31 December 2009

2009 :: Kisah Kita ::


Yeah,untuk tahun 2009 ni banyak sungguh suka duka,kisah kita. tak silap aku tahun ini merupakan tahun ke12 perkenalan kita.selama 12 tahun ini juga terlalu banyak yang kita lalui.Bermula sebagai rakan sekelas,menjadi teman belajar,menjadi musuh dan sekarang ini kita adalah kita…


Awal tahun kita agak sibuk dengan keluarga masing2.Ayah kamu sakit…Tak lama lepas tuh abah pulak sakit.Time abah sakit aku tahu aku kurang bersama kamu.Tapi hati aku tetap bersama kamu.Kamu banyak membantu dan memberi aku semangat waktu itu…


Ogos 2009,awk sakit di Hospital Sungai Buloh. PadaNya aku bermohon supaya kamu segera sihat.Sungguh aku sebak setiap kali terpandang wajah kamu yang layu.Tidak ada yang lain dalam fikiranku waktu itu melainkan kamu.dan nasib aku baik kerana Allah memberikan teman yang setia menemaniku setiap hari ke sana.Akhirnya doaku telah dimakbulkan tuhan.Aku mendapat kembali kamu yang sihat dan segar.Syukur Alhamdulillah…


10 September 2009,kamu dtg asrama bwkkan bunga n wish my b’day.mmg aku marah kamu sbb dtg mlm2 n habiskan duit beli bunga.Tapi dalam hati ini hanya Allah yang tahu bertapa aku rasa sungguh bahagia.Thanks a lot..:p


Penghujung bulan Oktober 2009,sedikit goyah hubungan kita.Aku jatuh menyembah bumi.Aku fikir kamu sudah mula mengenal dunia.Tidak banyak yang mampu aku harapkan waktu itu.Cuma doa dan tawakal kepadaNya.Pernah aku suarakan hasrat kepada seorang sahabat untuk melepaskan semua ini pergi.Namun sahabat ku itu terlalu bijak menyingkap kembali kenangan manis aku dan kamu. Ketika itu,bukan air mata ku sahaja menyembah bumi,malahan dapat kulihat kelopak matanya juga turut basah dek kisah cinta kita.Terima kasih untuk sahabat ku itu kerana menyedarkan aku yang aku patut terus berusaha bukan mengalah..Juga untuk kamu yang terus berdegil mempertahankan semua ini.


2009 menyedarkan aku bahawa keindahan tak akan dapat dimiliki dengan hanya berharap.Bergaduh itu kadang-kadang menguji kita bertapa kita kuat dan tekad dengan jalan yang kita pilih bersama.Biasalah,sedangkan lidah lagikan tergigit…Tahun 2009 diakhiri dengan kisah kita yang masih terus “melangkah” mempertahankan kisah ini…Aku bersyukur yang amat kerana kita masih berada dititk dimana kita bermula..ya,aku bertuah punya kamu yang matang dan selalu ada bersama aku tidak kira siapa pun aku…dan untuk kamu,semoga apa yang kita rancangkan akan jadi kenyataan…:p


~~alhamdulillah~~


syukur kepada Allah kerana meminjamkan kamu yang cukup sempurna untuk menemani hidup aku..Semoga kamu akan ada bersama-sama aku sepanjang hidup ini…


~~Ahmad Faroqi Mohayiddin~~

2009 :: Sahabat ::


Cukup lah aku gambarkan dengan perkataan “alhamdulillah”…aku tidak keseorangan dalam dunia ini…Dalam setiap kisah duka aku,ada mereka bersama2..


Terima kasih buat seorang sahabat,AmaLina Awis Othman yang selalu mendengar rintihan kisah hidup aku.Selalu ada bila aku memerlukan..Walaupun jarak jauh,tp dia tetap setia mendengar kisah ak.cewah..


Terima kasih juga buat seorang lagi sahabat,AmaNina Awis Othman yang setia menemani aku ketika aku berada dalam keadaan yang begitu sukar.Aku terlalu hargai jasa kamu…


Aku juga bersyukur kerana Allah memberikan aku mereka (Aimi,Farhana,Nabila,MCna,Najwa, Linda) yang selalu bersama mentawaf semua shopping complex yang ada disamping menemani aku mengenal dunia seorang “guru”… Juga buat semua warga PISMP IPGM4.05(maths),semoga ukhwah yang cuba kita bina diberkati..


