30 January 2010

Jelingan Maut beb...

Sebentar tadi aku baru pulang dari berjumpa dengan "ahmad"...Sekadar keluar untuk makan-makan.Sebenarnya bukan untuk makan sangat,tp lebih kepada mahu berbual.Berbual tentang perjalanan hidup masing-masing dalam minggu ini.

Dalam pukul 9p.m Ahmad sampai di maktab.Kami terus keluar mencari tempat makan yang best.Destinasi hari ini ~Ani Sup Utara~ cawangan Bangi.Tapi malang sungguh hari ini,meja semua penuh.Terpaksa menunggu.Dah la kena tunggu,sup nya x sedap la pulak.Kalau nak dibandingkan dengan Ani Sup Utara di Bangsar,memang kalah la cawangan Bangi.

Lepas makan,terus menuju ke Putrajaya.Saja nak tengok sekolah tempat aku akan berpraktikum nanti.Bukan la excited sangat,cuma mahu lebih bersedia.Tengok sekeliling kawasan sekolah penuh dengan rumah besar2, mula lah aku cuak.Kompem budak2 ni pandai English nya...Kantoi la aku kalo salah pronounce pape..huhu..

Afte settle tengok kawasan,terus berkejar pulang ke maktab.Tak mahu terlewat sampai.Malas mahu bersoal jawab dengan pak guard nanti.Time kat pondok jaga,Ahmad Faroqi berhenti di tepi sementara menunggu aku mengambil kad keselamatan.Tapi disebabkan terlalu ramai budak laki disitu,aku mintak tolong member sekelas je ambilkan.Kebetulan dia pun duk cari kad kat situ.Time tunggu member aku ni ambikkan kad,ada la seorang "ustaz"~student maktab ni gak~ berhenti tepi keta kami.Dah berhenti tu xpelah,memang x salah.Tapi yang bengangnya jelingan kemain maut.Bajet lah wey.Ada aku kisah ko jeling gitu.haha...Tak tahu la dia menjeling tu nak ngutuk aku ke,nak tgk bf aku ke,nak buat bahan gosip ke nanti balik asrama, tapi yang pasti aku x kesah...:p

Dulu aku risau jugak ngan budak2 maktab ni punya perangai, aku kesah jugak dengan pandangan diorang terhadap aku.Tapi sekarang ni aku macam da malas nak kesah.Selagi aku x ganggu idup diorang,memang aku x peduli langsung dah.huhu...Dah bosan mungkin dengan sikap2 pelik mereka.Kadang-kdang aku akan tergelak sendiri bila terpikirkan perangai diorang ni.Macam mana la nak jadi cikgu kalo pandangan camtu yang ko praktikkan dalam kehidupan seharian korang..isk2...


*ko jeling aku ea?malas la aku nak jeling balik.Takut ko terjatuh moto pulak nanti...hahaha...

28 January 2010

No Title....

Lama sungguh tidak menulis.
Malas mahu menghadap laptop mungkin~~

Awal semester seperti ini tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan.Kekangan masa dan kewangan yang tidak stabil menghalang segala macam keinginan untuk dipenuhi.Tapi aku masih bersyukur kerana poket aku ini tidak sesesak kawan2 s'maktab yang lain.Syukur kerana aku masih punya mama dan abah yang selalu bertanya tentang baki akaun bank aku.Juga bertuah kerana aku punya dua orang kakak yang boleh di"pow"...Yang paling untung kerana aku masih punya "ahmad" yang tidak pernah berkira tentang wang ringgit dengan aku.

Owh,sedang aku menulis ini,rakan-rakan semaktab sedang heboh tentang elaun yang sudah masuk...Tidak pasti samaada duit sudah benar2 masuk ke akaun atau belum.Tapi yang pasti penyata elaun sudahpun ditampal di papan kenyataan HEP....Alhamdulillah....

09 January 2010

Girls Outing..at last....

2.00p.m, Mid Valley Megamall.....

At last dapat jugak ak gather2 ngan member2 sekolah dulu...Ada jugak antara mereka yang memang aku tak pernah jumpa langsung sejak lepas SPM...Semua duduk jauh2,jadi kalo balik cuti kat rumah pun plan nak jumpa agak susah nak menjadi.

Kali ni pun sebenarnya x plan serious pun nak jumpa.Sembang2 kat facebook je last2 jadi...Sebenarnya aku plan ni pun dengan dua orang member je...sorang kat uitm,sorang kat upm.Nak ajak yang lain takut diorang sibuk.dan aku pun segan nak bising2..Rupa2nya member kat uitm tuh main peranan ajak yang lain lagi...suka sgt2...

