07 April 2011

Senyum.

7 April 2011,
Semakin saya cuba menjadi yang terbaik,semakin saya rasa diri saya bukan yang terbaik.Tidak tahu dimana silapnya.Mungkin saya patut berhenti seketika, renung diri sendiri,cari dimana silapnya.Perbaiki diri saya.

Minggu ini,satu demi satu berita gembira saya terima.Kereta akan kembali ke tangan saya tidak lama lagi.Wira kesayangan abah akan berada dibawah jagaan saya sekali lagi.Kali ini saya perlu lebih berhati-hati.Elak sebarang kecuaian.Buang semua kekalutan se
masa memandu. Laju membawa padah.

Minggu ini juga saya terima berita gembira dari pengantin baru, Along & Abg Shafiq.Insyaallah,dengan izinNya saya akan mendapat seorang ahli keluarga baru lebih kurang 8bulan akan datang.Abah akan jadi tok abah dan mama akan jadi tok mama!Kelakar.Saya langsung tidak dapat membayangkan betapa seboknya mama dan abah satu hari nanti.


Minggu ini juga saya rasa gembira bila yang saya sayang berada dekat
dengan saya. Boleh lihat senyum dia setiap hari.Dihujung-hujung minggu ini, saya rasa kurang selesa.Mungkin saya perlu bertindak lebih berani untuk membahagiakan orang yang saya sayang. Saya perlu lebih matang.Bukan memaksa.Kalau katanya saya seorang yang membosankan,saya perlu mula sedarkan diri.Berharap terlalu tinggi akan buat saya sakit menyembah bumi.

Minggu ini juga saya rasa semakin cepat masa berlalu. Saya akan kembali menjadi seorang pelajar dan meninggalkan murid-murid saya tidak lama lagi.Part ini memang buat saya sedih.Tapi hidup perlu diteruskan. Sakit bagaimana sekalipun, saya perlu berhadapan dengan semua itu.Kerana saya bukan manusia lemah.


Minggu ini,banyak yang tidak menjadi sebenarnya.Tapi semua itu saya buangkan jauh-jauh.Biar saya melayan gembira dalam hidup ini dari melayan sedih yang buat saya rasa sakit.Saya bersyukur kerana Allah tidak terus memberikan kegembiraan sahaja yang mungkin akan membuatkan saya lupa diri,lupa kepadaNya.Dia ingatkan saya dengan secubit kesedihan yang boleh mengembalikan saya kepadaNya...

Ujung minggu ini,saya akan cuba melupakan semua yang sedih.Enjoy.Ketawa.Ada siapa-siapa mahu temankan saya?hahaha.