulakan persahabatan kot...tapi sekali aku sudah bersahabat,susah untuk aku melupakan sahabat aku...inilah aku....mungkin bagi kamu mudah untuk kamu meninggalkan sahabat yang kamu rasakan tidak sesuai buat kamu..tapi bagi aku,sangat susah...tambahan sahabat yang bersama aku dalam suka duka....


Pernah sekali di zaman sekolah dulu aku berselisih faham dengan seorang sahabat aku.masing-masing mempertahankan ego sendiri...Sungguh aku katakan,aku tidak mampu hidup dengan tenang dalam masa 'kedinginan' itu...segala-galanya jadi tidak sempurna....Aku akan mencari dari akar umbi dimana silapnya semua itu...dan sudah menjadi tabiat aku bila berselisih faham dengan sesiapa pun,aku akan mengadu pada mak,meminta pandangan daripada abah....dan abah akan selalu cakap:-"kadang-kadang bila kita bergaduh dengan orang,jangan asyik nampak salahnya dia...lihat juga diri kita...bila terlalu kerap bergaduh dengan ramai orang,jelas silapnya pada diri kita...jangan dituding jari pada orang lain...lihat juga siapa kita..."


Kata-kata itulah yang aku pegang sampai sekarang...Sehinggalah kini aku menjadi seorang yang malas mahu ambil port benda-benda kecil begini...lebih banyak bermain dengan perasaan sendiri...lebih banyak menelan dari meluah mungkin(meluah pada yang aku percaya)...ya,bagi aku bila berkawan kita tidak perlu ambil pusing terlalu banyak perkara...kadang-kadang kita cuma perlu membiarkan angin lalu membawa segala 'kedinginan' itu....kerana itu jugalah aku mampu bertahan banyak perkara sehingga kini...kamu nampak itu???

Aku tidak tahu mana silapnya kadang-kadang "kebetulan" datang selepas terjadinya sesuatu perkara yang menambahkan lagi kerumitan....bagi aku,semua itu dugaan...dugaan untuk menguji sejauh mana kita sayangkan sahabat kita...kalau sayang kita senipis kulit bawang,sudah tentulah sekelip mata mudah untuk kita meluahkan kata-kata mengikut perasaan....Tapi kalau sayang kita kepada sahabat itu mendalam,tentu kita akan menelan semua itu...

Dalam memilih seorang sahabat,tidak banyak yang aku nilaikan...aku berkawan dengan sesiapa sahaja...tidak kira yang bertudung labuh,bertudung pendek,bertudungkan selendang atau tidak bertudung sekalipun...aku tidak memandang semua itu...apatah lagi memandang harta keturunan mereka...bukan sahaja tidak memandang,malahan aku tidak mahu mengambil tahu sekalipun tentang latar belakang mereka...biarlah siapa sahaja mereka itu...yang penting aku sayangkan mereka kerana mereka itu sahabat aku...bukan kerana mereka mampu membawa aku lebih tinggi dari apa yang aku mampu....Kerana bagi aku,sahabat hanyalah peneman.bukan kabel aku...segala yang aku mahu akan aku capai sendiri dengan keizinan PENCIPTA ku..

Kamu SAYANG sahabat kamu???Aku AMAT sayangkan sahabat aku....
Kalau kamu juga seperti aku,tentu kamu tahu bagaimana mahu menyayangi mereka..

Gambar hiasan...

2 comments:

giGGLe said...

yeap...God is Great..

Anonymous said...

yeahh!! betul2.. sayangi sahabat anda! kalo kat u susah nak cari orang yang betul2 fahami kita..laen la dr sekn matriks..ntah. susah nak cakap!! so..hargai la ape yg ade.. :D