Memang terlalu bising sangat bila dapat jumpa setelah lama tak jumpa..Banyak nak dibualkan...Tapi yang paling aku gembira,aku dapat jadi diri aku sendiri buat beberapa jam.Setelah sekian lama aku tak dapat rasa perasaan tu..yeap,mereka rakan-rakan ku zaman sekolah,zaman aku membesar jauh dari mama abah dan zaman aku mengenal dunia.Zaman itu yang tak pernah langsung aku lupakan.Sekarang juga aku punya kawan dan rakan,cuma sedikit berbeza....


LHS: ashu,.::me::.,fida,ruhil n amanina...


~amanina,ashu,.::me::.,fida,eton n marni~


amanina,ashu,.::me::.,fida,eton n marni....once again...
*ruhil snap dis pic..


*Pape pun,aku terlalu gembira semalam...thanks babe...Next time kte setkan y lg best...lg ramai....

06 January 2010

Bertahan!!!


Semester ini agak sibuk.Hari pertama lagi dah mula kelas sampai petang.Minggu pertama dah dpt task.Aku pulak macam makin malas...huhu...tapi pape pun aku tetap kena siapkan semua kerja yang dapat.Tak boleh tiru2 lagi dah....(ai hope la).....Minggu ni jugak aku masih dalam mood dirumah...Homesick..ingat mak abah je kejanya...rindu nak gaduh ngan adik2...huh...

Masuk hari ni,hari ketiga aku kat maktab.Dan aku masih berjaya menjauhkan diri dari mendekati segala jenis makanan berat dan fast food.Mungkin ini akibat tekanan hebat yang diberikan semua pihak terhadap aku kot.Tuh la korang,ngejek aku lagi...ngutuk aku gemok lagi...

Dan semester ni jugak aku kena banyakkan sabar n lebih matang.Jangan layan sgt orang2 yang sewel n bersikap kebudak-budakkan.Biarkan orang nak cakap pe pun pasal diri aku sebab yang kenal aku dan tahu siapa diri aku yang sebenarnya hanyalah aku sendiri....peace!!!


Semoga aku berjaya kali ni...:p



Bila yang lemah berbicara:

*kesian pada mereka yang "perasan" diri sudah cukup bagus kerana sesungguhnya mereka menutup peluang untuk memperbaiki diri sendiri....Lebih baik mereka yang sedar diri banyak kekurangan kerana secara tidak langsung mereka akan berusaha memperbaiki diri sendiri...:p

01 January 2010

~~~FIGHT LEMAK!!!~~~

i need 2 start my diet right now...arghhhh...crazy...feel so sad..;(

Camne aku boleh gemuk sampai camnih?gemuk sampai dah sama standard ngan mak sedara yang preg 7mnth...arghhh..how come la...huhu...semua orang da ngutuk...tp aku x sedar2 diri lg...alah,nape lah aku cmni...bila aku nak tekad btol2 nih...xkan nak tunggu bdn dh besau mcm erra fazira dlm cinta kolestrol kot...g.i.l.a....

Aku yang adik nih org kata kakak dh..mana taknya,akak2 aku kecik molek je lg..ak dah macam mak budak dh...n u noe,my body start to protest...dah mcm2 sign dia bagi nak gtau aku dia x mampu btahan dengan lemak2 nih lagi dh...sian kau..kena bwk beban lebih...yang aku masih lagi makan segala bagai makanan.Yang berlemak pulak tu...a.d.o.i...


wif along n kIva..

Satu lagi,aku memang kena kurangkan berat nih...camne ak nak attend Pendidikan Jasmani class nex sem kalo kena lari sikit pon dh semput...camne nak buat olahraga kalo lemak aku y shaking lebih.camne nak buat ujian kecergasan kalo nak bawak badan pun x mampu...camne nak lari 2.4km kalo baru 50m lari dh mula sesak nafas...adoiiii...camne?camne?camne???!!(kalo bleh bakar lemak mcm bakar sampah,mmg ak bakar kaw2 dah..)

Satu lagi,member2 sekolah dulu pn x abes2 gelakkan aku dah gemok..malu la...nak kuar date pn ak pilih tempat..x mau ramai2 org...kesian kat bf ak pulak nanti.takut org ngumpat dia ckp awek dia gemok..hahaha....macam hampeh kan?tp tu la yang aku gase...


Aku kena D.I.E.T!!!kalo tak,ak takkan dpt keyakinan diri..camne aku nak jadik cikgu y bagus kalo tak yakin pada diri sendiri?takde cara lain aku boleh buat melainkan "slim" kan balik badan aku...baru lah aku boleh dpt keyakinan diri n aku boleh buat semua aktiviti tnp batasan n halangan...

