31 August 2010

PERHATIAN!

Nak comment?
Panjang lebar?
boleh....silakan...dialu2kan...

Tapi,,,
Jangan jadi pengecut...
Hal ini serius...
Sebarang kata2 akan menjadi bukti...
Sila letak nama,google ID...
Bertanggungjawab atas sebarang percakapan...

Kes ini sudah menjadi berat.
Ada pihak bijak memanipulasi keadaan.
Teruskan mendengar,bercakap dan menyebarkan tentang apa yang kamu tidak pasti...

.....

Untuk Si Talam bermuka2,,,
Malam ini mungkin malam kamu...
Senyumlah dengan kejayaan mempertembungkan sahabat sendiri...
Tapi ingat,janji Allah tetap terpatri...
Kalau bukan di sini, di sana nanti...

30 August 2010

Ramadhan 20....

20 Ramadhan 1431...

Ramadhan ini,Ramadhan paling istimewa untuk aku....

Sungguh panjang kisahnya...
sungguh dalam lukanya...
sungguh tinggi syukurnya...

Ramadhan ini mengenalkan aku kepada kawan dan lawan....
Ramadhan ini memberikan aku peringatan...
Ramadhan ini meleraikan segala ikatan....

Ramadhan ini meyakinkan aku dia bukan kawan...
Bukan begitu kisahnya seorang kawan...
Bukan begitu sepatutnya kawan untuk aku...

Kisah 4tahun ini dia bakar dengan 27minit yang aku pasti dia sendiri kabur...
Adilkah untuk aku?

28 August 2010

Kalau ini yang tertulis untuk seorang Masshitah


yang dinamakan hidup seorang Masshitah,

tak pernah sekali pun merasa pedih sepedih ini...

yang dinamakan permainan kehidupan Masshitah,
tidak pernah sekali pun rasa sesakit ini...

yang dinamakan sahabat Masshitah,
tidak pernah seorang pun tewas dengan kata2 fitnah seperti ini...


Ya Allah...
Aku hambamu yang lemah...
Kurniakanlah aku kekuatan seperti Mashitah(penyisir rambut puteri firaun),
Pertahankan maruah walau sepedih manapun laluannya...
Perkukuhkan iman walau sekejam mana pun dugaan keatasnya...
Perkuatkan hati walau setiap jasanya tidak pernah dikenang...


kerana aku seorang Masshitah,
aku perlu tabah menerima setiap yang sudah tertulis di Loh Mahfuz sana...

kerana aku seorang Masshitah,
aku perlu kuat menelan segala sakit luka...

kerana aku seorang Masshitah,
aku perlu mempertahankan maruah aku walau seperit manapun kisahnya...

kerana aku seorang Masshitah,
aku perlu senyum menghadam kesemuanya...

kerana aku seorang Masshitah...
aku perlu kuat!



*dugaan ini belum selesai...masih panjang mungkin kisahnya...tapi aku sudah mula melihat hikmah disebalik semuanya....Terima kasih Allah...

18 August 2010

...

...
dia janji nk baek sampai bila2...

dia janji nk begitu sampai bila2...

tapi....

28 July 2010

;(

...
...
...


kalau lah berkahwin itu sama seperti bercinta,

indahnya cuma diawal kisah saja,,,

...

aku memilih untuk TIDAK...

27 July 2010

trouble is my friend!


it will happen again...

maybe...


really hate dis!




~berharap aku sedang bermimpi~
aku sayang "dunia baru" aku ini,terlalu sayang....

once again....

masshitah...masshitah...masshitah...

masih seperti dahulu...
mahu tapi tidak mengaku...
mahu tapi tetap menggeleng...
mahu tapi masih menolak...


kalau mahu mengaku...
kalau mahu angguk sahaja...
kalau mahu terima...


......


sudah 22tahun...
masih begini...
sampai bila mahu begitu?

damn!!!

26 July 2010

not my day!


aku benci berebut sesuatu...


aku benci berkongsi!




fuck off!


finally,,
masshitah marah...
dalam hati~~~

22 July 2010

surat untuk Encik Doraemon.......

