23 August 2011

Tak Payah Nak NILAI Orang Sangat La....

Ramadhan 23,
Siapa kita selayaknya untuk menilai orang lain?
Kalau takut dinilai sebegitu rupa,berhenti menilai.
Kadang-kadang kita tak sedar bila ada sesuatu buruk terjadi pada kawan kita, mulut kita sesedap rasa menyumpah seranah kawan kita tu. Ada yang time-time tu la nak menyalak sesuka hati padahal tak tahu hujung pangkal pun. Bunyi je lebih!...Ada pulak yang tetiba nak jadi hakim menghukum tanpa tahu mana satu fakta, mana satu auta.
Nasihat aku, jaga hati. Tak payah nak sibuk tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri koyak pun tak perasan. Tak payah la tetiba nak jadi ustaz/ustazah keluarkan segala dalil bagai. Cermin diri sendiri dulu. Banyak lagi dalil lain perlu kita kaji untuk lengkapkan diri. Banyak lagi ayat suci lain perlu kita tahu untuk perbaiki diri. Tak payah la nak berlagak tunjuk alim kalau kita sendiri pun selalu menghalalkan banyak benda yang haram.
Aku nak cakap banyak tak pandai, nak keluarkan dalil pun tak cukup layak, setakat tahu sikit-sikit yang ustaz-ustazah ajar dulu jela untuk bekalan diri. Tapi bab dinilai ni aku boleh bercakap banyak. Jangan ada yang sibuk nak halang aku sebab aku dah cukup berpengalaman "dinilai" dalam hidup ni terutamanya kat "sini". Aku dah rasa sakit hati sampai hati aku betul-betul sakit. Sumpah tak tipu. Sakit sangat cerita dinilai oleh manusia lain ni sampai hati betul-betul rasa macam bengkak kat dalam ni ha. Bertambah sakit bila yang mengkhianati tu orang yang rapat dengan kita, yang kita percaya, yang selalu ada dengan kita. Nak berdiri pun lemah lutut tahu? Nak makan pun tak lalu. McD ngan KFC pun nampak macam batu dengan pasir je.hah...teruk teramat!

Setahun lepas,
26 Ogos 2010... Di "sini" la tempat aku jatuh. Bukan setakat jatuh, berjalan pun menunduk. Nak senyum pun kelat. Muka ni tak payah cakap la, memang tebal 5 6 inci kot. Dihina budak sekelas?dah jadi makanan harian aku dah tu. Tiap-tiap hari tadah telinga je kerja aku (sampai hari ini!). Tambah pulak aku bertuah dapat rakan sekelas "matang-matang" belaka.erk...? matang? WTF! Teruk... horrible... terrible! Tu la perasaan aku setiap hari.

Classmate aku plak? Tunggu point je nak kenakan aku. Ada hari aku datang kelas, turun photostate jap je pun terus kena bulat berpangkah kehadiran aku. Jujur kata ketua kuliah aku, tak mahu jawab di akhirat sana....owh...owh...camtu? Tapi geng dia ponteng best pulak cover kan. Tak pulak kena jawab kat akhirat? WTH...

Naqibah@mentor?Tak payah cakap banyak lah. "Tak berintegriti" komen dia pada aku. Dia cakap la aku tak berintegriti. Tengok-tengok time usrah pun payah nak nampak batang hidung. Siap ada sekali tu tetiba mimpi apetah masuk kelas. Rupanya nak tanya penolong tolong cover tak kehadiran kawan-kawan sekelas untuk larian 1 Malaysia ke hape ntah. Tak mahu bersoal jawab dengan HEP katanya. Wow! Sangat berintegriti disitu.