~~~FIGHT LEMAK!!!~~~

GO!!!

*ad pape cadangan untuk aku?plz,do help me..plzzzz.....

2010

~~~
~~~
~~~

Selamat tahun baru 2010...
Semoga tahun baru ini membawa sinar yang baru untuk kita semua.
Semoga tahun baru juga membawa perubahan ke arah kebaikan tuk aku,untuk kita,untuk semua...

~~~
~~~
~~~

2009 :: Family ::



Hanya satu perkataan yang mampu aku gambarkan…~bahagia~…ya,aku bahagia punya keluarga seperti kamu semua…2009 banyak memberi peluang untuk kita bersama-sama.Banyak yang kita harungi tahun 2009 ni… Semoga Allah memberkati keluarga kita…Aku bahagia punya kamu semua…Terima kasih untuk kebahagiaan yang kamu semua berikan kepada aku.


  • Abah,jgn sakit dah…sayang abah….
  • mak,thanks selalu dengar org membebel…sayang mak jgk…
  • kLong n kIva,thanks sbb utamakan keluarga…
  • Ammar,ang memang abang yang baik untuk adik2.
  • Afiq,Jangan nakal2.Abah tak bagi buat sesuatu mesti ada sebab…Cuba faham maksud abah…
  • Adik,ktorang betol2 bangga ngan ang…ahaha…

31 December 2009

2009 :: Kisah Kita ::


Yeah,untuk tahun 2009 ni banyak sungguh suka duka,kisah kita. tak silap aku tahun ini merupakan tahun ke12 perkenalan kita.selama 12 tahun ini juga terlalu banyak yang kita lalui.Bermula sebagai rakan sekelas,menjadi teman belajar,menjadi musuh dan sekarang ini kita adalah kita…


Awal tahun kita agak sibuk dengan keluarga masing2.Ayah kamu sakit…Tak lama lepas tuh abah pulak sakit.Time abah sakit aku tahu aku kurang bersama kamu.Tapi hati aku tetap bersama kamu.Kamu banyak membantu dan memberi aku semangat waktu itu…


Ogos 2009,awk sakit di Hospital Sungai Buloh. PadaNya aku bermohon supaya kamu segera sihat.Sungguh aku sebak setiap kali terpandang wajah kamu yang layu.Tidak ada yang lain dalam fikiranku waktu itu melainkan kamu.dan nasib aku baik kerana Allah memberikan teman yang setia menemaniku setiap hari ke sana.Akhirnya doaku telah dimakbulkan tuhan.Aku mendapat kembali kamu yang sihat dan segar.Syukur Alhamdulillah…


10 September 2009,kamu dtg asrama bwkkan bunga n wish my b’day.mmg aku marah kamu sbb dtg mlm2 n habiskan duit beli bunga.Tapi dalam hati ini hanya Allah yang tahu bertapa aku rasa sungguh bahagia.Thanks a lot..:p


Penghujung bulan Oktober 2009,sedikit goyah hubungan kita.Aku jatuh menyembah bumi.Aku fikir kamu sudah mula mengenal dunia.Tidak banyak yang mampu aku harapkan waktu itu.Cuma doa dan tawakal kepadaNya.Pernah aku suarakan hasrat kepada seorang sahabat untuk melepaskan semua ini pergi.Namun sahabat ku itu terlalu bijak menyingkap kembali kenangan manis aku dan kamu. Ketika itu,bukan air mata ku sahaja menyembah bumi,malahan dapat kulihat kelopak matanya juga turut basah dek kisah cinta kita.Terima kasih untuk sahabat ku itu kerana menyedarkan aku yang aku patut terus berusaha bukan mengalah..Juga untuk kamu yang terus berdegil mempertahankan semua ini.