Juga untuk rumate aku,Fazila kerana banyak menasihati aku…Hajar n Naimah juga…ak selesa ngan korang sbb korang mmg kampung,mcm aku..I like!!!Untuk Aina y slalu teman aku,thanks banyak…pesanan untuk aina,hidup ni perlu banyak berfikir…


Odie,Kak mun,Pikok n Baz…aku x pernah lupa korang…Korang jugak mengajar aku erti persahabatan…Walau sebentar cuma……mungkin suatu hari nanti kita bisa menyambung semula segalanya…hahaha…(sound funny,but really hope it)…


2009 banyak mengajar aku untuk menghargai kamu-kamu yang sentiasa berada disisi aku…aku sayang kamu semua….



27 December 2009

Bas Express memang Express....

Baru2 ni keluar berita bas Sani Express excident kat Perak kan?10 orang terkorban dalam kemalangan nih.Dan kesemua mereka yang terkorban itu adalah mereka yang duduk di seat bawah bas Sani Express double dacker tuh...Urm,sedih jugak aku tengok time berita tunjuk family mangsa menangis meratapi kematian orang yang tersayang.

Yeap,yang pergi tetap akan pergi kan?Tapi yang masih hidup dan bernafas ini perlu berusaha melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan buruk ini bukan?Agak keras kalo aku katakan pemandu bas ekspress sekarang ni kebanyakannya bodoh dan biadap.Bodoh kerana mereka tidak sedar tanggungjawab mereka membawa bersama banyak nyawa yang amat berharga.Biadap kerana mereka ini lagaknya seperti hebat diatas lebuh raya.Maaf kerana dengan kerasnya aku bercakap begini kepada SESETENGAH daripada mereka.Tapi selaku seorang pelajar yang seringkali berulang alik menggunakan perkhidmatan bas ekspress ini,aku tahu bagaimana "berlagak" nya sesetengah driver bas.

Tengah hari tadi TV3 melalui buletin1.30 membongkar satu lagi rahsia pihak yang bertanggungjawab iaitu LPKP.wartawan tv3 cuba membuat panggilan kepada LPKP pada pukul12.09pm melalui talian hotline yang ditampal di belakang kesemua bas ekspress yang ada di Malaysia nih.Tapi amat memalukan kerana hanya mesin simpanan suara yang menjawab panggilan tersebut malahan mesin tersebut mengatakan bahawa panggilan dibuat di luar waktu pejabat.Huh?camtu pulak?memalukan...Aku pernah jugak buat aduan LPKP terhadap bas Konsortium yang bertindak kurang ajar di atas lebuh raya utara selatan.Aku ingat betul2 LPKP ambil tindakan dan siasat untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.Rupa-rupanya aku ditipu ke...haha..lawak jugak...LPKP,abes la korang pasni.Xde orang nak percaya korang dah.

Pape pun aku amat berharap kerajaan melalui badan bertanggungjawab melakukan sesuatu untuk mengelakkan kemalangan melibatkan bas ekspress berulang lagi.Penumpang pulak,laser2 la sket driver tuh.Jgn takut,korang bayar tuk perkhidmatan yang terbaik kan?Kesimpulannya,semakin banyak nyawa yang terkorban dalam kemalangan bas ekspress,semakin kuranglah kepercayaan rakyat terhadap pengangkutan awam negara...

*bagus jugak kalo ada s'sape yang kerja dalam LPKP baca post aku nih.Boleh dia crita kat bos dia yang "projek" diorang menipu orang ramai dah "KANTOI"...

26 December 2009

Mrapu mooD...



Sekarang aku dah bersiap...

Tunggu ssorang dtg pick up me...
Whoaaaa....buhsan lah....
lambat wooo ini olang...

sabau2....

...
...
...

24 December 2009

KFC jual "WING" burung puyuh?

Semalam aku ikut mak abah bawak adik2 aku pergi cari kasut sekolah diorang kat Parit Buntar.Lepas dapat kasut diorang,mak n abah pulak nak pergi barang-barang dapur.Lepas tu abah kata nak beli KFC.Macam biasa tugas membeli KFC nih memang tugas aku.Abah n mak tunggu dalam kereta je.

Masuk dalam kfc,lengang.Takde satu orang pun yang masuk beli.Mungkin sebab semua orang pergi KFC baru kat banggunan satu lagi kot.Lagi senang kerja aku.Tak payah beratur panjang2.Terus aku order 12ketul ayam spicy tambah benda2 lain sket...bungkus...settle,ak ambik n bayar.Time aku pegang aku gase pelik,apesal ringan semacam je kotak ni.Aku beli 12ketul ke 4ketul?Tapi mustahil la diorang nak bagi x cukup kan.So aku pun jalan ke kereta n balik rumah.

Sampai kat rumah,ktorang bukak la nak makan ramai2.Sebelum tuh aku kira dulu.Saje nak puaskan ati...Rupa-rupanya padan la ringan....Malas cakap banyak,korang tengok snirik lah gamba nih...


ini namanya chicken "wing"...
sama saiz ngan bunga kat pinggan tuh je...



bila letak atas tangan,ni la rupanya...



macam saiz ayam frozen jenama ayamas je kan?



nak nampak clear lg?korang y pakai celcom broadband vodafone bleh ukur
size ayam ni guna korang pya vodafone...