Tapi aku perlu mengaku yang aku bertuah. Dalam apa pun situasi aku, keluarga sentiasa ada disisi. Teman setia tak pernah pergi. Makan aku pun ada yang suapkan (,")(",). Kawan rapat tak pernah berhenti bagi motivasi. Sebab itu aku masih terus berdiri!

~~~Tak payah bagi duit berjuta, tak payah bersorak satu dunia, cukup dengan ada disisi pada saat begini sudah terbaik!~~~


*Kadang-kadang kita tak sedar yang diri kita langsung tak layak pun nak nilai orang lain. Kita rasa diri kita sudah cukup bagus. Padahal kita tak perasan yang kita banyak menghalalkan yang haram bila kita berada dalam kedudukan yang "salah". Karma:what goes around comes around!


14 August 2011

Saya jujur...


Saya jujur bila minta awak pilih yang terbaik.
Saya jujur bila minta awak kembali pada kenangan dulu.
Saya jujur yakinkan awak bahawa saya mampu.

Saya ikhlas...
asalkan awak tahu mana yang awak mahu.
asalkan awak tidak ditipu...

Bila berbicara tentang hati, ada getar dalam suara...ada sebak dalam senyum...;)

02 August 2011

Untuk seorang teman yang sudah berjaya;


"i am nobody, but i always pray for you..."


Thanks...
They said "nice" and "sweet"...
Tapi saya,

Saya baca.
Saya faham.
Saya tahu.
Apa pun jadi pada saya dan kita, awak masih doakan saya.
Thanks untuk itu!

Awak, hidup dalam kenangan tak indah mana. Ciptalah kenangan baru. Kenangan yang boleh buat awak terus berdiri megah seperti hari ini. Mana tahu kenangan baru awak mampu bawa awak jadi manusia yang jauh lebih berjaya dari hari ini. Saya apa ada? Cuma seorang manusia yang selalu leka. Selalu melukakan.




Kisah yang dulu, tak siapa dapat padam. Awak, saya, dia mahupun mereka. Tak siapa dapat buat kita lupa. Tapi untuk lihat seorang kawan terus hidup dalam kenangan yang hakikat ceritanya sayalah pelakon utama yang pengecut itu, saya tak mampu! Saya minta maaf, saya memang pengecut waktu itu. Terus lari dan pergi. Bukan saya mahu begitu. Saya cuma takut. Takut saya terus melukakan. Takut kita terus terluka. Takut ketawa kita hilang untuk selamanya.

*tanpa saya, mana ada lagi status facebook awak terluka macam dulu kan? ada hikmahnya...

Awak, saya minta maaf,
OranGe Masshitah

28 July 2011

Semalam, hari ini, esok dan lusa...rasa aku tetap sama!


Setiap satu kejahatan kepada manusia lain yang kita buat akan Allah balas sebelum kita menutup mata.Itu janji Allah.


Untuk seorang perempuan yang kejahatannya berselindung disebalik labuhnya tudung; Hari itu, bila kau dengan sendiri datang menyerah diri depan aku, mahu tahu tentang apa rasa aku selepas mulut busuk kau sebarkan cerita fitnah tentang aku, kau memang silap. Kau mungkin fikir aku sudah lupa. Kau fikir aku tidak berkira. Kau fikir aku pemaaf. Semuanya silap. Mana boleh aku lupa kejahatan kau buat, mana boleh aku maafkan bila aku sendiri sakit dipandang hina. Aku memang berkira!

Tak banyak yang boleh aku luahkan saat itu, cuma butir kata yang jelas dan cukup untuk kau faham;
"Hal kau dengan dia bukan urusan aku,tak mau aku campur.
Hal aku dengan kau, dah lama berlalu.
Cuma kalau apa yang kau ceritakan pada orang lain itu tak benar,
dunia akhirat takkan pernah aku maafkan. Sampai aku mati takkan aku halalkan..."


Hey perempuan, syukurlah bila ada kawan macam dia yang marah pada engkau tapi masih sudi berdepan. Kau rasa dihina bila dia marah kau begitu bukan? Kau jangan lupa, lebih teruk dari itu aku rasa dahulu. Mulut syaitan engkau juga yang menyebar cerita. Satu persatu langkah aku susun untuk berdiri semula tahu? Syukurlah dihina begitu dari dunia akhirat dia tak redha atas setiap butir kata engkau yang suka memburukkan orang lain...

Untuk kau, satu sahaja aku mahu kau tahu, apa yang aku katakan hari itu memang isi hati aku. Aku benar-benar maksudkannya. Bukan kerana aku marah pada waktu itu. Langsung tidak. Tapi sejak berlakunya peristiwa dulu itu, memang itu dalam hati aku. Takkan pernah aku halalkan segalanya.

*memaafkan yang terbaik? Jangan berani nasihat aku kalau kamu tidak rasa apa rasa aku waktu itu!

26 July 2011

Berlagak

ohoo...berlagak. Cikgu termengah-mengah bergegas masuk kelas korang, korang lari ke kantin yea? cikgu panggil buat-buat tak dengar yea? tak takut nampak. berlagak.

Silap besar la dear. cikgu berdiri sejam, korang berdiri la sejam jugak kat depan. Nasib lah. Biar lenguh kaki tu,biar malu kena marah.Biar jadi manusia. Kalau tak berjaya cikgu tak kisah, janji jadi manusia!tahu hormat cikgu,tahu hormat orang tua.

Aku tahu yang bertiga tadi tu malu kena denda. Malu kena marah depan rakan-rakan. Maklumlah, sebelum ni bangga jadi hero. Sekali lagi, niat aku cuma satu, biar jadi manusia.

Semoga tindakan yang aku buat hari ini memberi pengajaran buat mereka.

22 July 2011

untuk LOSER!

Kadang-kadang aku pelik dengan diri aku sendiri. Marah tapi tak sampai hati nak meninggalkan terus. Masih ada. Masih diamkan diri. Masih disitu. Kalau ikutkan rasa marah, benci jugak pada diri sendiri.

Tapi bila dirasional kembali, aku bangga, kerana inilah aku. Tak mudah berganjak. Tak mudah meninggalkan. Tak suka melukakan. Tak kesahlah kalau ada yang cakap aku bodoh. Sebab bagi aku, bodoh lagi orang yang senang mengalah...kan?...LOSER lah....boooo!