2009 menyedarkan aku bahawa keindahan tak akan dapat dimiliki dengan hanya berharap.Bergaduh itu kadang-kadang menguji kita bertapa kita kuat dan tekad dengan jalan yang kita pilih bersama.Biasalah,sedangkan lidah lagikan tergigit…Tahun 2009 diakhiri dengan kisah kita yang masih terus “melangkah” mempertahankan kisah ini…Aku bersyukur yang amat kerana kita masih berada dititk dimana kita bermula..ya,aku bertuah punya kamu yang matang dan selalu ada bersama aku tidak kira siapa pun aku…dan untuk kamu,semoga apa yang kita rancangkan akan jadi kenyataan…:p


~~alhamdulillah~~


syukur kepada Allah kerana meminjamkan kamu yang cukup sempurna untuk menemani hidup aku..Semoga kamu akan ada bersama-sama aku sepanjang hidup ini…


~~Ahmad Faroqi Mohayiddin~~

2009 :: Sahabat ::


Cukup lah aku gambarkan dengan perkataan “alhamdulillah”…aku tidak keseorangan dalam dunia ini…Dalam setiap kisah duka aku,ada mereka bersama2..


Terima kasih buat seorang sahabat,AmaLina Awis Othman yang selalu mendengar rintihan kisah hidup aku.Selalu ada bila aku memerlukan..Walaupun jarak jauh,tp dia tetap setia mendengar kisah ak.cewah..


Terima kasih juga buat seorang lagi sahabat,AmaNina Awis Othman yang setia menemani aku ketika aku berada dalam keadaan yang begitu sukar.Aku terlalu hargai jasa kamu…


Aku juga bersyukur kerana Allah memberikan aku mereka (Aimi,Farhana,Nabila,MCna,Najwa, Linda) yang selalu bersama mentawaf semua shopping complex yang ada disamping menemani aku mengenal dunia seorang “guru”… Juga buat semua warga PISMP IPGM4.05(maths),semoga ukhwah yang cuba kita bina diberkati..


Juga untuk rumate aku,Fazila kerana banyak menasihati aku…Hajar n Naimah juga…ak selesa ngan korang sbb korang mmg kampung,mcm aku..I like!!!Untuk Aina y slalu teman aku,thanks banyak…pesanan untuk aina,hidup ni perlu banyak berfikir…


Odie,Kak mun,Pikok n Baz…aku x pernah lupa korang…Korang jugak mengajar aku erti persahabatan…Walau sebentar cuma……mungkin suatu hari nanti kita bisa menyambung semula segalanya…hahaha…(sound funny,but really hope it)…


2009 banyak mengajar aku untuk menghargai kamu-kamu yang sentiasa berada disisi aku…aku sayang kamu semua….



27 December 2009

Bas Express memang Express....

Baru2 ni keluar berita bas Sani Express excident kat Perak kan?10 orang terkorban dalam kemalangan nih.Dan kesemua mereka yang terkorban itu adalah mereka yang duduk di seat bawah bas Sani Express double dacker tuh...Urm,sedih jugak aku tengok time berita tunjuk family mangsa menangis meratapi kematian orang yang tersayang.

Yeap,yang pergi tetap akan pergi kan?Tapi yang masih hidup dan bernafas ini perlu berusaha melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan buruk ini bukan?Agak keras kalo aku katakan pemandu bas ekspress sekarang ni kebanyakannya bodoh dan biadap.Bodoh kerana mereka tidak sedar tanggungjawab mereka membawa bersama banyak nyawa yang amat berharga.Biadap kerana mereka ini lagaknya seperti hebat diatas lebuh raya.Maaf kerana dengan kerasnya aku bercakap begini kepada SESETENGAH daripada mereka.Tapi selaku seorang pelajar yang seringkali berulang alik menggunakan perkhidmatan bas ekspress ini,aku tahu bagaimana "berlagak" nya sesetengah driver bas.

Tengah hari tadi TV3 melalui buletin1.30 membongkar satu lagi rahsia pihak yang bertanggungjawab iaitu LPKP.wartawan tv3 cuba membuat panggilan kepada LPKP pada pukul12.09pm melalui talian hotline yang ditampal di belakang kesemua bas ekspress yang ada di Malaysia nih.Tapi amat memalukan kerana hanya mesin simpanan suara yang menjawab panggilan tersebut malahan mesin tersebut mengatakan bahawa panggilan dibuat di luar waktu pejabat.Huh?camtu pulak?memalukan...Aku pernah jugak buat aduan LPKP terhadap bas Konsortium yang bertindak kurang ajar di atas lebuh raya utara selatan.Aku ingat betul2 LPKP ambil tindakan dan siasat untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.Rupa-rupanya aku ditipu ke...haha..lawak jugak...LPKP,abes la korang pasni.Xde orang nak percaya korang dah.