Hurm...TAK TAHU PULAK AKU YANG KFC JUAL WING PUYUH....

haha...Sebenarnya ni bukan wing puyuh.Ni memang wing ayam..Cuma aku pelik,wajar ke KFC jual wing saiz kecik camni?setahu aku,KFC adalah sebuah company besar yang ada kawalan kualiti...Dan ayam yang dibekalkan pembekal kepada KFC adalah ayam gred A(maklumat ni aku dapat time teman makcik ak buat research kat penternak ayam di Kedah)...

*sje ak post benda ni kat sini...mana tau ada anak pengurus KFC ke baca post nih...bleh report kat bapak dia...huhu...

22 December 2009

Q & A

Untuk kamu yang tidak pernah memberikan kepercayaan itu buat aku:


Q:
Apa yang kita boleh buat sekiranya orang yang hidup bersama kita tidak percayakan kita?

Bukti apa yang patut kita beri untuk mendapatkan sesuatu yang namanya "kepercayaan"?
Sejauh mana kita boleh hidup bersama tanpa sesuatu yang namanya "kepercayaan" itu?


A:
Tiada apa yang boleh dilakukan sekiranya orang disisi kita tidak percayakan kita...
Tiada bukti mahupun fakta yang dapat diberikan untuk mendapatkan "kepercayaan"...
Tidak jauh mana kamu mampu pergi tanpa sesuatu yang namanya "kepercayaan"...


*ini penutup kepada "ketidakpercayaan" kamu itu...
Kerana kamu berdiam diri dan membiarkan semua ini berlalu,
aku juga sudah tidak punya tenaga untuk bersuara mahupun terus berjuang untuk kamu...
Mulai hari ini dan sampai bila2,
ingat itu...





21 December 2009

Rompakan Privasi!!!

Salam...

Lama rasanya aku tidak menulis sesuatu yang berguna untuk semua.Tapi hari ini aku rasa sudah sampai masanya aku meluahkan sesuatu yang perlu semua orang tahu,terutamanya mereka-mereka yang baru ataupun sedang bermain dengan api cinta...

Kamu tahu,selain daripada cinta,rasa sayang,setia dan percaya(semua orang tahu) kepada pasangan masing2,kamu juga perlu mempunyai sikap menghormati privasi pasangan kamu.Yeap,kamu sayang dia sangat-sangat bukan?tapi itu tidak bermaksud kamu boleh sesuka hati mencerobohi hak dan privasi dia.Aku faham sekiranya kamu mempunyai sikap ingin tahu yang melonjak-lonjak mengenai kehidupan si dia ataupun rasa cemburu yang terlalu kuat terhadap si dia.Ya,aku juga selalu merasai perasaan begitu.Tetapi perasaan begitu harus dibuang jauh-jauh sekiranya kamu mahu pasangan kamu senang dengan sikap kamu.

Sikap kamu yang gemar mencerobohi hak dan privasi si dia bukan sahaja boleh menyebabkan si dia tidak senang hati dengan kamu,bahkan rakan-rakan si dia juga mungkin dapat menghidu sikap cemburu tidak bertempat kamu itu lambat laun.Bukankah ini secara tidak langsung menyebabkan si dia rasa kurang senang dengan situasi yang kamu cipta ini?Sekali gus membuatkan dia sedar bertapa kamu tidak percayakan si dia.Perasaan tidak dipercayai itu kadang-kadang boleh membawa sesuatu yang buruk dalam perhubungan kamu.Lebih buruk lagi apabila si dia merupakan seorang pemberontak.Sikap kamu yang mengganggu privasi dia boleh menyebabkan dia hilang kawalan dan melakukan sesuatu yang tidak pernah terlintas difikiran.Apa yang akan dia lakukan?Lu pikir lah sendiri!!!

Hurm,kesimpulannya,sekuat mana pun rasa sayang kamu kepada si dia,hormatilah hak dan privasi dia.Elakkan dari merompak hak dan privasi orang yang kamu sayang.Sesungguhnya sikap itu boleh menghakis perasaan si dia terhadap kamu sekaligus menambah isu untuk kamu bergaduh.

Owh,aku cuma cakap ikut pe yang aku fikir je.Kalo korang x percaya,cuba lah...Tengok apa akibatnya nanti...

Wslm...

20 December 2009

Cameron Highlands...lagi....

Salam...

