- terlalu lambat untuk aku ucapkan selamat hari raya untuk semua...
- tapi aku masih mahu mengucapkannya....
- SELAMAT HARI RAYA.....maaf zahir dan batin.....
27 September 2009
Selamat Hari Raya
18 September 2009
Hadiah Untuk Kamu
Maaf,
aku tidak layak membalas dendam..
jauh sekali menghukum...
kerana aku bukan sesiapa....
Cuma satu kamu perlu tahu,
aku akan kembali menjadi diri aku...
diri di zaman gelap ku...
bersama teman-teman aku yang kamu benci...
Kerana hanya itulah yang aku mampu..
16 September 2009
ROCK n LOVE...
malam nih,xde maknanya perkataan kat baju aku nih...
ROCK n LOVE???wtf?!!
aku x ROCK pn...rock pe jadahnya kalo meleleh gak air mata nih...
Lama dah aku tahan,pecah jugak malam nih...
Banyak sangat berita yang tak best aku dengar,benda tak best yang jadi...
jadik,aku buat keputusan untuk smpan je rock nih dalam poket...
leleh jela dah nak leleh sangat air mata oi...
*disebabkan aku tak ROCK malam nih,aku nak pakai baju ni buat tido..biar kena air liur basi..argh...lantak lah...
15 September 2009
~emo~
1) Korang marah tak kalau member korang selalu appear offline kat korang tapi akan online tiba-tiba bila nak mintak pape(pertolongan @ maklumat) dari korang?
Aku: wey minah,aku tau kau offline kat aku...kau kena ingat idup ni adil...kau akan dapat balasan nanti...kalau aku ditempat kau,aku malu la nak online kat orang yang selama ni aku appear offline bila aku memerlukan orang tu pulak..kau memang tak tahu malu!
2) Korang rasa pe bila kawan yang korang percaya selalu tipu korang?
Aku:HAHAHA.....aku tahu kau kelentong aku.Aku tak bo*oh..aku sengaja buat-buat x tahu sebab nak jaga aib kau!~nikmat yang kau dapat bukan milik kau.kita cuma peminjam..Dia berhak menariknya bila-bila masa sahaja~
3) Korang meluat tak kalau ada antara kawan-kawan korang yang takde la baik mana pun tapi BAJET bagus?
Aku:meluat sgt beb...gase nak muntah atas muka orang tu...bencinya aku...sabar jela..(tapi aku sangat hormat pada manusia yang memang baik)
4) Apa pendapat korang pada manusia yang selalu menegaskan untuk mengikut peraturan apabila orang lain membuat salah tetapi melonggarkan peraturan tersebut apabila diri sendiri membuat salah?
Aku:bosan dengan manusia sebegini.kau ingat ini dunia bapak kau ke??go to hell...
*pada semua pembaca,silalah tinggalkan pendapat anda..Aku sangat menghargainya..
13 September 2009
Kisah Lailatur Qadar....
Bila bulan Ramadhan, aku akan teringat ustazah sekolah aku dulu.Dia ada cerita tentang malam lailatur qadar..Lailatul Qadar ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Dia menahan mata yang mengantuk dengan bersungguh-sungguh dengan harapan impian beliau akan menjadi kenyataan.Nak dijadikan cerita,pada tahun itu,beliau ternampak pokok-pokok bersujud menghadap kiblat.Lelaki itu terlalu taksub dan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sehinggakan dia terpegun.Dia terfikir mahu meminta rumah besar,kereta besar,wang besar dan banyak lagi lah.Tapi malang nasibnya apabila dia tersasul dan menyebut "Ya Allah,kurniakanlah aku kepala besar".Dengan izin Allah,kepala Abu bertukar menjadi besar sehingga terkeluar daripada tingkap usangnya dan tidak boleh masuk kembali ke dalam rumah.
Keadaan menjadi panik dan Abu terus berdoa untuk meminta Allah mengembalikan semula saiz kepalanya yang asal.Setelah doa Abu diperkenankan, kepala Abu kembali seperti asal.Abu masih berhajat untuk meminta apa yang telah dirancangnya,namun malang nasib Abu apabila dia melihat pokok-pokok sudah kembali seperti sedia kala menandakan malam Lailatur Qadar sudahpun berakhir.
