06 November 2009

.::Siyes Mode::.

...

...

...


*Last day untuk enjoy sebelum fokus study tuk exam...

*yeah...aku kena kuat...Study2...

...

...

...

...

- Rosak plan aku semuanya!!!Lingkup..

05 November 2009

Entri ini tidak punya Title!


Kamu,kalau kamu mahu tahu,aku memang kecewa.Kecewa dengan sikap kamu.Aku tahu aku banyak silapnya.Aku tahu ada perkara yang aku buat yang amat kamu benci.Tapi sungguh tidak pernah terlintas difikiran aku bahawa kamu sendiri akan melakukan perkara yang kamu benci itu.Aku fikir kamu memang tidak suka semua perkara mengarut yang aku buat kerana ia tidak mendatangkan apa-apa faedah.Rupa-rupanya aku silap.Kamu cuma takut kamu hilang apa yang kamu ada sekarang.Bukannya kamu sedih orang yang kamu sayang itu melakukan perkara yang sia-sia.Jelas,kamu lebih mementingkan diri kamu sendiri dari segalanya.

Dan kamu,aku fikir kamu sudah cukup matang untuk melakukan apa sahaja yang kamu mahu.Aku sedikit pun tidak kisah dengan pilihan kamu.Kerana kamu punya hak yang tidak layak untuk aku cerobohi.Seperti mana kamu tidak layak mencerobohi hak aku.

Tidak banyak yang layak untuk aku ungkapkan,cuma cukup sekadar kamu tahu,aku memang KECEWA.Kecewa dengan kamu...Oh ya,aku sedikit tersentap sebentar tadi.Mahu sahaja aku mengeluarkan kata maki yang datang dari hati aku ini,tapi akal aku menang kali ini.Akal aku berjaya menewaskan nafsu untuk memaki.Ya,aku berjaya...Walaupun kejayaan ini datang selepas kekecewaan.


*petang-petang melayan lagu Soledad by Westlife dan Kantoi by Zee Avi mmg best..

03 November 2009

Window2 aje....

Semalam aku kuar jejalan...release tension la konon.Ktaorang gerak lbey kurang pukul 2 lebih dah.Terus ke Desa Water Park.Survey harga+bincang ngan mngmnt kat situ.Nama bro tu JOE@Daud.

ni la Joe@Daud...farhana bukan main syok lg bila dpt pakej makanan sekali..haha


gaya macam nak buat event tuk 1000 org je ak tgk..haha


Afte tu,ktorang gerak ke Mines.
Window shopping sket.~window la sangat~haha...Pergi dengan budak-budak kuat shopping memang best(mCna,aimi,nabila n farhana)...semua tempat kitaorang singgah...tu pun tak cukup masa tuh...siap nabila nak pergi lagi hari ni(ada benda lagi termiss semalam)...window x window,ber'rat jugak la fulus dihabiskan...xpe,ni kira shopping last sem la...after nih,berjimat balik(boleh ke camtu?)


ktaorg gerak naik keta nih...(keta WANTED nih!!!)




baju ni mcna snap kan..kat Reject Shop.
Dia suka ngan perkataan kat baju tuh..aku pun ske..
penuh makna...lu pikirlah sendiri...



sebelum balik maktab,singgah isi perut dulu kat Brother's.
Macam power kan bihun kung fu nih???

Senyum sampai ke telinga Farhana dapat makanan camni...



ni la antara barang yang sempat aku grab...
tetiba tertarik dengan benda merah tuh..
alang-alang xde slipar,sapu jela...


time aku memperabihkan duit,encik ahmad kena study tuk exam sok...
huhu...sian dia...(gamba taun bila tah)

Masuk maktab dalam pukul 10pm lbey dah kalau x silap..Terus singgah bilik mCna n nabila...Try2 dulu benda yang dah dbeli ni...Gosip2 then baru balik bilik...time tu dah kul12.Harapan la nak study...Tido jela...~puas hati~

all about F.I.V.E


Tag dr BAzz...sory,baru berpeluang tuk siapkan...hahaha....aku memang pemalas...tp aku buat jugak tau...tq bazzzz..........

a) 5 things I have learn so far in life:
  • belajar menghormati orang tua.
  • belajar mengawal emosi.
  • belajar memahami perasaan orang lain.
  • belajar untuk tidak menghukum orang lain sewenang-wenangnya...
  • belajar untuk menghadapi kehidupan.
b) 5 things I've just discover this year
  • calculus...
  • planning and teaching mathematics
  • teknolodi dalam pendidikan...
  • pedagogi pendidikan jasmani...
  • english language proficiency.
c) 5 ways I've changed
  • change mind set- tak nilai orang berdasarkan muka dia..hahaha.
  • berubah mengikut keadaan..
  • berubah mengikut situasi..
  • berubah mengikut mood..
  • berubah mengikut cuaca...
d) 5 things make me happy
  • lepak dengan adik2 n kakak2...
  • bercakap tentang kehidupan dengan mak n abah..
  • dpt lepak dgn faroqi n gase malu2 kucing macam dulu-dulu..
  • makan...mcD...gemok...
  • seminggu tanpa "pengiraan" @ "matematik"..
e) 5 things I want
  • lepaking ngan family...setiap detik kalau boleh...
  • memiliki sebijik "caldina" or "CRV"(berangan-free kan?)
  • membuang sikap "panas" dan "baran" dalam diri aku nih...
  • menjadi tokey mcD...mkn free la aku..
  • nak pakai baju 7 taun lepas tanpa perlu tahan nafas...
f) 5 names I want to tag:
  • sue
  • amalz(aku tau ko busy..)
  • semua yang baca dan rajin untuk menjawab....silakan...