Pape pun aku amat berharap kerajaan melalui badan bertanggungjawab melakukan sesuatu untuk mengelakkan kemalangan melibatkan bas ekspress berulang lagi.Penumpang pulak,laser2 la sket driver tuh.Jgn takut,korang bayar tuk perkhidmatan yang terbaik kan?Kesimpulannya,semakin banyak nyawa yang terkorban dalam kemalangan bas ekspress,semakin kuranglah kepercayaan rakyat terhadap pengangkutan awam negara...

*bagus jugak kalo ada s'sape yang kerja dalam LPKP baca post aku nih.Boleh dia crita kat bos dia yang "projek" diorang menipu orang ramai dah "KANTOI"...

26 December 2009

Mrapu mooD...



Sekarang aku dah bersiap...

Tunggu ssorang dtg pick up me...
Whoaaaa....buhsan lah....
lambat wooo ini olang...

sabau2....

...
...
...

24 December 2009

KFC jual "WING" burung puyuh?

Semalam aku ikut mak abah bawak adik2 aku pergi cari kasut sekolah diorang kat Parit Buntar.Lepas dapat kasut diorang,mak n abah pulak nak pergi barang-barang dapur.Lepas tu abah kata nak beli KFC.Macam biasa tugas membeli KFC nih memang tugas aku.Abah n mak tunggu dalam kereta je.

Masuk dalam kfc,lengang.Takde satu orang pun yang masuk beli.Mungkin sebab semua orang pergi KFC baru kat banggunan satu lagi kot.Lagi senang kerja aku.Tak payah beratur panjang2.Terus aku order 12ketul ayam spicy tambah benda2 lain sket...bungkus...settle,ak ambik n bayar.Time aku pegang aku gase pelik,apesal ringan semacam je kotak ni.Aku beli 12ketul ke 4ketul?Tapi mustahil la diorang nak bagi x cukup kan.So aku pun jalan ke kereta n balik rumah.

Sampai kat rumah,ktorang bukak la nak makan ramai2.Sebelum tuh aku kira dulu.Saje nak puaskan ati...Rupa-rupanya padan la ringan....Malas cakap banyak,korang tengok snirik lah gamba nih...


ini namanya chicken "wing"...
sama saiz ngan bunga kat pinggan tuh je...



bila letak atas tangan,ni la rupanya...



macam saiz ayam frozen jenama ayamas je kan?



nak nampak clear lg?korang y pakai celcom broadband vodafone bleh ukur
size ayam ni guna korang pya vodafone...



Hurm...TAK TAHU PULAK AKU YANG KFC JUAL WING PUYUH....

haha...Sebenarnya ni bukan wing puyuh.Ni memang wing ayam..Cuma aku pelik,wajar ke KFC jual wing saiz kecik camni?setahu aku,KFC adalah sebuah company besar yang ada kawalan kualiti...Dan ayam yang dibekalkan pembekal kepada KFC adalah ayam gred A(maklumat ni aku dapat time teman makcik ak buat research kat penternak ayam di Kedah)...

*sje ak post benda ni kat sini...mana tau ada anak pengurus KFC ke baca post nih...bleh report kat bapak dia...huhu...

22 December 2009

Q & A

Untuk kamu yang tidak pernah memberikan kepercayaan itu buat aku:


Q:
Apa yang kita boleh buat sekiranya orang yang hidup bersama kita tidak percayakan kita?

Bukti apa yang patut kita beri untuk mendapatkan sesuatu yang namanya "kepercayaan"?
Sejauh mana kita boleh hidup bersama tanpa sesuatu yang namanya "kepercayaan" itu?


A:
Tiada apa yang boleh dilakukan sekiranya orang disisi kita tidak percayakan kita...
Tiada bukti mahupun fakta yang dapat diberikan untuk mendapatkan "kepercayaan"...
Tidak jauh mana kamu mampu pergi tanpa sesuatu yang namanya "kepercayaan"...


*ini penutup kepada "ketidakpercayaan" kamu itu...
Kerana kamu berdiam diri dan membiarkan semua ini berlalu,
aku juga sudah tidak punya tenaga untuk bersuara mahupun terus berjuang untuk kamu...
Mulai hari ini dan sampai bila2,
ingat itu...





21 December 2009

Rompakan Privasi!!!

Salam...

Lama rasanya aku tidak menulis sesuatu yang berguna untuk semua.Tapi hari ini aku rasa sudah sampai masanya aku meluahkan sesuatu yang perlu semua orang tahu,terutamanya mereka-mereka yang baru ataupun sedang bermain dengan api cinta...