Kebelakangan ini hidup ak terlalu sibuk.Macam2 projek family aku setkan tuk cuti nih.Awal2 cuti dulu raya haji,then abah aku suruh pegi ambik lesen keta.
Lepas ambik lesen kereta(dgr ceramah je~haha~)big family aku rancang tuk pegi cameron tuk 3ari 2 mlm...Bertolak ari Sabtu(12h/12/2009),balik hari Isnin(14/12/2009)..

Kali ni aku tak la tlalu xcited tuk ke sana.Myb sbb aku rasa macam ba
ru pergi je kot.Tambah pulak aku nak saving elaun yang tinggal tuk sem dpn.Aku ni even jalan2 pakai duit mak abah,duit aku senirik mesti melabur jugak.Yang peliknya tak tau kemana perginya pelaburan aku tuh~huh~...Tapi disebabkan aku tahu abah tak kan benarkan aku untuk meng'xcuse kan diri,aku ikut jugak.

Hurm...x rugi pun sebenarnya aku ikut.Best la jugak.Dapat rehat2,lepak2,borak2....
Sedikit pic kat sana...Act,da lama ak nak upload...Tapi aku telah diserang virus kemalasan yang amat sangat.



me,my best uncle n adik... menggedik dgn my uncle slagi dia belum kawen..



along n me... dia kakak n me adik oke!



along,adik,alia nurisya(kazen) n irdina(kazen)
*mereka memang gemar bergambar..



yeah,settle bergambar... Sampai lah sesi mendaki ladang teh semula. Time ni gase mcm nak tcabut lutut ak... tp ak still kontrol,sbb family aku y kat atas bersorak2 gelakkan aku gemok..
haha..
bek aku pura2 x penat..



ktorang jugak sempat celeb bday abah n kak iva.
alang2 semua dapat bkumpul.Tp kat cmeron nih kek ni jela ada..


Ni la serba sedikit cerita cameron...Petang Isnin turun dari Cameron singgah rumah kejap cuci2 baju.Pagi Selasa bangun awal pagi terus siap untuk gerak balik kampung untuk projek seterusnya.Penat sangat...huh..


Salam...

Kebelakangan ini hidup ak terlalu sibuk.Macam2 projek family aku setkan tuk cuti nih.

17 December 2009

12 December 2009

.::freezing::.

Mood b'blogging mati...mungkin aku masih tersentap.Banyak komplen yang tak sedap aku dengar akibat daripada kewujudan blog ini.Hidup sedikit terganggu.

Tapi aku masih tidak sanggup untuk menutup blog ini.Ini lah tempat aku untuk meluahkan apa yang ada dalam hati ini...dan bersama blog ini aku tidak sakit hati kerana blog ini bisu...Membiarkan sahaja apa yang aku buat.bila aku mencaci,blog ini membisu...bila aku menghina,dia masih bisu...bila aku meluahkan kecewanya hati ini,dia tetap bisu...Tidak seperti manusia yang perlu aku jaga hati mereka...

Sekarang aku berada di Cameron Highlands...menyewa sebuah penthouse di Villa Dahlia bersama ahli keluarga lain...bercuti sambil melarikan diri dari kesibukan hidup selama ini...Dalam kesejukan cameron,aku mengumpul kekuatan untuk terus bermain dalam "game" ini...aku perlu terus berperang selagi "game" belum "over"...

~~hati membeku~~





*teruskan "bermain" selagi "game" belum "over".....

06 December 2009

Budak-budak SPM...


esok last paper SPM tuk adik aku, Muhammad Ammar bin Mohamad...dasyat tul budak nih study..esok pagi exam,malam ni baru dia study kaw2...malam ni jugak la dia bwk buku dia tunjuk kat aku...Esok exam ekonomi..subjek yang paling aku minat time SPM dulu...xcited la jugak ak nak ajar dia..tp sayangnya tinggal beberapa jam je tuk aku curahkan ilmu yang sudah berhabuk ini...Tak aku sangka ilmu ekonomi aku cuma setakat sampai SPM...aku terlalu berharap akan meneruskan pelajaran dalam bidang ekonomi sebenarnya...sebab aku minat sgt ekonomi nih...dan sebab tuh jugak la aku dpt A1 key tuk eko..riak!!!tapi srius,eko mmg best la..rindu nak blaja eko la pulak..neway,best of luck...

*untuk semua yang ambik SPM, abes SPM bukan bermaksud dah merdeka...sebaliknya itu cuma sebuah permulaan untuk kehidupan yang lebih mencabar...