~~~senget~~~

19 July 2011

Senyum semula...


Hari ni aku masuk kelas dengan kurang bersedia.Harapnya semua berjalan lancar.Untuk kelas ni aku sedikit cuak.Tak kenal sangat budak2nya.Semua ni akibat sekolah tukar guru pembimbing untuk aku.Terpaksa la aku replace kelas guru pembimbing baru aku.

Budak kelas baru ni memang power.Boleh tahan nakal.Kalo suara lembut-lembut,syahdu je,alamatnya memang cakap sorang-sorang la. Budak laki 4 orang depan aku lagi la powernya.Ada je idea diorang nak buat aku marah.Suruh keluarkan buku teks pun makan sejam. Dengan aku silap la.Sanggup aku pergi beg diorang,bukakkan buku n letakkan alat tulis siap lagi.Takde alasan lagi dah.huh....


Disebabkan budak 4 orang ni suka sangat buat hal, aku sound pun tak dengar, mula la aku buat hal balik.diorang buat pape pun aku buat tak nampak.Time jawab soalan,kalo diorg angkat tangan dulu pun aku bagi orang lain jawab jugak.Biarkan.Nanti dah dahaga perhatian aku pandai la diorang behave baik sikit kan...padan muka..muahahaha...

Arini aku teruskan lagi dengan buat-buat tak nampak diorang wujud.Hehe...nasiblah...Tengah aku serius mengajar topik mass guna weighing scale,tetiba salah sorang dari 4orang budak bajet "power" tu buat kecoh.Amirul Asyraf nama budak ni.Konon cari barang hilang.Aku buat derk je.Skali aku dengar dia menjerit, 'cikgu,burung saya hilang'....errrrkk....hampes tul budak ni...abes aku gelak.Nak je aku tanya burung apekah.....nasib budak lagi..hish!

Budak-budak memang banyak idea nak buat kita senyum n ketawa kan?haha...Ada hikmahnya Allah aturkan aku masuk maktab.



...Dalam keadaan kecewa dengan seorang sahabat, budak-budak tu buat aku ketawa semula...

15 July 2011

July 15...

Hidup tak selalu bahagia. Ada pasang surutnya. Sepertimana hari yang Allah ciptakan kadang-kadang hujan, kadang-kadang cerah...

Dan setiap yang terjadi dalam kehidupan kita ada sebab musababnya. Di sebalik air mata, siapa tahu ada hikmahnya. Di sebalik ketawa, siapa tahu ada kisah dukanya. Dan semuanya berlaku dengan sebab tersendiri.

Untuk hati,jangan sesekali mengalah...:p

15 June 2011

Just enjoy the show!

Holla....

In love?Bosan sudah dengan "in love" itu...
Dis time,biarlah pe nak jadi.Yang penting buat yang terbaik, jadi yang terbaik.
Jadi o tak semua kuasa Allah. Masih muda untuk risau tentang semuanya.
Enjoy hidup selagi masih bujanglah.


Just enjoy the show!

03 June 2011

Kisah kita sampai sini.

Kadang-kadang,bila duduk sorang-sorang,fikir semula semua benda yang jadi,kita akan dapat lihat hikmahnya.

