31 July 2009
Aku SAYANG sahabat aku....
Aku pula?aku sukar untuk memulakan persahabatan kot...tapi sekali aku sudah bersahabat,susah untuk aku melupakan sahabat aku...inilah aku....mungkin bagi kamu mudah untuk kamu meninggalkan sahabat yang kamu rasakan tidak sesuai buat kamu..tapi bagi aku,sangat susah...tambahan sahabat yang bersama aku dalam suka duka....
Pernah sekali di zaman sekolah dulu aku berselisih faham dengan seorang sahabat aku.masing-masing mempertahankan ego sendiri...Sungguh aku katakan,aku tidak mampu hidup dengan tenang dalam masa 'kedinginan' itu...segala-galanya jadi tidak sempurna....Aku akan mencari dari akar umbi dimana silapnya semua itu...dan sudah menjadi tabiat aku bila berselisih faham dengan sesiapa pun,aku akan mengadu pada mak,meminta pandangan daripada abah....dan abah akan selalu cakap:-"kadang-kadang bila kita bergaduh dengan orang,jangan asyik nampak salahnya dia...lihat juga diri kita...bila terlalu kerap bergaduh dengan ramai orang,jelas silapnya pada diri kita...jangan dituding jari pada orang lain...lihat juga siapa kita..."
Kata-kata itulah yang aku pegang sampai sekarang...Sehinggalah kini aku menjadi seorang yang malas mahu ambil port benda-benda kecil begini...lebih banyak bermain dengan perasaan sendiri...lebih banyak menelan dari meluah mungkin(meluah pada yang aku percaya)...ya,bagi aku bila berkawan kita tidak perlu ambil pusing terlalu banyak perkara...kadang-kadang kita cuma perlu membiarkan angin lalu membawa segala 'kedinginan' itu....kerana itu jugalah aku mampu bertahan banyak perkara sehingga kini...kamu nampak itu???
Aku tidak tahu mana silapnya kadang-kadang "kebetulan" datang selepas terjadinya sesuatu perkara yang menambahkan lagi kerumitan....bagi aku,semua itu dugaan...dugaan untuk menguji sejauh mana kita sayangkan sahabat kita...kalau sayang kita senipis kulit bawang,sudah tentulah sekelip mata mudah untuk kita meluahkan kata-kata mengikut perasaan....Tapi kalau sayang kita kepada sahabat itu mendalam,tentu kita akan menelan semua itu...
Dalam memilih seorang sahabat,tidak banyak yang aku nilaikan...aku berkawan dengan sesiapa sahaja...tidak kira yang bertudung labuh,bertudung pendek,bertudungkan selendang atau tidak bertudung sekalipun...aku tidak memandang semua itu...apatah lagi memandang harta keturunan mereka...bukan sahaja tidak memandang,malahan aku tidak mahu mengambil tahu sekalipun tentang latar belakang mereka...biarlah siapa sahaja mereka itu...yang penting aku sayangkan mereka kerana mereka itu sahabat aku...bukan kerana mereka mampu membawa aku lebih tinggi dari apa yang aku mampu....Kerana bagi aku,sahabat hanyalah peneman.bukan kabel aku...segala yang aku mahu akan aku capai sendiri dengan keizinan PENCIPTA ku..
Kamu SAYANG sahabat kamu???Aku AMAT sayangkan sahabat aku....
Kalau kamu juga seperti aku,tentu kamu tahu bagaimana mahu menyayangi mereka..
Trip to Lumut n Pangkor....
30 July 2009
Menghargai....