Encik Doraemon:

Tolong pinjamkan aku satu benda ajaib boleh?
Aku mahu satu sahaja...

Aku mahu benda yang boleh buat aku melihat hati org lain...
Aku mahu lihat sejauh mana ikhlasnya setiap butir kata manusia sekeliling aku...
Aku mahu lihat suci mana hati mereka,tinggi mana ikhlas mereka terhadap aku!

Supaya aku boleh persediakan diri aku untuk hari esok...
Supaya aku mampu menjadi seseorang yang lebih kejam dari aku hari ini...
Supaya aku dapat meyakinkan hati ini...
Supaya sejarah aku semalam tidak akan menjadi cerita untuk esok hari...

Tapi,
Kalo x boleh xpelah...



...melangkah dan terus melangkah...

23 June 2010

.::Never turn back::.

...

...

...

Aku melangkah kehadapan untuk melupakan...


melupakan tentang sesuatu yang tak mahu aku ingat...

aku akan terus langkah dan melangkah...

doakan hidup aku dihadapan sana baik-baik sahaja....

...

...

...

14 June 2010

.::i love u my blog::.

Kenapa aku sayang blog aku?


1)setia!

blog aku ni setia..sentiasa ada disisi aku bila aku memerlukan...
x pernah hilang dari sisi aku..haha...
~bodoh...dah nama pn ak owner..xkan ilang pn blog ni slagi ak x dlete~




2)xde prasaan!

blog nih xde prasaan..x pernah mrajuk kat aku pun...
~huhu..mmg la kan?da nama pn blog...mmg x bernyawa...tp aku suka...sbb aku xperlu susah2 nak jaga prasaan dia.x payah nak beralah kat blog nih.~




3)tahan carutan!

yeap...sangat kebal...aku bebas meluahkan pape je dlm otak aku ni tmasuk la carut mencarut....
~dah lama plak gsenya x mencarut2...huhu,,,bagos2...xmau mencarut2 lg dh..x baek!~









***cukup la 3 sebab npe aku syg sgt blog nih...even pernah terniat nak delete acc blog nih,tp x tdelete2 smpai skrg...x mau delete dah!

***terus bermain slagi game belum over!

Tag Miss Amal



1)Tulis entri pasal award kat blog korang
oke,xde benda aku nak tulis...kLong pass tag ni kt aku...dia ckp blog aku comel sbb mata kat atas nuh...huh....layannnn.....


2)ceritakan bagaimana usaha korang untuk mencomelkan blog korang.sila sertakan 2 website yang korang selalu pergi untuk membantu edit blog korang.
act,,sk seorang yang pemalas n tak suka semak2...so,,sbb ni la blog aku berlayoutkan hitam legam aje ha...aku suka simple gini...aku suka menulis atas benda hitam ni je...:p



3)tuliskan 5 perkataan melambangkan korang.
.::pemarah::. .::pemberontak::. .::menangis::. .::gelak::. .::setia::.


4)tag kawan2......
ni aku failed...jwpn n alasan y sama....aku da lme x bblogging...so,,x tau nk tag sp..huhu...



Klong @miss amal,,,aim done!!!huhu....

Tag CIK NINA AWIS OTHMAN


1 . adakah anda happy sekarang ?
happy?alhamdulillah kot....lg happy bila suatu ari aku yakin dgn pe yang sedang aku bt ni...:p



2. kenapa anda happy ?
happy kerana aku punya keluarga yang sygkan ak n
kwn2 y sentiasa ada tuk ak dan dia y slalu temankan ak.


3. apa bende yg boleh buat anda happy ?
happy sgt kalau dlm satu hari xrse sedih dlm hati ni...


4. pernah menerima tag ?
pernah-tp aku pemalas...huhu

5. nyatakan warna yg anda suka
OranGe n Pink


6.berikan 9 org yg anda tag .
ni ak x mampu..sbb da tlalu lama ak tinggalkan blog kesayanganku ini..muahaha...