Owh,cuti ni jugak aku dapat makan durian dengan melampau2...semuanya sebab ahmad faroqi selalu bawak balik durian dari kebun ayah dia untuk aku...sedap2 pulak tu duriannya...dah la isi tebal,rasa pun sedap..sampai penin kepala aku makan durian terlampau banyak...Thanks sangat2 ahmad faroqi...kalau takde durian dari kebun ayah faroqi pun,abah aku mesti p angkut kat pasar...huhu...


ni durian faroqi bagi...banyak gilo...
huhu..



messy la...

penghujung 2009 yang agak messy..

buhsan dengan sikap budak2 yang tak puas hati dengan aku...yang tak puas ati ni budak2 maktab yang bajet bagus jela...pehal korang?ada aku pakai duit korang ke nak beli pe benda aku beli...ada aku kaco korang?ada aku ganggu tidur korang ke???haha...dah la tu...malas nak pikir...

oke lah korang,aku ada aku punya alasan sendiri untuk setiap yang aku buat key...sekurang-kurangnya aku sedar pe aku buat..aku tahu pe yang aku buat key...dan aku buat pe yang aku gase aku boleh buat...tak pulak menyibuk tepi kain orang...tah la korang...yang aku pasti,aku ada pendirian sendiri..aku ada plan sendiri untuk idup aku..korang pe tahu?tau cakap banyak and merapu tak tentu hujung pangkal je...bosan la aku dengan sikap korang...yang suka mengutuk pulak,henti2 kan lah...kalo kutuk aku,mampus korang lah...ni member kamceng ko pun ko nak kutuk?ah,bertambah la bosan...yang belagak bagus pulak,satu je nasihat aku,sebelum nak belagak dan angkuh dengan ilmu ko tu,make sure ko da guna semua ilmu tu dalam kehidupan seharian ko...baru la org bleh terima pe yang ko tegur...ni cakap tak serupa bikin.mana la orang nak ikut nasihat ko tuh(aku siap nak memberontak lagi,nasib tak buat je..haha)...

yang menasihatkan aku dengan bahasa yang bagus,cara yang betul,aku ucapkan TERIMA KASIH banyak2 kerana mengingatkan aku kembali kepada siapa aku sebenarnya,siapa aku sepatutnya...aku suka dengan cara teguran ko...aku terima nasihat ko dan cuba yang terbaik untuk diri aku sendiri...aku doakan ko akan menjadi contoh untuk mereka semua...

ada jugak member yang menambah kebosanan aku dengan men
ghantar mesej ucap maaf kerana menjadi butuh "setan"...dan walaupun dah mintak maaf,tapi depan orang lain still buat2 bengang kat aku...aish...ada jugak manusia gini?haha..macam2...

setakat ini,aku masih aku yang dulu...sedikit pun tak berubah...ini lah aku....kalau mahu berkawan dengan aku,terimalah aku seadanya...seperti mana aku menerima kamu semua seadanya walau siapa pun kamu...

pape pun,semua ni pengalaman...pengalaman tahun 2009...membuka mata aku seluas-luasnya.mengajar aku untuk lebih mengenali kawan atau lawan.mematangkan aku dengan sifat makhluk tuhan yang namanya "manusia"...ya,aku tidak mampu mengubah mereka mengikut kemahuan aku,tapi aku boleh membentuk diri aku menjadi apa yang aku mahu...kan?

semua ini pengalaman...tak kira betapa pahit pun,tetap harus ditelan..tetap perlu aku redah...kerana inilah yang namanya kehidupan...tak mudah seperti yang kita impikan...



*sebelum tutup mata setiap malam,aku cuba untuk memaafkan orang lain...supaya tidur malam aku tidak diselimuti dendam....

25 November 2009

Slamat Ari Raya...




Slamat ari raya aidil adha untuk semua...
Maaf zahir batin..
~~Mood untuk bblogging kureng~~

18 November 2009

~~~HEADER BARU~~~


Amacam?

Ada yang tergoda lagi tak dengan mata aku?
Ada yang bernafsu lagi ke dengan mata ni?
Ada lagi tak yang tengok mata aku ni terus masuk dunia fantasi?
Agak2 ada lagi tak "ulamak" yang akan menegur header blog AKU ni?!

~~hahahahahahaha~~

Kalau ada lagi, nanti aku letak mata OREN pulak okey???

~~~hahahahahahahahahahahahahahahaha~~~



*untuk yang nak tahu kenapa aku ubah header ni,baca chatbox aku...

17 November 2009

Panas...Panas...Panas...

Assalamualaikum...

Owh,entri "SETAN DUA EKOR" sebelum ini mendapat sambutan hangat.sehingga api kepanasan nya membahang dalam blog aku ni.hahaha...Lawak aku melihat mereka2 yang tidak senang duduk dengan kemunculan entri aku ini.Panas bontot barangkali.Tidak kurangnya juga ada yang menjadi "silent reader".Tidak tahulah mereka yang menjadi "silent reader" ini takut,malu ataupun seorang yang tidak punya pendirian.Hurm..itu hak peribadi masing-masing dan aku tidak punya hak untuk memaksa sesiapa yang membaca meninggalkan jejak disini.