*bila dah besar-besar ni baru aku faham apa maksud cerita ustazah aku ni..niat perlu ikhlas..Abu ni nak cepat kaya sampai niat menanti malam Lailatur Qadar x ikhlas...Balasannya,habuk pun x dapat..Kira nasib baik dah dia dapat balik kepala dia..kalau tidak,mau kena pecah tingkap nak bawak masuk kepala dia balik kan?
10 September 2009
~ 21st ~
21st already...
gase macam masih kanak-kanak riang...sigh...
thanks 2 my dear yang bt sprise smlm...boleh pulak dtg tgh2 mlm...huhu...tq so much wak...
really luv dat flower.
ni la bunga y aku dapat semalam...
"bunga-bunga cinta" - cess..jiwang lak...
+ wangi jugak upanya..
~ cair beb ~
09 September 2009
TI-84 Plus
07 September 2009
Demam Malas...
Kemalasan melanda diri aku...
Bukan aku yang malas...
Tapi malas yang datang pada aku...
Aku tak mau malas-malas.
Sebab bila aku malas,aku akan jadi pemalas...
Akhirnya,aku tidak lakukan sebarang kerja.
Kerana aku diselubungi kemalasan yang malas untuk aku tafsirkan....
- Dalam kemalasan ni,aku sempat terfikir,macam mana aku boleh jadi BuLat sebulat hari ini...hahaha....
- Tak banyak yang aku harapkan,aku cuma berharap agar aku dapat kembali ke bentuk asal aku yang KURANG sedikit bulatnya....

- Boleh ke hah???
04 September 2009
Terpaksa Memaksa...
- Aku memang susah nak percaya sesuatu...
- Kalau kamu ceritakan pada aku tentang sesuatu perkara 100kali pun,aku belum tentu akan percaya...
- Selagi aku tidak melihat menggunakan mata aku sendiri..
*ah,cuti dah nak abes...malas pula mahu balik ke maktab....tolong2...
02 September 2009
Erk....Lembut?
Ya,memang aku seorang perempuan tapi aku bukan perempuan kamu..
Jadi mengapa perlu aku berlemah lembut terhadap kamu???
Maaf,kelembutan aku ini buat seorang yang hubungannya halal dengan aku suatu hari nanti juga buat orang tua yang aku hormati dan istimewa buat 'dia' yang selalu ada buat aku...
Dengan kamu?
Aku tidak nampak dimana perlunya aku berlembut dengan kamu.
Ya,kalau kamu pelik mengapa perempuan lain mampu berlembut dengan kamu,silakan...
Silakan pergi..
Aku tidak pernah menjemput kamu kedalam dunia aku..
Pergi lah kamu kepada perempuan lembut yang kamu suka itu.
Aku tidak rugi satu sen pun.
Dan kepada kamu,
sila bercakap menggunakan bahasa yang sopan jika mahu kamu dihormati aku...
maaf ya...dalam kamus hidup aku,kamu tidak layak langsung dihormati aku...
Kamu,
Dengar ini;
jangan berlagak bijak menilai aku sedangkan kamu tidak kenal siapa aku.
Aku tidak perlukan penilaian karat kamu itu!

TAHNIAH!!!
Melihat blog seorang senior dalam kebosanan ber'PBS'...Post amat ringkas tentang 'merokok membahayakan kesihatan'...Terus aku teringat pada abah yang sudah beberapa hari tidak merokok..Ya Allah..macam mana aku boleh tak perasan ni?Cepat-cepat aku mencari handphone dlm beg dan terus hantar sms kepada abah untuk mengucapkan tahniah kerana tidak merokok dan melahirkan perasaan bangga aku dengan perubahan itu...huhu....
Post ini aku tujukan buat "abah@MOHAMAD BIN YAACOB"
- Tahniah kerana berjaya tidak merokok selama 11 hari....
- Semuanya atas diri sendiri....
- Kami amat berbangga...
- Keep it on...

*untuk pengetahuan semua,sejak abah aku masuk hospital dan doktor cakap hati beliau bengkak,abah aku tidak merokok sehingga hari ini....Dan aku amat berharap agar abah aku akan terus berhenti merokok buat selama-lamanya...Doakan yea....