7. tuliskan sesuatu tentang orang yg anda tag . berjela jela pon tape.
~~~

8. adakah anda happy dengan apa yg anda ada sekarang ?
alhamdulillah ak happy..syukur Allah....ak berharap akan happy sampai bila2 dengan keadaan skrg..


*Kak Ngah@miss nina,,,aim done!!!

12 June 2010

Tag ATISHU NURUL!!!

1)apa yang anda buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
buat pe?ntah la...sedih la tp..tah pape,,membe hape cmtu...gud bye jela...

2)6 org di hati anda
mama,abah,siblings,fmly,member2 n "dia"..

3)anda rasa anda comel?
comel la sangat.gemok gedempol pya stok.

4)single or taken?
not available.

5)blog y saya suka;
fynn jamal n liza razak..(mereka bebas bersuara.suara hati mereka)

6)adakah bilik anda kemas setiap hari?
sudah tentu!semak itu menyesakkan dada n menyakitkan otak oke!

7)lagu terakhir yang anda dengar?
Kembali Pulang...(video karaoke budak x cukup umo..huhu)

8)Last text message
tdo da?haha...

9)last phone call
-home sweet home-

10)hari terakhir anda menangis?
huhu,,x ingt..sbb skrg xmau nanges2 lg dh..

11)list 5 kaler feveret anda?
OranGe,Pink,Purple,Merah n Hitam.

12)bila kali terakhir anda YM?
x ingt..malas nk on9 YM lg dh..xde benda nk borak..

13)game yang anda paling suka?
mcm2..main tuk ilangkan bosan jela tp...

14)adakah anda peminat MCR?
my chemical romance?nope!!

16)anda rasa tag ini best?
best la jugak sbb bley ilangkan bosan ak ni.


17) tagged lagi 10 orang
have no idea..da lme x maen blog neh.

*cik atishu,,,aim done!haha....da gak keja time bosan.

Live Life....

semakin hari,
semakin jauh aku melangkah..
melangkah pergi meninggalkan semalam untuk esok yang benar2 belum pasti.


ya,ini risikonya...hidup tak siapa tahu turun naiknya..aku tidak pernah berharap akan selalu berada diatas.Tapi aku benar2 berharap aku cukup kuat untuk menghadapi situasi pabila aku berada dibawah nanti.

untuk pertama kalinya dalam hidup ini aku memberanikan diri menghadapi hidup yang aku sendiri ragui.Mungkin aku sudah cukup dewasa untuk sedar bahawa hidup ini sebenarnya sudah tersurat.Aku cuma perlu memberanikan diri berjalan diatas landasan yang aku sendiri pilih.


Ya,semuanya sudah tertulis di Loh Mahfuz sana.....................
-just enjoy the show-

11 June 2010

.::Owh Hidup::.


kadang2 tringat balik,kelakar idup ni...



sesuatu yang kita fikir akan jadi milik kita slama2nya boleh hilang dalam sekelip mata..

Fitrah manusia mungkin,,,tidak tahu menghargai sesuatu yang dimiliki.


Semuanya,,,
Hargai bila semua itu dalam gengaman tangan kita.
Itu yang sebaiknya.
Jaga sebaik mungkin sesuatu yang kita sayang!

21 May 2010

PERRRRfect!!!

maam Azlina : there is no perfect relationship.

me : there is only a relationSHIT!


***hahahaha...yeah....SHIT sume bnda tu....karut oke!!!

02 May 2010

5 November 2009

5 November 2009....
bila aku review semula blog ni,baru aku sedar, tarikh itulah penamat segalanya..bermula dari tarikh itu lah aku sudah mula hilang dia dan dia sudah mula hilang diri aku.Satu perkara yang aku tak pernah terfikir akan jadi dah pun jadi pada tarikh sial itu.Perkara yang membuatkan aku berganjak daripada titik dimana kami bermula dahulu.Perkara yang akhirnya membuatkan aku melangkah pergi terus bersama hati ini...