Mana mungkin kita tinggalkan orang yang kita sayang kalo betul-betul kita sayangkan dia. Marah camne sekalipun, kita takkan pernah tinggalkan semuanya. Jujurnya ada sedikit penyesalan dalam hati aku. Yeap,mungkin salah perhitungan dulu. Aku tinggalkan seseorang untuk dia. Seseorang yang walaupun sudah setahun aku tinggalkan masih ada untuk aku pada saat aku jatuh. Seseorang yang pernah datang kembali memberi aku peluang perbetulkan kesilapan aku dan mengajak aku kembali pada dunia kami dulu. Dan itu lah lelaki pada mata aku. Terlalu baik. Aku tahu. Dan kerana itu jugalah aku tidak sesekali menoleh lagi. Lelaki itu terlalu baik dan aku tak mahu terus melukakan. Biar perempuan yang baik juga menjaga hati itu.

Dua tahun lalu, aku buat salah. Aku menghukum tanpa ambil tahu hal sebenar. Pada saat aku tahu hal sebenar, tidak banyak yang boleh aku betulkan. Aku sudah memberi harapan pada yang lain. Dan mustahil aku mengecewakan dia yang baru dan selalu menemani aku. Aku mulakan langkah baru. Bina semuanya satu persatu. Tidak sekali pun aku kesal dengan semuanya.

Tapi hidup ini memang roda. Setiap satu luka yang aku buat dahulu aku terima semula. Bagaimana aku menghukum, begitulah ceritanya aku dihukum. Berat untuk melepaskan. Semua salah aku yang pikul. Diam...Dia muda.Satu hari dia akan sedar semuanya...Aku akan ada bila sahaja dia memerlukan. Masih banyak budi yang belum aku balas. Masih banyak cerita yang hendak aku ceritakan. Tiada dendam.

Disebabkan itulah aku yakin semuanya sudah tamat.Senang cerita,tutup mulut,simpan semuanya. Kawan sahaja antara aku dan dia.

*Kalau ada lagi cerita cinta ketiga, akan aku jaga semuanya. Biar penghujungnya halal segalanya...

01 June 2011

Hari 4

Hari ini hari keempat aku di rumah...

Rindu rasanya.
Tapi takut lebih banyak.
Diam.

Masalah menjadi rumit.
Sama seperti setahun setengah yang lalu...

31 May 2011

Masa.....

Hari ini,saya mengemas rumah,semua peti ais mama saya selongkar,buang segalanya.mop semuanya,vacum segala habuk yang ada.Harapannya cuma satu,setelah penat,saya takkan perasan betapa cepatnya masa berlalu.

Tapi,selepas siap semuanya,belum setengah hari pun berlalu!Arghhhh....

Masshitah,tolong kuat.Jangan biar hati lemah.Jangan ganggu orang lain lagi.Kuatkan hati.


*Saya tahan segala rasa.Biar masa membunuh semua rasa ini.Kalau benar bukan milik saya,biar saya pulangkan hati itu dalam keadaan sama seperti waktu saya mengambilnya dahulu...sigh...

29 May 2011

Hari pertama....

Hari 1:
Hari ini hari pertama saya dirumah.Adik demam,dan untuk kali pertama mungkin saya memeluk dia.Peluk tanda saya sayangkan dia dan peluk melepas keluhan berat dari hati saya.Saya sayang adik saya.

Hari ini juga saya kuatkan hati untuk tidak menghantar sebarang sms kepada si dia.Tidak mahu menyemakkan hatinya.Saya mahu beri dia masa.Tenangkan hati.Awal pagi bangun saya terus sebak.Mencari mama,mahu dengar nasihat mama.Kata mama,berikan dia masa.Bila marahnya sudah reda,pujuk dia.Salah pada manusia harus meminta maaf dengan rendah hati.Kata mama lagi,salah saya kali ini,saya perlu bertanggungjawab.Ya,memang salah saya.Saya mahu mendengar suara perlahan dia,tapi saya takut.Takut sekali lagi dia menghina saya.Saya takut saya akan berkecil hati dengan segala kata hina yang keluar dari mulut dia.Semalam saya hampir terduduk,tapi saya berjaya mengawal hati.Dia marah,terlalu marah.Saya perlu faham situasi dia.

Bila saya pujuk diri sendiri,saya kuatkan hati dengan mengingati segala kata-kata baik dia kepada saya sebelum ini.Saya yakin dia kenal saya luar dan dalam.Sebab itu saya diamkan diri menelan segala penghinaan dia.Dia dalam keadaan tidak waras.Dia kenal siapa saya.Dia tahu saya bukan sejahat yang dia katakan.Saya yakin yang itu.

Dia mungkin tidak akan dengar suara saya disini,tapi saya sedikit lega dapat meluahkan segalanya disini.Saya akn terus berusaha meminta maaf.Semoga saya berjaya.Doakan.