2nd Day SBE
Masa : 7.30 am - 1.15 pm
Hari ni dah hari kedua SBE@PBS aku....Untuk semester ini,aku perlu melengkapkan task English...Tapi agak sukar untuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan mungkin kerana sukar untuk aku berkomunikasi di sekolah ni..Mungkin juga disebabkan kebanyakan guru-guru disini terdiri daripada guru-guru yang mengajar aku zaman sekolah rendah dahulu.Jadi susah untuk aku membuat permintaan kerana rasa hormat dan segan yang sangat mendalam.Silap aku jugak sebab pilih sekolah ni untuk SBE aku kali ni..Pape pun,tugasan yang diberikan tetap perlu aku siapkan...Tebalkan muka jela..Adoi....
30 August 2009
Karutan Yang Mengarut...
aku sedar itu....
Kesimpulannya???
Kesimpulannya disini,"FAMILY FIRST!!"
Ah!Aku cuma mengarut...
Akal aku terlalu gemar memikirkan sesuatu yang tidak orang lain fikir..
Tak Tercapai Akal.....
S*t*n semua ini!!
27 August 2009
"show your LOVE"
Tag RAMADHAN......
ADA 4 SOALAN

-DONE
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..
-ALRITE.....
3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...
-INSYAALLAH.....
4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..
-INSYAALLAH...Try my best...
*Soklan yang sempoi tapi ada makna yang tersirat...lebih2 lagi kita yang Islam dan ngaku Islam banyak yg tak menjalani kehidupan yg berlandaskan syariat Islam...
Thanks for giving this TAG..(",)
PENYAMBUNG TAGGED INI IALAH :::
- Amalina -
- ecah -
- nad -
- SUsuHANA -
- farhana -
- aku -
- aku x tau sapa lagi dah -
- (kamu semua umat islam,sambutlah tagged ini) -
* I'm DONE!!!
25 August 2009
Susu KAMBING..
Semoga sihat cepat..
Orang doakan abah...
- Aku mahu abah sihat cepat...Abah, terus terang kami sangat-sangat memerlukan abah....
- Ramai sangat orang datang melawat abah..Dalam ramai-ramai tu,ada yang petua suruh bagi minum susu kambing asli.Aku pun mulakan gerakan mencari susu kambing tanpa berlengah...Ada yang cakap suruh aku cari dalam kawasan perkampungan India di Ladang Soon Lee....Aku ngan akak aku terus masuk kawasan tu tanpa pikir pape lagi dah...Masuk je ke kawasan tu, aku rasa macam masuk dalam satu dunia lain...Yela,selama ni,aku cuma membesar dalam kawasan Balai Polis yang bertemankan kaum kerabat polis...Tapi hari ini,suasana amat berbeza.Anjing di merata-rata.Aku mencari dan terus mencari rumah si penjual susu.Akhirnya kami jumpa rumah itu dengan bantuan "kompas masyarakat". Yang lawaknya,time aku bercakap dengan si penjual susu tu, anjing-anjing yang berkeliaran bertindak seperti wartawan dan datang mengerumuni aku seolah-olah mahu kumpul berita hangat.Yeap,aku sangat cuak..Tapi aku berlagak tenang sebab mahu menjaga hati kaum India di situ...Settle je urusan,aku terus menuju ke pintu kereta,masuk dan tutup...Arghhh...LEGA!!!.....
- India susu tu tak dapat pergi kandang sebab hari hujan...After 2, my dear bagitau yang ada kandang Kambing ondaway ke Kuala Kurau...Aku ngan akak terus menuju ke situ...
- Alhamdulillah...memang ada kandang kambing...dan aku mendapat susu kambing asli yang agak bersih pada pandangan mata kasar.
- Aku betul-betul lega...menuju ke hospital dengan hati gembira..Semoga boleh membantu abah....
21 August 2009
PonTenG,,,
Tapi kisahnya kat sini yang aku nak cerita adalah kisah kekecewaan aku pada seorang lect aku ni...Sebelum ni aku memang sangat-sangat mengagumi lec ak ni..bagi aku beliau seorang yang amat bijak mengawal emosi,pandai mengawal kemarahan dan bijak 'tackle' student.Tapi semalam,aku sedikit kecewa...Hari ini ada kelas beliau dan mengikut plannya, kami akan berbincang mengenai tugasan untuk SBE@PBS(pengalaman berasaskan sekolah) nanti.Tapi setelah aku membuat keputusan untuk cabut awal, aku pun meminta belas kasihan beliau untuk membenarkan aku 'ponteng' arini...Aku siap offer nak pergi jumpa beliau petang semalam untuk bincang pape yang patut.Tapi aku tak sangka beliau tidak dapat bertolak ansur dengan aku dan seolah-olah tidak membenarkan aku untuk tidak hadir ke kelas beliau hari ini...Hurm...Banyak jugak la aku berbalas mesej dengan beliau untuk meminta belas kasihan beliau...Tapi kecewa jugak la aku..Last skali aku senyap dan berhibernate....tak tahu apa nak buat....