...............

Permintaan dari seorang sahabat untuk aku meletakkan butir2 kejadian pada hari itu:
  • Tempat :tempat berair...
  • Masa :dalam pukul 12.30 tgh ari...
  • Perempuan:Tak mandi dan langsung tak basah.Menjaga barang di tepi.

Lelaki A:~mencuit kek yang hampir cair sehingga menyebabkan tertitis2 kek itu diatas meja~

Perempuan:wey A,sabar la..Japg dah potong aku bagi banyak mana ang nak eh.

Lelaki A:~berbisik kepada Lelaki B sehingga si perempuan terdengar~Bagi banyak?bagi pe?nasi lemak?

~lelaki A dan lelaki B sudah mula dirasuk syaitan durjana lalu ketawa bersama2...~

Lelaki B:hahaha...Nasi lemak rm00.*0sen...

Perempuan:~malu dan marah~ Wey,melampau la.apesal pulak cakap camtu.ingat elok ke cakap camtu.main2 soal tu...

Lelaki A:mana ada..kami cakap pasal nasi lemak Chayo..

Perempuan:Korang ingat orang bodoh sangat ke tak faham pe korang cakap.Ni pasal la korang tegur orang lain,orang tak dengar.mulut korang macam hampeh.cakap tak pakai otak.

~perempuan terus terdiam dan tidak bercakap apa2 sehingga pulang.marah dan bengang~

................

Berdasarkan situasi yang aku gambarkan diatas,kamu semua nilai sendiri...Berdakwah kah itu?

Ya,aku sedang ketawa.Ketawa ketika membaca comment2 yang muncul.Ada diantara mereka yang menyebelahi aku,dan ada juga yang mempertahankan salah sendiri.Kepada yang mempertahankan salah sendiri,aku tumpang malu bagi pihak kamu.Yang meminta maaf,meminta lah dengan kerendahan hati.dengan hati yang rendah juga aku menerima.Manusia ni,kalau melakukan salah,jangan malu untuk mengaku.Mengaku dan meminta maaf bukannya susah.Memaafkan jugak tak susah untuk aku selagi aku dapat merasakan budi bahasa dalam pertuturan kamu itu.

Yang panas bontot,kesian kamu...Aku mengganggu mood study kamu bukan?maaflah.Kalau kamu gase diri kamu sudah cukup keras,aku lebih lagi kerasnya...Kalau kamu gase kamu betul,aku pun gase aku betul pada situasi ini.Situasi dimana kamu bukan menegur.malah kamu mengejek!Mengejek itu perbuatan orang yang tiada ilmu.Bukan perbuatan orang yang mahu menegakkan hukum.Hahahaha...Cuba kamu bayangkan suatu hari nanti apabila kamu menjadi seorang guru,anak murid kamu berpakaian kurang sesuai,adakah kamu akan terus mengejek budak itu dan memalukan dia dihadapan rakan-rakannya?Kalau ya,bodoh kamu!Sial la kamu!!!hahaha...

Jangan terbiasa menggunakan kaedah "MENGEJEK" untuk berdakwah.Kamu memalukan orang2 alim lain kamu tahu?imej kamu membuatkan orang memandang serong kepada mereka yang benar2 baik.Kesian mereka.Kerana beberapa orang seperti kamu jugalah habis semua manusia alim dibenci."kerana nila DUA titik,habis susu sebelanga!"

Satu lagi,ini peringatan buat kamu..."mencegah lebih baik dari mengubati"....Kamu punya peluang mencegah,tetapi kenapa kamu memilih untuk membiarkan?mana hukum yang kamu pertahankan?
mana agama yang kamu war2kan.Apa jenis kelonggaran hukum pula yang kamu pakai sewaktu kamu punya kuasa memilih?berdiam?mengikut rakan-rakan lain?mazhab mana pula yang kamu pakai?imam mana pula yang kamu ikut?

ini buat salah seorang dari kamu:
Pakaian aku kekuliah,berbaju kurung dan bertudung di pin kan dihadapan juga telah menimbulkan isu dan bunyi2 hanyir dari mulut kamu...Mana silapnya ni?Aku tak faham la bro..perlu ke aku berpurdah selepas ini?Cantik sangat kot aku ni kan....Sampai kau tengok je boleh naik nafsu setan...Adoi...Malu la aku kalau jadi jantan jalang macam kau...Tengok perempuan pakai baju kurung pun kau boleh geram.Macam binatang pulak dah aku tengok nafsu kau ni.Melonjak-lonjak tak kira tempat.Tak malu ke wey?hahaha....kesian la jugak...aku gase kau patut khatan sekali lg kot..Tak cukup 'potong' kot dulu..Tu pasal la nafsu kau masih tak terkawal lagi nih.