4bulan selepas tarikh itu aku bertungkus lumus memperbaiki segala kekurangan diri.Terlalu banyak aku lakukan untuk membawa semula kami ke titik dimana kami bermula.Tapi akhirnya aku mengalah.Aku kalah dengan diri sendiri.Dengan dendam aku membawa diri...beralih ke dunia baru..Dunia aku tanpa dia!


Dan hari ini,aku lakukan apa sahaja tanpa dia.Aku mahu buktikan pada dunia aku mampu hidup baik tanpa dia.Aku sudah punya "dunia" aku yang baru.Walaupun aku sendiri belum pasti dengan "dunia" baru aku ini, tapi aku berjanji pada diri sendiri yang aku akan jaga "dunia" baru aku ini sebaik mungkin...


Semoga kau bahagia dalam dunia yang kau pilih....

Enjoy the show~~


Sejak Januari 2010,
hidup aku mcm xde matlamat lg dah...
aku dah terlalu malas untuk berfikir tentang hidup.
Semua rancangan seolah-olah gagal.
Dan hari ini,aku sedar yang aku sudah mula hidup tanpa matlamat, tanpa impian.
Aku terus lalui hidup ini tanpa risau memikirkan risiko yang bakal aku tanggung kemudian hari...


Doakan aku berjaya!

"just enjoy the show"

13 April 2010

terbaik selamanya....

dah terlalu lama kita cuba bertahan...

sehinggakan aku sedar yang diri aku x sekuat dulu lagi...

aku persediakan diri aku satu persatu menjauhi semua ini...

aku sediakan kamu segala yang kamu perlu untuk kamu bawa sendiri arah kamu pergi...


hari itu,,,
apa yang aku lihat dengan mata ini,dengar dengan telinga ini,,,
meyakinkan aku bahawa kau sudah terlalu bersedia,
untuk hidup tanpa aku lagi...

dan akhirnya...
aku melangkah pergi...
sambil membuang jauh segala impian aku selama ini...;)

*doakan yang terbaik untuk kamu...

10 March 2010

.::Potret Itu::.



Maghrib td terpandang potret y dah lama ada atas meja study aku,tp masih berbalut kemas...sama seperti hari potret tu dihadiahkan untuk aku...


Terus aku pegang dengan perasaan y bercampur...Aku bukak balutan tu...cantik...cantik walaupun muka aku dilukis sedikit berbeza,,,,,cantik bersinar dilihat dalam potret tapi sinarnya didunia realiti hilang tah kemana..


Ah!!!!shit,,,,aku x punya banyak masa untuk fikir semua itu!


*hati beku akibat dendam!freeeeezing.....

07 March 2010

Update!

salam....
sedikit sibuk kebelakangan ini...masa terlalu amat berharga untuk aku..kelas terlalu padat untuk aku hadiri..

Banyak benda yang berubah dalam hidup aku kebelakangan ini yang menyebabkan hidup aku sedikit semak...nafsu makan aku sama sekali hilang.pelik!sangat pelik!terlalu pelik!

X banyak yang mampu aku perbaiki dalam hidup aku kebelakangan ini.Sampaikan aku rasa cukup fedup dengan diri sendiri.Sampaikan aku rasa tidak guna aku berfikir untuk menyelesaikan setiap masalah yang aku lalui...Sampaikan aku rasa mahu berserah sahaja untuk segalanya!

Tapi dalam semua kesibukan hidup aku,aku masih berharap semuanya akan kembali seperti asal suatu hari nanti!Bukan mudah untuk aku lalui hidup sekarang...

Doakan aku!


02 February 2010

Jiwa Kacau!!!

Cuti semester baru2 ini,aku terjumpa buku teks Ekonomi time aku form4 dulu...dalamnya ada sehelai kertas y tertulis benda ini:


Aku tidak mahu hati ini bertembung dusta,
sesungguhnya dusta itu terlalu kejam buat dia...

Aku tidak mahu mata ini bertentang jiwanya,
dimana redup matanya bisa meruntun segala...

Aku bingung pabila kata ini menghiris luka,
kerana dukanya aku juga rasa...

Aku bisu saat dia membuka kata menabur janji cinta,
dimana ikhlasnya membuka sebak didada...