Jika kamu memancing ikan…
setelah ikan itu terlekat di mata kail…
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja…
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu…
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu…
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada…
jangan terlalu mengharap pada takungannya…
dan janganlah menganggap ia begitu teguh…
cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak…
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…
akhirnya ia dibuang…
sedangkan jika kamu cuba membaikinya…
mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya…
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…
anggaplah dia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan kesilapan…
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya…
Sedangkan jika kamu memaafkannya…
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu…
Mengenyangkan. Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain…
Terlalu ingin mengejar kelazatan…
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya…
Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu…
Menyayangimu. Mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain…
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…
*x tahu dari mana sumbernya asalnya....seorang manusia yang amat aku sayang bagi ni pada aku...amat bermakna..waktu aku hampir terbabas dari landasan yang aku sendiri tetapkan,bait-bait perkataan kat atas mengembalikan aku ke landasan sebenar....thanxxx....
22 July 2009
Tagged dari odies...
dahi n pipi kot....
yeap....dulu2...
all my friends...
adik tgh trial UPSR...
ahmad faroqi...
~lalala~
single and AVAILABLE.bila mahu berpunya?x yah geli2..sudah masanya...haha
Dewasa ke?
Aku daif tentang hal itu...
Itu aku mengaku...
Tapi daif aku ini masih punya mata serta hati untuk melihat ke kejaman manusia keatas aku...
Daif aku ini masih mampu memilih yang terbaik buat diri aku sendiri...
Semakin aku dewasa,semakin aku belajar erti menerima seadanya...
Kepada sesiapa sahaja...
Aku sudah mula sedar siapa pun manusia di keliling kita,apa pun rupanya,apa pun sikapnya,ITU lah DIA...Kita hanya layak menerima dia seadanya...kerana semua manusia punya kurangnya...
*saya sudah dewasa!!!huhu..Tapi masih gagal mengawal emosi...
21 July 2009
Kau Memang LAYAK....
Tapi biarlah kau benar-benar arif tentang itu...
Agar tiada manusia yang akan membenci engkau....
Kau layak berbicara soal amanah....
Tapi eloklah sekiranya engkau benar-benar amanah...
Agar tiada hati mempersoalkan amanah kamu itu...
Kau layak berbicara soal akhirat...
Lebih layak sekiranya engkau benar-benar memahami bagaimana untuk mencapai akhirat itu...
Agar tiada insan yang kecewa dengan engkau....
Kau layak berbicara soal aurat....
Lebih layak sekiranya engkau menjaga pandangan mu dari melihat aurat...
Agar tiada lidah yang mengkeji perbuatan mu itu....
Kau amat layak untuk mengingatkan soal niat....
Tapi lebih layak sekiranya engkau benar-benar ikhlas pada niat engkau...
Agar tiada manusia yang memperlekehkan niat itu...
Kau juga layak menggunakan kuasa engkau...
Lebih layak sekiranya engkau menggunakan kuasa itu bukan untuk membalas perbuatan keji keatas engkau...
Agar semua manusia menghormati engkau sebagai seorang yang berkuasa....
Awak......
Awak suka begini??
Awak tenang dalam keadaan ini?
Terpulang pada awak...
Awak mempunyai kuasa untuk berbuat begini...
Jaga diri....jaga hati....
20 July 2009
Silent Hills....
Tapi ini bukan silent hills y biasa...
Ini "silent Hills ORANGE"....
Permainan dunia aku sendiri...
Aku hampir tewas...kalah....failed!!!
Tapi aku masih bertahan...kerana sudah terlalu lama aku bermain dalam permainan ini...aku terlalu sayangkan permainan ini....TERLALU SAYANG!!!!Tidak pernah aku terfikir untuk meninggalkan permainan ini walaupun sedetik....Tidak pernah aku berundur walau selangkah pun apabila pelbagai hantu datang menyerang...Aku menggunakan segala senjata yang aku kutip sepanjang bermain game ini untuk terus berjuang ke tempat penamat..Dalam perjuangan GAME ini,aku bersama seorang lagi peneman...Dia ialah seorang yang amat aku percaya dan aku berharap dia akan bersama-sama aku sehingga penghujung GAME...