*sila pertimbangkan cadangan aku untuk bersunat sekali lg ni eh..Elok untuk kau..lagi elok kalau kau potong je perabih kau punya tuh..baru kau xde masalah kot.Aku gase kau ada masalah ni,tengok perempuan pakai baju kurung n tudung di pin di depan pon kau boleh masuk dunia fantasi rekaan kau tu...hahaha....werkkk...nak termuntah aku dengan perangai kau.Perangai kau ni jugaklah buat aku bertambah jelik dan memaki kamu..Langsung memandang hina diri kamu...hahaha...


aimi n i...
~~d desa waterpark~~

  • Kamu,pernah tak tengok cerita "sama tapi tak serupa"?lakonan Fasha Sandha....Tengoklah.Mungkin itu membawa kamu kedunia realiti...
  • Aku memang manusia biadap pada mereka yang biadap dengan aku...x kuasa aku nak bercakap baik-baik dengan kamu-kamu yang punya mulut bau bangkai tikus...eiii...
  • Kau bagi aku taik,aku bagi kau taik jugak...hambik!!!
Wassalam....

15 November 2009

SETAN DUA EKOR

Salam...

Korang semua pernah tak jumpa manusia yang punya pengetahuan agama tapi masih buat perangai setan???perangai setan yang aku maksudkan memanglah terlalu setan.Ya,aku sedang beremosi pada waktu ini...Emosi aku terganggu kerana sikap dua "setan" yang amatlah setan...Kamu,pernah tak jumpa lelaki jenis bijak agama,sering menegur tentang hukum agama tetapi mempermainkan tentang tubuh badan perempuan?ya,mereka nampak,rezeki mereka...tapi bukankah selaku seorang yang sedar tentang hukum agama perlu tahu apa yang sepatutnya mereka buat?kalau tidak silap aku menundukkan pandangan adalah yang terbaik..Kalau tidak pun,tahukan kamu tentang menjaga aib orang lain?hahaha..tak tahu?bodoh jugak kamu...Aku mampu membalas dendam,mampu memalukan kamu kembali...tapi bukan cara aku..Kerana daif2 aku pun masih tahu menjaga aib orang lain.masih tahu menjaga maruah kamu...Setan kamu!!!henti2kan lah perangai kamu...aku ini jenis manusia yang menerima segala sikap orang lain adasama baik mahupun buruk...Aku tidak mudah menilai segala keburukan kamu yang aku dengar dari mulut lain.Tapi apabila kamu sendiri mencari pasal dengan aku,depan mata aku,SIAL la kamu..aku bukan perempuan yang terlalu kuat sabarnya...kalau perempuan lain kamu permainkan seperti aku,mereka mungkin mampu tersenyum...Tapi bukan aku...Kamu sudah aku tetapkan sebagai JALANG..setan yang jalang....Selama ini aku bersabar dengan kamu...tapi tidak kali ini ya setan...
~AKU SUDAH HILANG SABAR HARI INI....~

*eh kamu,seluar yang kamu pakai sewaktu bermain air itu menampakkan a*u kamu...werkkk...bodoh betul...memalukan...tutup la sikit...

*seorang insan bukan sahaja bertanggungjawab menjaga hubungan dengan Allah...Tetapi juga bertanggungjawab menjaga hubungan sesama makhluk...itu baru seorang insan sebenar.....

*maaf...kamu menguji kesabaran aku ya wahai setan...

*Tolong lah...Kerana sikap kamu yang seperti setan itu,aku telah mengeluarkan entri setan ini..

13 November 2009

Masshitah adalah Robot?


Sejak pagi tadi aku jadi macam transformers@robot...Camne nak jadi manusia biasa balik nih?Penat woo jadik robot ni.Tahu kenapa aku cakap penat?oke,look...Bila aku mahu tolehkan kepala ke kiri@kanan,aku perlu bawa bersama bahu sekali kearah itu.kalau ada orang dibelakang panggil aku,aku perlu pusing satu badan untuk melihat siapakah yang memanggil itu.hurm...Kalau nak baring,ak kena keraskan badan dan rapatkan bahu dengan leher..Baru tak sakit.Sekarang aku makan ubat namanya VOREN untuk kembali menjadi manusia biasa.Gel untuk disapu dan ubat makan.Sakit tau.