Kamu tahu,selain daripada cinta,rasa sayang,setia dan percaya(semua orang tahu) kepada pasangan masing2,kamu juga perlu mempunyai sikap menghormati privasi pasangan kamu.Yeap,kamu sayang dia sangat-sangat bukan?tapi itu tidak bermaksud kamu boleh sesuka hati mencerobohi hak dan privasi dia.Aku faham sekiranya kamu mempunyai sikap ingin tahu yang melonjak-lonjak mengenai kehidupan si dia ataupun rasa cemburu yang terlalu kuat terhadap si dia.Ya,aku juga selalu merasai perasaan begitu.Tetapi perasaan begitu harus dibuang jauh-jauh sekiranya kamu mahu pasangan kamu senang dengan sikap kamu.

Sikap kamu yang gemar mencerobohi hak dan privasi si dia bukan sahaja boleh menyebabkan si dia tidak senang hati dengan kamu,bahkan rakan-rakan si dia juga mungkin dapat menghidu sikap cemburu tidak bertempat kamu itu lambat laun.Bukankah ini secara tidak langsung menyebabkan si dia rasa kurang senang dengan situasi yang kamu cipta ini?Sekali gus membuatkan dia sedar bertapa kamu tidak percayakan si dia.Perasaan tidak dipercayai itu kadang-kadang boleh membawa sesuatu yang buruk dalam perhubungan kamu.Lebih buruk lagi apabila si dia merupakan seorang pemberontak.Sikap kamu yang mengganggu privasi dia boleh menyebabkan dia hilang kawalan dan melakukan sesuatu yang tidak pernah terlintas difikiran.Apa yang akan dia lakukan?Lu pikir lah sendiri!!!

Hurm,kesimpulannya,sekuat mana pun rasa sayang kamu kepada si dia,hormatilah hak dan privasi dia.Elakkan dari merompak hak dan privasi orang yang kamu sayang.Sesungguhnya sikap itu boleh menghakis perasaan si dia terhadap kamu sekaligus menambah isu untuk kamu bergaduh.

Owh,aku cuma cakap ikut pe yang aku fikir je.Kalo korang x percaya,cuba lah...Tengok apa akibatnya nanti...

Wslm...

20 December 2009

Cameron Highlands...lagi....

Salam...

Kebelakangan ini hidup ak terlalu sibuk.Macam2 projek family aku setkan tuk cuti nih.Awal2 cuti dulu raya haji,then abah aku suruh pegi ambik lesen keta.
Lepas ambik lesen kereta(dgr ceramah je~haha~)big family aku rancang tuk pegi cameron tuk 3ari 2 mlm...Bertolak ari Sabtu(12h/12/2009),balik hari Isnin(14/12/2009)..

Kali ni aku tak la tlalu xcited tuk ke sana.Myb sbb aku rasa macam ba
ru pergi je kot.Tambah pulak aku nak saving elaun yang tinggal tuk sem dpn.Aku ni even jalan2 pakai duit mak abah,duit aku senirik mesti melabur jugak.Yang peliknya tak tau kemana perginya pelaburan aku tuh~huh~...Tapi disebabkan aku tahu abah tak kan benarkan aku untuk meng'xcuse kan diri,aku ikut jugak.

Hurm...x rugi pun sebenarnya aku ikut.Best la jugak.Dapat rehat2,lepak2,borak2....
Sedikit pic kat sana...Act,da lama ak nak upload...Tapi aku telah diserang virus kemalasan yang amat sangat.



me,my best uncle n adik... menggedik dgn my uncle slagi dia belum kawen..



along n me... dia kakak n me adik oke!



along,adik,alia nurisya(kazen) n irdina(kazen)
*mereka memang gemar bergambar..



yeah,settle bergambar... Sampai lah sesi mendaki ladang teh semula. Time ni gase mcm nak tcabut lutut ak... tp ak still kontrol,sbb family aku y kat atas bersorak2 gelakkan aku gemok..
haha..
bek aku pura2 x penat..



ktorang jugak sempat celeb bday abah n kak iva.
alang2 semua dapat bkumpul.Tp kat cmeron nih kek ni jela ada..


Ni la serba sedikit cerita cameron...Petang Isnin turun dari Cameron singgah rumah kejap cuci2 baju.Pagi Selasa bangun awal pagi terus siap untuk gerak balik kampung untuk projek seterusnya.Penat sangat...huh..