- Untuk temanku itu,aku tahu kamu akan membuka "muzium" aku ini walaupun kamu membenci muzium ini...Aku cuma mahu kamu sahaja menjadi teman aku sehingga ke hujung permainan ini...aku tidak mahukan teman yang lain!!!kalau kamu sudah tidak mampu temankan aku,aku faham...Aku memang seorang yang tidak layak menjadi teman buat kamu...Aku tetap akan teruskan GAME kita ini walaupun aku berseorangan...kerana aku pernah berjanji pada diri aku tidak akan berganjak walau selangkah pun pergi dari game ini...
17 July 2009
Jeritan yang kamu TIDAK dengar!!
Kepada Allah hati aku berkata:
Ya Allah...Aku tidak terlalu kuat untuk menerima dugaan-dugaan kecil ini yang datang bertimpa-timpa ini....
Kepada rakan-rakan seperjuangan:
Sudah terlalu lama aku tak dapat join aktiviti kita...Aku mahu..Terlalu mahu..Aku rindu...Terlalu rindukan ukhwah itu...Tetapi dugaan demi dugaan yang aku hadapi menghalang aku daripada mengikuti kamu semua...Maafkan aku..Kali ni pun ak tak dapat join korang lagi kan?..Aku rasa makin jauh dengan korang...*Aku tidak mintak pertolongan kamu semua...cuma aku minta kamu faham aku...
Kepada institut tempat aku menuntut ilmu:
Adakah dalam borang perjanjian yang aku tandatangan dulu tersurat frasa yang membawa maksud "elaun akan di sekat sekiranya___________". Kalau tak silap aku,tak pulak aku terbaca ayat tersebut...atau aku terlepas pandang????Kalau bab nak sekat duit,laju je korang bagi alasan eh.Tapi kalau bab nak kuarkan duit untuk aktiviti pelajar,sangat la LEMBaB!!BODOH kan korg!!korg sangat bodoh...sengal...set**!!
Kepada dia:
Am I alone???"cool" n "relax" tidak dapat tenangkan hati saya pun awak...
Aku tidak pandai meluahkan melalui kata-kata..juga tidak pandai menunjukkan emosi ini...aku cuma tahu berperang dengan hati aku sendiri..Tapi setiap yang terpendam menjadi gangguan untuk aku...selagi ia tidak selesai,selagi itulah aku masih begini..Aku juga sudah penat memaki hamun....ARGHHHHH....Penat sudah aku dengan semua ini....Boleh tak aku mengganggu kamu semua dengan menjerit sekuat hati aku????
*Jangan risau...tiada sesiapa akan mendengar jeritan aku ini walau sekuat mana pun aku menjerit....kerana jeritan ini ialah jeritan HATI....
14 July 2009
Aku Terganggu....
- Aku amat terganggu kebelakangan ini....
- Tahu apa yang mengganggu aku???
- Jawapannya ialah:Raja Buah@Durian...
- Aku amat mahu kan durian saat ini...
- Ada sesiapa boleh bawakkan aku buah itu???
- Tolong...seberapa segera yang mampu....
- Walaupun baunya kuat,tapi buah itulah yang menjadi kegilaan aku sekarang...
- Amatlah rugi sekiranya aku tidak mendapatkan buah yang hanya ada pada musimnya itu....
- Sesiapa yang berjaya mengubati gangguan ini aku + kan kasih sayang buatnya...wawa..
*Sumpah dengan tidak sengaja dan tidak berniat aku mengganggu kamu....
12 July 2009
Syurga Cinta...

Aku amat tertarik dengan filem Syurga Cinta lakonan Awal Ashari dan Heliza.Aku sempat tonton filem ni bersama seorang rakan aku,(BAZRIANA) di GSC Alamanda.