I'm sorry ma'am..Da things happen out of my plan...Aku tetap angkat kaki balik...Dalam hati aku ada sedikit kekecewaan yang masih berbaki terhadap beliau...Aku cuba berterus terang dan berharap kejujuran aku ni dihargai...Tapi hampes kot...
Korang semua mesti pikir buatpe la aku pergi bagitau yang aku nak ponteng kan..Balik jela...Aku sebenarnya mahu menjaga hati beliau kerana bagi aku, aku patut respect beliau sebagai seorang lect..Aku x mahu mengecewakan beliau.Aku tak mahu beliau fikir aku memandang ringan Subjek beliau..Aku jugak tak mahu satu hari nanti student aku bertindak membelakangkan aku....Tambahan pulak ada sejarah hitam antara rakan sekelas aku dengan beliau...Aku cuma tidak mahu beliau berfikiran negatif terhadap kelas aku lagi...Tapi dah jadi camni, aku pun x tau la pasni aku nak menghadap beliau camne..
*Sorry la ma'am....Sy x sangka ma'am x dpt memahami masalah ini....
*Takdir memang begini..Time aku stay kat maktab x pulak ada kls...time aku ada prob,berlambak pulak kls...adoi................
20 August 2009
Sibuk Semak Sesak...
Minggu yang terlalu sibuk, semak dan sesak...
Sangat-sangat penat...minggu nak balik cuti pun kena siapkan micro teaching dan macam2 lagi...
Wreles maktab lak down....
Dah selesai aku daftar broadband celcom, elok pulak dah wireles...macam-macam...
penat sangat....
aku sangat penat...
penatnya aku....
aku kepenatan....
kepenatan nya aku...
??????...........
11 August 2009
Can Mali Can...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung
Assalamualaikum salam sejahtera,
Kami ucapkan kepada semua,
Terimalah semua persembahan kami,
Daripada kami yang cantik berseri....
Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung
Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung
Dalam kelas ini, kami sungguh happy,
Ada cikgu Ramlah yang sungguh berseri,
Kelas SDP banyak ajar kami,
Agar kami jadi,guru yang berkualiti....
Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung
Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung
Sekian sahaja persembahan kami,
Di lain masa kita berjumpa lagi,
Janganlah risau kalau mimpi kami,
Kami sememangnya yang TAMPAN dan BERSERI...
Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung
Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung
Ooo...Ooo...Ooo...
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung
-koboi2 Can Mali Can bersama Puan Ramlah SDP...
- ni la lagu rakyat Can Mali Can yang dah kitaorang ubah suai untuk persembahan nyanyian+alat muzik+pergerakan untuk kelas Seni Dalam Pendidikan(SDP) hari ni....
- Lecturer kitaorang happy abes....
- Tahniah kepada semua budak PISMP IPGM4.05 kerana berjaya membuat persembahan yang hebat-hebat belaka...
- Siapa cakap budak maths x berseni kan?nombor-nombor jugak...seni mesti ada....
oHH elaun....
aku jugak sempat menghabiskan sisa-sisa elaun lepas dengan membeli ini:
ROCK AND LOVE(rock la sgt)....
*tolong nasihatkan aku sikit!
*sekarang ni aku sedang berfikir bagaimana mahu mendidik anak murid aku nanti agar tidak membazir...(mcm ketam ajar anak berjalan la jadinya kan???)
10 August 2009
2 mY beLoveD sis......
My beloved sis;
Kita memang sudah dewasa...
Tapi kita TIDAK LAYAK lupakan mereka....
Mereka yang membesarkan kita....
Mereka yang menjadikan kita seperti hari ini....
Mereka yang menjaga kita sehingga dewasa begini....
Kamu tahu apa yang mereka mahu???
mereka cuma mahu mendegar suara kita...
mereka cuma mahu tahu selamat mana kita di sini....
mereka cuma mahu tahu di mana kita berada...
Sedikit pun tiada dalam hati mereka untuk hidup atas kesenangan kita...
sedikit pun tiada antara mereka yang mendoakan kita sengsara walau sezalim mana pun kita kepada mereka....
sbg seorang manusia:
- Ingat pesan aku, air mata mak abah terlalu berharga untuk kita biarkan mengalir...