Untuk korang semua,hargailah kepala dan leher anda.Bangun pagi tuh elok-elok gerak.Jangan main pusing je kepala macam aku.Akibat terlalu kasar pada kepala sendiri,leher aku mengeluarkan bunyi "prapp" pagi tadi.Tak tahu lah ada urat terbelit atau pe.Yang pasti sampai sekarang aku jadik "masshitah teleng"...hahaha...Kata mama,kalau nak elok balik kena sengetkan kepala sampai keluar bunyi yang sama balik.Bagi terletak semula semuanya pada kedudukan dulu.Camne nak buat?aku tak berani.Sakit...

Neway,terima kasih untuk kawan2 yang berusaha membantu aku memperbetulkan leher aku nih walaupun sampai sekarang tak betul lagi....thanks to aina,odi,my luvely rumate-fazila dan aenszan sebab tolong urutkan...jugak thanks to farhana n nabila yang tolong belikan ubat voren tuh...x lupa jugak untuk ahmad faroqi yang memberikan nasihat...Untuk kakak2 blok,Gelakkan aku eh?siap korang aku baik nanti...

*dalam kesusahan,teringat kisah-kisah dulu..ah,aku perlu lawan semua itu...

12 November 2009

Kedai mana yang ada jual Telinga?


Pagi tadi exam paper calculus.Lega sikit hati ni dah selesai menjawab calculus yang bagi aku merupakan salah satu "ujian dunia" yang agak susah...Susah wooo....nak dapat A tu harapan tinggi sangat lah orang kata...sekadar lulus sudah la kan.Tu pun aku dah syukur besar kalau lulus..

Seperti biasa habis je exam aku meneruskan aktiviti aku menerjah blog2 yang selalu aku singgah...antara blog yang paling kerap aku singgah adalah blog kak lizz...rajin dia mengupdate...dan aku memang suka baca kisah2 yang dia publishkan...

Owh,main point sebenarnya,dia pya entri baru yang bertajuk "Habis madu,sepah dibuang" memang tepat pe yang kak lizz cakap...Susah nak jumpa sumone yang akan pinjamkan 100% telinganya untuk mendengar kita...Nak tahu lebih?silakan pergi tengok sendiri apa yang kak lizz luahkan...GO!!! http://www.lizarazak.com

*tq sis bg izin link..


11 November 2009

Rindu Terhenti


Rinduku terhenti

Ku pinggirkan sayu
Yang merundum kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu
Ku pinggirkan lara
Yang bertaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia
Padam nyala,patah tumbuh
Hilangkan berganti
Cinta tiba cinta pergi
Biar diasal ku nanti
......
......


Dengar radio dalam kereta putarkan lagu nih...x tahu tajuk pe...Tapi lirik macam best dan suara pun sedap...Balik bilik terus tanya kngkwn...Dan aku bertuah sebab Cik Dodi ada lagu ni...x payah download dah..

Baru berpeluang tuk dengar lagu "Rindu Terhenti"-Tomok...

Ternyata Tomok memang makin power...B4 ni x pernah teringin nak dengar lagu Tomok pun coz ingt sama je macam "Sejarah Mungkin Berulang" dulu...Ala2 sengau sket...sorry...Tapi yang nih memang sedap...Tak percaya?Try la dengar...

*xde lagu nih?download la...melambak...


~Layannnnn~

10 November 2009

Ever Onward


Aku ingat hidup ni mudah.
Rupanya tak semudah yang aku sangka.
Semakin hari aku melalui hidup ini,semakin sukar aku rasa.
Jujurnya,aku sudah penat dan hampir mengaku kalah.
Penat sudah mahu berjuang untuk mendapatk
an sesuatu...
Patut ke aku mengalah?
Membiarkan sesuatu yang aku mahu berlalu pergi depan mata ini?

Meneruskan hidup tanpa perlu mengejar apa-apa lagi...


- sungguh aku rindu kenangan 10tahun dulu -


- ever onward -

aku mahu kembali ke situ.
walaupun aku sendiri.
kerana disitu lah bermula segalanya...
jatuh,bangun...
tawa,duka...
tempat aku mengenal dunia.


08 November 2009

Saat Nafas Terhenti...

Ya Allah...
Kau benar2 mahu menguji hambaMu ini...
Aku terlalu lemah!

  • Aku akan terus berdiam diri selagi engkau masih tidak mahu membuka mulut.Diam dan terus mendiamkan diri.Sehingga diam aku ini menyedarkan kamu bahawa kamu hilang aku.Mungkin itu yang terbaik...Halalkan segalanya yang kamu berikan kepada aku.Maafkan segala dosa aku kepada kamu.Doakan aku berjaya menjawab exam dengan tenang.Doakan aku berjaya menempuhi segalanya dengan lapang.

*Semua,tolong doakan aku.Kali ini aku benar2 MERAYU doa kalian.Tidak banyak aku minta,cuma doakan agar aku mendapat ketenangan...
*Terlalu pahit untuk ditelan....terlalu manis untuk diluah...