28 May 2011

Kecil hati...

...


Saya bukan mahu menyemak.Saya minta maaf.Yang mana salahnya saya,saya mohon ampun maaf.Awak,semua yang berlaku ada sebabnya,ada puncanya,ada hikmahnya...Mungkin hari ini masing-masing belum tahu apa sebabnya,dimana puncanya.

Esok bila hati sudah reda,marah sudah hilang,fikirlah semuanya.Pesan saya,marah sekalipun,tolong jaga bahasa...Saya merayu...Jangan murahkan saya kerana salah yang cuma sekali sedangkan banyak senyum yang saya ukir untuk awak sebelum ini.

salam sayang...

23 May 2011

Ceritanya sama...

secara kasarnya,
semua lelaki sama...

situasinya:
belom dapat beria2...
tidur malam pun sanggup bangun reply mesej...

da dapat,
mesej pun bila perlu je...

bila hampir nak hilang....
mula gelabah cacing...terus jadi baik...

kesimpulannya:SEMUANYA SAMA...

with love,
OranGe Masshitah

18 May 2011

Awak

untuk seseorang yang saya cari...

Saya tak tahu mana nak cari awak...
Tapi ada perkara saya mahu borak dengan awak...
Ada benda mahu saya kongsikan dengan awak...
Ada barang yang perlu saya pulangkan kembali kepada awak...

...barang itu harta awak.
kenangan hidup awak.
kalau saya terus simpan,sakit untuk saya...
kalau saya buang,kejam pada awak...

Kalau tidak lama,
cukup sejam untuk saya dan awak...
sebelum awak kembali pada hidup baru awak,
dan saya pergi pada hidup baru saya tanpa menoleh lagi...

Antara kita,banyak yang tidak selesai.
dan salahnya pada saya sebab tidak pernah menoleh lagi dulu...
maaf.

*tak tahu mana nak cari awak,cuma mampu berharap awak akan baca ini dan cari saya semula.

Mencari yang hilang...


walaupun aku ego sebelum ini,


...


menidakkan betapa aku perlukan dia,


...


tapi aku perlu mengaku,

...


dia yang terbaik untuk aku...!

aku rindu dia.

15 May 2011

Blog ini tidak boleh comment.

Untuk kawan yang selalu tanya kenapa post dalam blog ni tak boleh di "comment"...ni jawapannya...

Maaf untuk semua.Gangguan pihak yang tidak berpuas hati dengan hidup saya di maktab ini membuatkan saya rimas dan semak untuk membiarkan manusia yang pengecut mengkomen disini.Jadi keputusan saya adalah untuk menutup app comment.sekian...

*Ada setengah orang berani comment pakai link web mana-mana entah.Malu oke.Nampak sangat pengecutnya.Oh lupa...Korang memang pengecut.Brani belakang je.Depan memang nampak baik siot!

05 May 2011

5 Mei 2011


Akhirnya sabar hilang juga...





Tangan terketar...





...sy pergi...

29 April 2011

1st day....



Buat apa aku tipu apa aku rasa?


Jaga diri baik- baik.
Hari ini,aku sedar aku bukan yang terbaik untuk kamu.
Diam dan terus berdiam.
Bawa diri,
Bawa hati ini pergi...

Lupa?
sampai mati tidak.
Senyum kamu untuk aku...
Suara kamu nyanyikan aku lagu...
Masih tersimpan disini...dalam hati aku.

Tolong jaga diri.
Tolong jaga hati.
Aku masih di sini.

17 April 2011

Ya Rabbi...


Ya Allah,


bantulah aku...

Buangkan ego dia kalau benar masih ada sayang...

16 April 2011

berat hati...

kalau dia sedar,
mungkin dia tahu aku cuba untuk pergi.

kalau dia sedar,
mungkin dia dapat rasa aku sedang pergi.

mungkin lebih baik dari aku dan dia sedih nanti.
baru setahun aku sudah tidak mampu buat dia tersenyum.
10 tahun nanti?

Ya Allah.
Kuatkan hati...

12 April 2011

I love me...




Happy 1st anniversary...

...to me myself...


...

09 April 2011

Sampai sini.

...
...
...


kalau benar yang tinggal cumalah benci,




...



aku berhenti sampai disini.



*mencari rasa dalam suara.
mahu tahu suara itu benar-benar sudah benci atau cuma berkecil hati.
"mohon Allah tunjukkan jalan...
"

07 April 2011

Senyum.