~~~

Ingin sekali aku memecah suara jiwa,
menjerit kata cinta,
meluahkan segalanya...
Tapi apa guna,
Kalau disana tersurat yang berbeza...

Ingin sekali aku melepaskan segalanya,
berpaling dari janji cinta,
pergi dari duka...
Tapi tiada guna,
kalau hati masih untuknya...

~~~

Hati ini tidak sebesar angannya...
Mana bisa aku menyimpan segala...
Jiwa ini bukan seteguh mana...
Tapi kukuhnya tiada siapa pernah menyangka...



X sangka dlm hati aku ni ada "taman" jugak..haha...bila aku kenang2 kan kembali,memang aku suka menulis time sekolah dulu kalau hati aku x tenang n jiwa aku kacau..n time aku tulis benda ni, memang jiwa aku kacau.sampai dalam setiap solatku,dihujungnya mesti punya doa wajib yang akan aku baca...doa meminta Allah mendekatkan kami kalau memang tertulis dia untukku,dan jauhkan hati kami kalau memang tersurat dia bukan milikku...dan pastinya selepas itu,air mata akan aku tahan untuk mengelakkan junior2 se'dorm nampak aku nanges...malu la beb....chaitttt!!!

sp la berani kacau hati aku time ni eh?

*owh,aku berharap adik aku,Ammar x guna buku aku ni untuk study...kalo dak memang kantoi lah...:p

30 January 2010

Jelingan Maut beb...

Sebentar tadi aku baru pulang dari berjumpa dengan "ahmad"...Sekadar keluar untuk makan-makan.Sebenarnya bukan untuk makan sangat,tp lebih kepada mahu berbual.Berbual tentang perjalanan hidup masing-masing dalam minggu ini.

Dalam pukul 9p.m Ahmad sampai di maktab.Kami terus keluar mencari tempat makan yang best.Destinasi hari ini ~Ani Sup Utara~ cawangan Bangi.Tapi malang sungguh hari ini,meja semua penuh.Terpaksa menunggu.Dah la kena tunggu,sup nya x sedap la pulak.Kalau nak dibandingkan dengan Ani Sup Utara di Bangsar,memang kalah la cawangan Bangi.

Lepas makan,terus menuju ke Putrajaya.Saja nak tengok sekolah tempat aku akan berpraktikum nanti.Bukan la excited sangat,cuma mahu lebih bersedia.Tengok sekeliling kawasan sekolah penuh dengan rumah besar2, mula lah aku cuak.Kompem budak2 ni pandai English nya...Kantoi la aku kalo salah pronounce pape..huhu..

Afte settle tengok kawasan,terus berkejar pulang ke maktab.Tak mahu terlewat sampai.Malas mahu bersoal jawab dengan pak guard nanti.Time kat pondok jaga,Ahmad Faroqi berhenti di tepi sementara menunggu aku mengambil kad keselamatan.Tapi disebabkan terlalu ramai budak laki disitu,aku mintak tolong member sekelas je ambilkan.Kebetulan dia pun duk cari kad kat situ.Time tunggu member aku ni ambikkan kad,ada la seorang "ustaz"~student maktab ni gak~ berhenti tepi keta kami.Dah berhenti tu xpelah,memang x salah.Tapi yang bengangnya jelingan kemain maut.Bajet lah wey.Ada aku kisah ko jeling gitu.haha...Tak tahu la dia menjeling tu nak ngutuk aku ke,nak tgk bf aku ke,nak buat bahan gosip ke nanti balik asrama, tapi yang pasti aku x kesah...:p

Dulu aku risau jugak ngan budak2 maktab ni punya perangai, aku kesah jugak dengan pandangan diorang terhadap aku.Tapi sekarang ni aku macam da malas nak kesah.Selagi aku x ganggu idup diorang,memang aku x peduli langsung dah.huhu...Dah bosan mungkin dengan sikap2 pelik mereka.Kadang-kdang aku akan tergelak sendiri bila terpikirkan perangai diorang ni.Macam mana la nak jadi cikgu kalo pandangan camtu yang ko praktikkan dalam kehidupan seharian korang..isk2...


*ko jeling aku ea?malas la aku nak jeling balik.Takut ko terjatuh moto pulak nanti...hahaha...

28 January 2010

No Title....

Lama sungguh tidak menulis.
Malas mahu menghadap laptop mungkin~~