- Sekalipun kita tidak mampu membantu dengan wang ringgit,bantulah dengan TIDAK menyusahkan mereka..
*korang sume dah tanya khabar mak ayah korang???aku sudah...kamu bila lagi????
08 August 2009
Sabtu yang BEST!!!
- terjaga pagi....
- cepat-cepat tutupkan mata balik supaya x hilang mood tidur...
7.00 pm~~~
*cepat2 sihat tau....
*kte 2gether2 mcm biasa....
06 August 2009
can u help me???
kamu??mahu jadi seperti itu juga?
hurm...aku tidak tahu perlu cakap apa kepada kamu kalau kamu juga ingin menjadi seperti itu...kerana aku tidak layak menasihati kamu..pertimbangan akal aku mengatakan kamu punya ilmu akhirat lebih dari aku..mungkin...aku terlalu daif untuk bercakap hal-hal itu....
Biarlah kamu membuat pertimbangan akal kamu sendiri...
Dan biarkan aku terus bermain dengan jiwa aku sendiri...kerana aku bukan kamu...dan aku tidak mahu menjadi seperti kamu...
Cuma aku minta kamu tolong aku satu boleh????
Tolong sangat-sangat....
Tolong,

*sikap mcm budak-budak...
*kamu pikir aku akan melayan kamu???
*pergi seratus org kebudak-budakkan seperti kamu aku tidak rugi satu sen pun!!
*once again,plz help me...GO TO HELL!!
Homesick....
kenapa yeap??
Bukan baru aku tinggal jauh dengan keluarga.Dah lama dah..Tapi gase nak sangat balik kampung.Kakak-kakak aku ada kerja pulak dah...(busy aje korg 2)
Eiii...Tak best betol.
Homesick ni jugak buat aku malas mahu ke mana-mana..
malas mahu belajar,
malas mahu ke kelas,
malas mahu mandi,
malas segala-galanya lah..
Rindu mak abah lak...sesungguh ni!!
maybe sebab dah lama aku tak balik lepak rumah kot..hurm...
03 August 2009
untuk kamu....
Kerana aku sakit melihat senyum kamu...
Aku pedih mendengar ketawa kamu...
Aku perit melihat kamu berjalan seiring dengan ku....
Kamu perlu tahu apa yang aku mahu.....
Aku cuma mahu senyuman kamu dulu...
Aku rindu untuk mendengar ketawa kamu yang dulu...
Aku ingin untuk melihat kamu berjalan seiring dengan ku seperti dulu...
Kamu,
cepat-cepatlah kembali seperti dulu...
Aku mahukan kamu sihat seperti dulu...
aku mahukan kamu!!!
Cuma satu yang perlu kamu ingat,
sampai bila-bila pun aku tetap mahukan kamu....
kerana kamu adalah separuh dari hidup aku...
tidak dapat aku bayangkan hidup yang separuh itu tanpa kamu....
"u r my arc reactor...."

awak,
*tlg yea...sihat la cepat2....sy syg awak!
01 August 2009
Sedapnya Milo....
Aku suka milo tapi aku tak pernah tengok buah koko...Rabu lepas,buat pertama kalinya aku melihat dengan real buah KOKO...nak kata terlalu taksub tu tidak la jugak..tapi aku agak gembira kerana aku bertuah dapat tengok buah koko ni....Ayah Aji,ayah angkat aku di Janda Baik,Pahang(bwh program Bina Insan Guru siri4) yang kenalkan buah ni pada aku...Kebetulan atas tanah kebun seluas 4ekar miliknya ada buah ni...dan yang paling best,dia bagi aku buah ni sebijik...katanya,petik yang kuning tu..balik tunjuk kat orang Bagan Serai...huhu...mulanya aku malu jugak nak petik...tapi dah dua tiga kali disuruh,laju je tangan aku petik..katanya buah ni sedap....
tapi sampai sekarang aku tak rasa lagi...
sayang pulak nak makan...
teringin....
tapi sayang nak makan......
............
31 July 2009
Aku SAYANG sahabat aku....
Aku pula?aku sukar untuk memulakan persahabatan kot...tapi sekali aku sudah bersahabat,susah untuk aku melupakan sahabat aku...inilah aku....mungkin bagi kamu mudah untuk kamu meninggalkan sahabat yang kamu rasakan tidak sesuai buat kamu..tapi bagi aku,sangat susah...tambahan sahabat yang bersama aku dalam suka duka....