7 April 2011,
Semakin saya cuba menjadi yang terbaik,semakin saya rasa diri saya bukan yang terbaik.Tidak tahu dimana silapnya.Mungkin saya patut berhenti seketika, renung diri sendiri,cari dimana silapnya.Perbaiki diri saya.

Minggu ini,satu demi satu berita gembira saya terima.Kereta akan kembali ke tangan saya tidak lama lagi.Wira kesayangan abah akan berada dibawah jagaan saya sekali lagi.Kali ini saya perlu lebih berhati-hati.Elak sebarang kecuaian.Buang semua kekalutan se
masa memandu. Laju membawa padah.

Minggu ini juga saya terima berita gembira dari pengantin baru, Along & Abg Shafiq.Insyaallah,dengan izinNya saya akan mendapat seorang ahli keluarga baru lebih kurang 8bulan akan datang.Abah akan jadi tok abah dan mama akan jadi tok mama!Kelakar.Saya langsung tidak dapat membayangkan betapa seboknya mama dan abah satu hari nanti.


Minggu ini juga saya rasa gembira bila yang saya sayang berada dekat
dengan saya. Boleh lihat senyum dia setiap hari.Dihujung-hujung minggu ini, saya rasa kurang selesa.Mungkin saya perlu bertindak lebih berani untuk membahagiakan orang yang saya sayang. Saya perlu lebih matang.Bukan memaksa.Kalau katanya saya seorang yang membosankan,saya perlu mula sedarkan diri.Berharap terlalu tinggi akan buat saya sakit menyembah bumi.

Minggu ini juga saya rasa semakin cepat masa berlalu. Saya akan kembali menjadi seorang pelajar dan meninggalkan murid-murid saya tidak lama lagi.Part ini memang buat saya sedih.Tapi hidup perlu diteruskan. Sakit bagaimana sekalipun, saya perlu berhadapan dengan semua itu.Kerana saya bukan manusia lemah.


Minggu ini,banyak yang tidak menjadi sebenarnya.Tapi semua itu saya buangkan jauh-jauh.Biar saya melayan gembira dalam hidup ini dari melayan sedih yang buat saya rasa sakit.Saya bersyukur kerana Allah tidak terus memberikan kegembiraan sahaja yang mungkin akan membuatkan saya lupa diri,lupa kepadaNya.Dia ingatkan saya dengan secubit kesedihan yang boleh mengembalikan saya kepadaNya...

Ujung minggu ini,saya akan cuba melupakan semua yang sedih.Enjoy.Ketawa.Ada siapa-siapa mahu temankan saya?hahaha.

Saya seorang yang membosankan.

Mungkin tidak pernah dimarah buat saya sedih apabila dimarah.
Mungkin terlalu dimanjakan buat saya terdiam bila dimarah.
Mungkin kisah semalam buat saya benci bila ditinggi suara.

Maafkan saya...

Bosan?
Saya mungkin membosankan.
Saya memang membosankan.
Selama ni sayalah yang membosankan hidup awak.
...terkilan.

Awak,
Yang membosankan inilah yang tidak pernah sekali pun berpaling dari awak.
Yang membosankan ini jugalah tidak pernah sekali pun memandang kekurangan awak.
Yang membosankan ini jugalah selalu ada untuk awak.
...kan?

::saya tidak pernah bosan untuk ada buat orang yang bosan dengan saya itu...dan awak,tak perlu berulang kali ceritakan pada saya betapa bosannya awak bersama saya.Kerana saya sudah tahu....

29 March 2011

Saya Biasa-Biasa Sahaja

Terlalu banyak masalah?Jangan risau.Benar janji Allah.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Dia tidak akan membebankan kita dengan perkara yang kita tidak mampu.Oleh itu redhalah dengan setiap ujian.Terima dengan hati terbuka.Selesaikan setiap masalah yang kita hadapi satu persatu.Insyaallah semuanya akan menjadi jauh lebih manis dari sebelumnya.Tidak percaya?Aku sudah rasa.Aku tahu manisnya hidup selepas pahit yang bertimpa-timpa.

Hidup menjadi semakin normal.Sudah mampu tersenyum dengan musibah kecil yang mengingatkan aku yang selalu alpa.Aku semakin menjadi 'biasa-biasa' dalam segalanya.Maaf lah kepada sesiapa yang merasakan aku kurang memberi perhatian kepada mereka sejak akhir-akhir ini.Bukan apa,tidak mahu terlalu luar biasa.Aku mahu biasa-biasa sahaja.