Filem ini tentang Heliza yang membawa watak seorang guru muda Islamik yang menjalinkan percintaan dengan seorang pemuda moden(Awal Ashaari) yang baru pulang dari luar negara. Haziq memegang watak adik angkat kepada Awal Ashaari menjadi orang tengah atau posmen antara Heliza & Awal.Kisah percintaan mereka bermula dengan Awal yang terkenal dengan sikap playboy nya menyahut cabaran kawan-kawan untuk mendapatkan Heliza.Cabaran akhirnya menjadi kenyataan apabila Awal benar-benar jatuh cinta kepada Heliza.Namun begitu, ego seorang play boy telah menjadikan Awal mengenepikan sebentar perasaan cintanya semata -mata mahu membuktikan yang dia benar-benar playboy....Tapi akhirnya apa yang boleh aku cakap adalah "cinta dari syurga tetap berjaya meruntuhkan ego seorang play boy!"
- silalah korang semua tengok cerita ni...best sangat..
- orang yang tak bercinta pun kompem ter'feel skali punya.
- filem ni banyak pengajaran terutamanya kepada orang-orang muda yang menyalah ertikan cinta.
- unsur-unsur keagamaan banyak diselitkan dalam filem ini.
*amalina,ag mst x dpt tengok citer ni kan???rugi2...
11 July 2009
B***h kan orang ini???
::Mencari Yang Sejati::
Kian
Artist: Mawi
Kian hilang
Kasih antara kita
Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa
Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada
Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda
Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada
Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh
Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya
Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama
Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia
Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati
*Kadang-kadang lirik lagu terkena dengan kehidupan seharian kita bukan?
*Lirik lagu ini tiada kena mengena dengan kehidupan aku..
*Jangan pandai-pandai membuat tafsiran kalau kamu tidak tahu!!!
*Ini muzium aku bukan???Aku punya hak yang tidak layak dipertikaikan kamu sama sekali!
09 July 2009
Mencari Emas di Kelantan..
3.40 pm...
- masih berharap untuk join lawatan kelas+jbtn maths ke IPKB...
- bergerak ke blokD untuk blaja dengan member2 yang master statistic...
- STILL confuse...peluang vs masa depan....
- kata abah "peluang mungkin ada lagi di masa depan"....
- Masih gagal membuat keputusan...
- Aku sudah mula ber'hibernate'kan diri...
- Jiwa benar-benar kacau..
- Aku masih disini....
- Masih berHIBERNATE!
- Aku yakin dengan keputusan aku....
- Struggle disini...
- Slamat jalan kwn2..
08 July 2009
- "kadang-kadang gagal ni bagus untuk membuat kita sedar diri" -
abah lebih mengenali aku.aku mengaku,sikap tidak mahu kalah yang ada dalam diri aku selama ini yang telah membuat aku berasa sangat kecewa seperti ini mungkin.(aku tidak pernah mendapat tempat terakhir di dalam kelas.Jadi aku tidak pernah mengalami perasaan terlalu "b***H")..Ya,aku terlalu memikirkan semua ini sehinggakan 'pending' seketika hidup aku.Dan sekarang aku sudah bangun..bangun untuk membuktikan aku bukan "b***H"....Setiap saat amat berharga sekarang..Aku perlu lari dari segala "hantu" yang mengganggu "GAME" aku ini..
* 1000 kasih buat sorg insan yg sentiasa ada u m'dgr kisah kegagalan "GAME" aku ini.
*Thanks a lot untk family + kwn2 y sentiasa ada untk m'gerakkan aku semula.
*Thanks jg pada Mon yg slalu m'nasihati aku btapa b'hrganya s'buah k'gagalan.
*Juga buat aimi yg sdrkan aku k'gagalan ini bknnya "end of the world"..
LIFE = GAME
Aku takut untuk menghadapi "game" ini kerana aku ibaratkan hidup ini seperti aku sedang bermain "Ghost Hunter"...
- Kita tidak tahu jenis hantu apa yang akan menyerang kita dihadapan sana...
- Kita juga tidak tahu cukup atau tidak senjata yang kita bawa untuk menewaskan mereka...
- Untung badan kalau kita berjaya membunuh hantu-hantu yang mengganggu perjalanan kita...
- Namun sekiranya kita GAGAL, kita yang akan terbunuh bukan?
*1st time memulakan aktvt bblog...
*Jiwa sedang kacau...