Pernah sekali di zaman sekolah dulu aku berselisih faham dengan seorang sahabat aku.masing-masing mempertahankan ego sendiri...Sungguh aku katakan,aku tidak mampu hidup dengan tenang dalam masa 'kedinginan' itu...segala-galanya jadi tidak sempurna....Aku akan mencari dari akar umbi dimana silapnya semua itu...dan sudah menjadi tabiat aku bila berselisih faham dengan sesiapa pun,aku akan mengadu pada mak,meminta pandangan daripada abah....dan abah akan selalu cakap:-"kadang-kadang bila kita bergaduh dengan orang,jangan asyik nampak salahnya dia...lihat juga diri kita...bila terlalu kerap bergaduh dengan ramai orang,jelas silapnya pada diri kita...jangan dituding jari pada orang lain...lihat juga siapa kita..."
Kata-kata itulah yang aku pegang sampai sekarang...Sehinggalah kini aku menjadi seorang yang malas mahu ambil port benda-benda kecil begini...lebih banyak bermain dengan perasaan sendiri...lebih banyak menelan dari meluah mungkin(meluah pada yang aku percaya)...ya,bagi aku bila berkawan kita tidak perlu ambil pusing terlalu banyak perkara...kadang-kadang kita cuma perlu membiarkan angin lalu membawa segala 'kedinginan' itu....kerana itu jugalah aku mampu bertahan banyak perkara sehingga kini...kamu nampak itu???
Aku tidak tahu mana silapnya kadang-kadang "kebetulan" datang selepas terjadinya sesuatu perkara yang menambahkan lagi kerumitan....bagi aku,semua itu dugaan...dugaan untuk menguji sejauh mana kita sayangkan sahabat kita...kalau sayang kita senipis kulit bawang,sudah tentulah sekelip mata mudah untuk kita meluahkan kata-kata mengikut perasaan....Tapi kalau sayang kita kepada sahabat itu mendalam,tentu kita akan menelan semua itu...
Dalam memilih seorang sahabat,tidak banyak yang aku nilaikan...aku berkawan dengan sesiapa sahaja...tidak kira yang bertudung labuh,bertudung pendek,bertudungkan selendang atau tidak bertudung sekalipun...aku tidak memandang semua itu...apatah lagi memandang harta keturunan mereka...bukan sahaja tidak memandang,malahan aku tidak mahu mengambil tahu sekalipun tentang latar belakang mereka...biarlah siapa sahaja mereka itu...yang penting aku sayangkan mereka kerana mereka itu sahabat aku...bukan kerana mereka mampu membawa aku lebih tinggi dari apa yang aku mampu....Kerana bagi aku,sahabat hanyalah peneman.bukan kabel aku...segala yang aku mahu akan aku capai sendiri dengan keizinan PENCIPTA ku..
Kamu SAYANG sahabat kamu???Aku AMAT sayangkan sahabat aku....
Kalau kamu juga seperti aku,tentu kamu tahu bagaimana mahu menyayangi mereka..
Trip to Lumut n Pangkor....
30 July 2009
Menghargai....
Jika kamu memancing ikan…
setelah ikan itu terlekat di mata kail…
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja…
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu…
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu…
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada…
jangan terlalu mengharap pada takungannya…
dan janganlah menganggap ia begitu teguh…
cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak…
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…
akhirnya ia dibuang…
sedangkan jika kamu cuba membaikinya…
mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya…
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…
anggaplah dia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan kesilapan…
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya…
Sedangkan jika kamu memaafkannya…
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu…
Mengenyangkan. Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain…
Terlalu ingin mengejar kelazatan…
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya…
Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu…
Menyayangimu. Mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain…
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…
*x tahu dari mana sumbernya asalnya....seorang manusia yang amat aku sayang bagi ni pada aku...amat bermakna..waktu aku hampir terbabas dari landasan yang aku sendiri tetapkan,bait-bait perkataan kat atas mengembalikan aku ke landasan sebenar....thanxxx....
22 July 2009
Tagged dari odies...
dahi n pipi kot....
yeap....dulu2...
all my friends...
adik tgh trial UPSR...
ahmad faroqi...
~lalala~
single and AVAILABLE.bila mahu berpunya?x yah geli2..sudah masanya...haha