Sedang aku cuba menanam percaya dalam hati,semakin banyak benda yang terjadi sehingga sedikit sebanyak kepercayaan itu terhakis.Aku manusia biasa.Mana mungkin aku tidak rasa syak bila ada yang meragukan berlaku di hadapan mata.Tapi masih seperti biasa,aku pura-pura buta.Cuba mengelak dari menyebut tentang perkara yang aku tidak suka.Dan aku akan terus buta selagi aku mampu menahan rasa.Lalui kehidupan ini sebaik mungkin.Jadi yang terbaik.Sekiranya sesuatu yang aku benci berlaku juga,bukan salah aku maksudnya kerana aku sudah cuba menjadi sebaik mungkin,menjaga segalanya semampu aku.Aku harap perkara ini tidak seburuk yang aku mimpi.Aku harap semua ini tidak berlarutan sehingga aku menjadi benci.Kerana aku pegang janji dia untuk 'baik-baik sahaja' sampai mati.Aku juga percaya dia sudah cuba menjadi sebaik mungkin untuk aku yang bukan siapa-siapa ini.

Bergerak sendirian juga semakin biasa untuk aku.Tidak mahu membebankan sesiapa.Tidak mahu berhutang budi kepada sesiapa.Selagi mampu berdiri atas kaki sendiri,aku cuba.Kawan-kawan lama semakin ramai yang mencari.Aku cuba penuhkan segala janji sebaik mungkin.Berkawan biar beribu kan.

*Tak tahulah seteruk mana sindrom 'biasa-biasa' sahaja aku ini.Mungkin akan terbawa kepada tahap tertinggi di mana aku tidak mahu lagi menjadi seorang yang berkomitmen terutamanya dalam hal yang melibatkan hati.Yup,hati!


Mood:rindu jugalah masa lalu...



10 March 2011

CHILL....

Kadang-kadang hidup ni tak macam yang kita mahu.

Masshitah,chill la...
Lupakan yang sedih.Hidup perlu banyak melupakan.

Satu lagi,jangan terlalu risau akan benda yang akan datang.Lalui je kehidupan.Baru bermakna kehidupan kita.Janji Allah yang tebaik untuk kita.Segalanya sudah tertulis di Loh Mahfuz sana.Terlalu takut boleh menyebabkan kita melarikan diri dari perkara yang perlu kita hadapi.Sakit hari ini perlu untuk mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati esok hari.Kalau takde rasa sakit,manusia mesti tak ambil pengajaran dari apa yang berlaku.

Hari ini hati sedikit sedih.Sejak semalam sebenarnya.Tak terluah dengan kata-kata kot.Sedih sebab benda yang kita cuba diliver disalah ertikan.Mungkin salah cara,silap tempat atau tidak tepat pada masanya.Niatnya mahu yang terbaik,tapi semuanya jadi terbalik.

Semalam pusing2 alam.Lihat hari gelap.Yang ada cuma lampu.Cantik.Aku suka.RPH yang melambak tak dapat buat sebab otak tak dapat fokus pun.Jadi, berjalan sambil melihat dunia adalah terapi paling baik untuk aku.

Hari ini,masih menahan rasa.Benda terakhir yang mampu aku buat adalah dengar suara mama dan mesej abah.Dengar suara mama boleh buat aku gembira.Mama tak pernah hiraukan masalah hidup dia.Bila kecil hati dengan anak-anak,mama tak pernah simpan lama.Aku yang paling lantang bersuara pun tak pernah bermasam muka dengan mama lebih dari sejam.Mama selalu lupakan semua dan mulakan segalanya semula.Mama aku cari bila hati dah tak mampu tampung sakit lagi.Abah pulak aku cari untuk dengar mesej-mesej nasihat dari dia.Biar panjang berjela abah taip,aku suka.Ubat untuk segalanya.Hidup abah semuanya untuk anak-anak.

Mereka berdua,tak pernah tiada untuk aku walau sesaat pun dalam 22 tahun 6 bulan aku bernafas.Aku sayang mereka.Kalau ada yang seperti mereka,tolonglah temani hidup aku.Hanya itu yang aku mahu.


p/s:
awk,saya hanya mahu seorang yang ada untuk saya 24jam sehari.bukan seorang yang mampu beri sy hadiah mahal2,buang duit untuk sy.cukup mampu ada untuk dengar suara saya...


18 February 2011

Allah banyak memberi aku kebahagiaan!

Alhamdulillah.