Awal semester seperti ini tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan.Kekangan masa dan kewangan yang tidak stabil menghalang segala macam keinginan untuk dipenuhi.Tapi aku masih bersyukur kerana poket aku ini tidak sesesak kawan2 s'maktab yang lain.Syukur kerana aku masih punya mama dan abah yang selalu bertanya tentang baki akaun bank aku.Juga bertuah kerana aku punya dua orang kakak yang boleh di"pow"...Yang paling untung kerana aku masih punya "ahmad" yang tidak pernah berkira tentang wang ringgit dengan aku.

Owh,sedang aku menulis ini,rakan-rakan semaktab sedang heboh tentang elaun yang sudah masuk...Tidak pasti samaada duit sudah benar2 masuk ke akaun atau belum.Tapi yang pasti penyata elaun sudahpun ditampal di papan kenyataan HEP....Alhamdulillah....

09 January 2010

Girls Outing..at last....

2.00p.m, Mid Valley Megamall.....

At last dapat jugak ak gather2 ngan member2 sekolah dulu...Ada jugak antara mereka yang memang aku tak pernah jumpa langsung sejak lepas SPM...Semua duduk jauh2,jadi kalo balik cuti kat rumah pun plan nak jumpa agak susah nak menjadi.

Kali ni pun sebenarnya x plan serious pun nak jumpa.Sembang2 kat facebook je last2 jadi...Sebenarnya aku plan ni pun dengan dua orang member je...sorang kat uitm,sorang kat upm.Nak ajak yang lain takut diorang sibuk.dan aku pun segan nak bising2..Rupa2nya member kat uitm tuh main peranan ajak yang lain lagi...suka sgt2...

Memang terlalu bising sangat bila dapat jumpa setelah lama tak jumpa..Banyak nak dibualkan...Tapi yang paling aku gembira,aku dapat jadi diri aku sendiri buat beberapa jam.Setelah sekian lama aku tak dapat rasa perasaan tu..yeap,mereka rakan-rakan ku zaman sekolah,zaman aku membesar jauh dari mama abah dan zaman aku mengenal dunia.Zaman itu yang tak pernah langsung aku lupakan.Sekarang juga aku punya kawan dan rakan,cuma sedikit berbeza....


LHS: ashu,.::me::.,fida,ruhil n amanina...


~amanina,ashu,.::me::.,fida,eton n marni~


amanina,ashu,.::me::.,fida,eton n marni....once again...
*ruhil snap dis pic..


*Pape pun,aku terlalu gembira semalam...thanks babe...Next time kte setkan y lg best...lg ramai....

06 January 2010

Bertahan!!!


Semester ini agak sibuk.Hari pertama lagi dah mula kelas sampai petang.Minggu pertama dah dpt task.Aku pulak macam makin malas...huhu...tapi pape pun aku tetap kena siapkan semua kerja yang dapat.Tak boleh tiru2 lagi dah....(ai hope la).....Minggu ni jugak aku masih dalam mood dirumah...Homesick..ingat mak abah je kejanya...rindu nak gaduh ngan adik2...huh...

Masuk hari ni,hari ketiga aku kat maktab.Dan aku masih berjaya menjauhkan diri dari mendekati segala jenis makanan berat dan fast food.Mungkin ini akibat tekanan hebat yang diberikan semua pihak terhadap aku kot.Tuh la korang,ngejek aku lagi...ngutuk aku gemok lagi...

Dan semester ni jugak aku kena banyakkan sabar n lebih matang.Jangan layan sgt orang2 yang sewel n bersikap kebudak-budakkan.Biarkan orang nak cakap pe pun pasal diri aku sebab yang kenal aku dan tahu siapa diri aku yang sebenarnya hanyalah aku sendiri....peace!!!


Semoga aku berjaya kali ni...:p



Bila yang lemah berbicara:

*kesian pada mereka yang "perasan" diri sudah cukup bagus kerana sesungguhnya mereka menutup peluang untuk memperbaiki diri sendiri....Lebih baik mereka yang sedar diri banyak kekurangan kerana secara tidak langsung mereka akan berusaha memperbaiki diri sendiri...:p

01 January 2010