Praktikum kali ini berjalan dengan lancar walaupun tanpa bantuan mereka.Ya,kalau dugaan sehebat "itu" pun berjaya aku lalui, inikan pula dugaan praktikum sekecil ini bukan?Allah itu maha kuasa.Dia persiapkan diri aku untuk lalui seberat-berat dugaan.Dia biarkan aku jatuh untuk aku bangun sendiri.Dia berikan aku kekuatan untuk aku terus bersabar.

Hampir sebulan tanpa mereka,hidup aku jauh lebih gembira.Bukan apa,tak mahu ada yang termuntah akibat melihat muka aku yang tak secantik mana.Tak mahu ada yang bertambah catatan dosa akibat mengumpat aku tidak semena-mena.

Ya,mungkin masa sudahpun berlalu.Tapi aku pasti benci mereka sudah tertanam dalam hati.Buktinya?Lihat sahaja yang bertembung dengan aku tanpa sengaja.Dari senyuman terus menjadi seketat-ketatnya.Tak mengapa.Hari ini bukan hari aku.Tempat ini bukan tempat aku.Hari mereka,tempat mereka!

T
erima kasih untuk yang setia bersama.Kamu,kamu,kamu,aku sayang!Sampai mati.Insyaallah...
Slamat berpraktikum semua.
Semoga maju jaya.

Sedikit gambar kawen along untuk semua.May Allah bless along n abg long!

mereka yang rajin bekerja!banyak membantu sejak mula.


ini kami-kami sahaja.


kami-kami dengan abah mama.
susah mahu menculik sebentar mereka berdua!

27 January 2011

Anjing menyalak lagi.

Post ini untuk ingatan aku dan Aiman(bukan nama sebenar).Untuk ingatan kami selagi nyawa Allah pinjamkan.Mengingatkan kesakitan yang Aiman lakarkan.Dia bukan lelaki yang istimewa dalam hidup aku,tapi dia lelaki yang "pernah" aku anggap sebagai kawan.

Aiman,
dulu kan,kau selalu jugak pinjam moto aku,pernah jugak rosakkan motor aku kemudian minta aku yang bayar.Kerana kau seorang kawan, aku diamkan sahaja.Aku bayarkan juga walaupun nouvo aku rosak time kau bawak.


Aiman,
dulu bila kau takde duit,kau pinjam dari aku.Dan aku beri tanpa banyak tanya.Sebab kau kawan aku.Mana boleh aku tengok dengan diam kau lapar.


Aiman,
dulu bila kau ada problem,tak pernah aku bersuara mengejek.Jauh sekali menganjing.Sebab kau kawan aku.Hidup seorang kawan bagi aku bukan untuk melemahkan.


Aiman,
bila ada yang mengutuk kau,aku diamkan diri.Tak pernah aku cuba menambah perasa supaya benci mereka bertambah banyak.Sebab aku seorang kawan.Ada aku bukan untuk itu.


Aiman,
dulu bila kau suka mengendeng pegang perempuan,aku diamkan diri.Tak perlu aku ceritakan pada semua.Risau kau jadi bahan bualan.Aib kau terbuka nanti.Sebab aku seorang kawan.Menjaga aib kawan tanggungjawab aku.


Aiman,
dulu bila kau suka sangat ponteng kelas,aku tolong coverkan.Mana yang pensyarah tak tahu,aku tandakan sahaja.Sebab aku seorang kawan.Aku tak mahu kawan aku susah.Aku bantu selagi mampu.


Aiman,
Sejak hari itu,kau dah berubah langsung.Seolah empat tahun dulu tak pernah ada.Aiman,aku tak pernah jumpa manusia sejahat kau dalam hidup aku.Setiap hari kau menganjing,menyalak2...Aku diamkan sahaja.Sebab aku tak mahu kau susah.Sebab kau kawan aku.

Tapi hari ni...setelah ini yang kau balas aku,patut lagi aku diamkan?Sabar aku ada tahapnya.Lama mana boleh aku telan rasa.Sampai bila mahu aku hadamkan semua?

Aiman,
Kau memang manusia tak sedar diri.Lupa daratan.Kau macam anjing kurap yang lupa pernah diberi makan.Aiman,sumpah,dalam hidup aku,belum pernah aku jumpa manusia macam kau.


9.50 am/27 Januari 2011:Aiman,Kamil,Afiq,Izwan.Mengejek tentang kehadiran seorang sahabat ke kelas semalam.Menganjing2 aku report kepada kawan tentang sakitnya aku.

*Biar aku tulis semua ini.Biar besok aku tak akan lupa semua ini.Biar sampai mati aku ingat semuanya.Biar dendam aku bercambah kembali.Biarkan semuanya.