~~~FIGHT LEMAK!!!~~~

i need 2 start my diet right now...arghhhh...crazy...feel so sad..;(

Camne aku boleh gemuk sampai camnih?gemuk sampai dah sama standard ngan mak sedara yang preg 7mnth...arghhh..how come la...huhu...semua orang da ngutuk...tp aku x sedar2 diri lg...alah,nape lah aku cmni...bila aku nak tekad btol2 nih...xkan nak tunggu bdn dh besau mcm erra fazira dlm cinta kolestrol kot...g.i.l.a....

Aku yang adik nih org kata kakak dh..mana taknya,akak2 aku kecik molek je lg..ak dah macam mak budak dh...n u noe,my body start to protest...dah mcm2 sign dia bagi nak gtau aku dia x mampu btahan dengan lemak2 nih lagi dh...sian kau..kena bwk beban lebih...yang aku masih lagi makan segala bagai makanan.Yang berlemak pulak tu...a.d.o.i...


wif along n kIva..

Satu lagi,aku memang kena kurangkan berat nih...camne ak nak attend Pendidikan Jasmani class nex sem kalo kena lari sikit pon dh semput...camne nak buat olahraga kalo lemak aku y shaking lebih.camne nak buat ujian kecergasan kalo nak bawak badan pun x mampu...camne nak lari 2.4km kalo baru 50m lari dh mula sesak nafas...adoiiii...camne?camne?camne???!!(kalo bleh bakar lemak mcm bakar sampah,mmg ak bakar kaw2 dah..)

Satu lagi,member2 sekolah dulu pn x abes2 gelakkan aku dah gemok..malu la...nak kuar date pn ak pilih tempat..x mau ramai2 org...kesian kat bf ak pulak nanti.takut org ngumpat dia ckp awek dia gemok..hahaha....macam hampeh kan?tp tu la yang aku gase...


Aku kena D.I.E.T!!!kalo tak,ak takkan dpt keyakinan diri..camne aku nak jadik cikgu y bagus kalo tak yakin pada diri sendiri?takde cara lain aku boleh buat melainkan "slim" kan balik badan aku...baru lah aku boleh dpt keyakinan diri n aku boleh buat semua aktiviti tnp batasan n halangan...

~~~FIGHT LEMAK!!!~~~

GO!!!

*ad pape cadangan untuk aku?plz,do help me..plzzzz.....

2010

~~~
~~~
~~~

Selamat tahun baru 2010...
Semoga tahun baru ini membawa sinar yang baru untuk kita semua.
Semoga tahun baru juga membawa perubahan ke arah kebaikan tuk aku,untuk kita,untuk semua...

~~~
~~~
~~~

2009 :: Family ::



Hanya satu perkataan yang mampu aku gambarkan…~bahagia~…ya,aku bahagia punya keluarga seperti kamu semua…2009 banyak memberi peluang untuk kita bersama-sama.Banyak yang kita harungi tahun 2009 ni… Semoga Allah memberkati keluarga kita…Aku bahagia punya kamu semua…Terima kasih untuk kebahagiaan yang kamu semua berikan kepada aku.


  • Abah,jgn sakit dah…sayang abah….
  • mak,thanks selalu dengar org membebel…sayang mak jgk…
  • kLong n kIva,thanks sbb utamakan keluarga…
  • Ammar,ang memang abang yang baik untuk adik2.
  • Afiq,Jangan nakal2.Abah tak bagi buat sesuatu mesti ada sebab…Cuba faham maksud abah…
  • Adik,ktorang betol2 bangga ngan ang…ahaha…