01 November 2009

Who I am???


Kes 1:
Kawan-kawan cakap aku cerewet...Mak aku pun cakap aku cerewet..Faroqi x pernah cakap aku cerewet,tapi aku tau dia pun rasa aku camtu..

Cerewet ke aku???

Situasi 1:
  • makan nasi goreng cina di Medan Ikan Bakar.
  • tergigit bawang putih.
  • Terus tolak nasi ketepi.
  • Minum air sahaja..
Situasi 2:
  • Makan koew teow bandung di Soho(bungkus).
  • Kuahnya tak rasa macam "bandung" pun.Rasa macam sos ditambah air.
  • Angkat satu mangkuk penuh,pergi ke bilik-bilik tanya siapa mahu..
Situasi 3:
  • Kawan belikan nasi untuk lunch di Chayo..
  • Nasi putih+tomyam ayam.
  • Ada sikit bulu pada kulit ayam...werkkk...
  • Bungkus nasi n tomyam,buang...
  • nak termuntah..tah bulu tu ayam seret pe tah waktu jalan...(wpun aku tau kedai tu cuci dulu ayam)
Situasi 4:
  • Hot bila kawan pinjam barang then time pulangkan letak kat tempat lain..
  • Mau ketat muka aku sehari...
Situasi 5:
  • Kalau nak membuang "hajat"...
  • Aku akan tanya orang lain dulu,tandas tuh oke tak...
  • Kalau orang tu cakap oke,aku terus pegi melabur...
  • Kalau kawan aku cakap tak,aku akan simpan "hajat" aku semula..
  • Dulu-dulu sebelum arwah tok wan aku buat jamban dalam rumah,kalau 5 hari balik kampung,5 hari la aku tahan berak..huhu...
Situasi 6:
  • Pergi camping....
  • Time camping,aku tak makan.Kecuali bila tangan aku terketar(lapar sangat).
  • Bukan sebab malu or cover nak makan,tapi sebab aku takut nak terberak...
  • *memilih jamban....
Situasi 7:
  • Cancel balik kampung ngan kak long...
  • Sebab mak sedara nak tumpang sekali...
  • Sebab aku cancel:sempit nak gerak jauh-jauh ramai-ramai...
  • *alih-alih klong tak jadi balik...kesian la pulak..menyesal pun ada..
Situasi 8:
  • Time sekolah menengah.
  • Baju sekolah kena sambal tumis sikit kat tangan.
  • Ajak kawan teman balik asrama tuk tukar baju.
  • Tak selesa duk tengok baju putih ada setitik warna lain.
  • Ada sekali baju aku kotor bahagia belakang,aku tak nampak.
  • Kawan-kawan saja tak bagitau aku.Sebab dah tau aku akan balik tukar jugak.(diorang malas nak teman aku mendaki tangga sekolah aku yang bapak tinggi).
Hurm...cerewet ke aku?macam cerewet jugak je...eh,x la...aku cuma mementingkan keselesaan okey...

31 October 2009

Budak Gemok Makan...

owh..semalam aku terlampau la tensyen...x tau nak cakap pe...dan macam biasa,ubat tensyen aku:

kul5 ptg, Jumaat:





kul10mlm, Jumaat:
  • nasik hape tah(x sedap)...aku ngan rumate turun ambik je kat bawah,jamuan malam pesona mahabbah kolej kediaman.(turun untuk ambik makanan je)...tengok-tengok budak kelas aku yang serve kan makanan...pe lagi...cik sue letak ayam 3 ketul kau..wawa...x sempat snap...



kul10.30pagi, Sabtu:




ini la masalah aku sekarang...asal tensyen je,aku carik makanan tuk lapangkan hati...hati lapang,perut makin buncit...badan makin bulat...adei...


*padan muka mak,abah ngan faroqi...x ske aku gemok2 tapi korang la nih buat aku tensyen...
*padan muka aku jugak sebab makin bertambah bulatttt...gemok...gedempol...

30 October 2009

Kamu-Kamu dan Kamu...



Kepada kamu-kamu yang aku sayang;
Tidak banyak aku minta,cuma sedetik untuk kita bersama tanpa gangguan sesiapa...
Bukan banyak yang aku impikan,cuma satu masa yang penuh dengan gelak tawa...
Kita-kita sahaja...


Tidak mustahil bukan?
Aku tahu kamu-kamu semua berhati mulia...
Tapi bagi aku,keharmonian kita lebih penting dari segalanya...
Kerana hidup kita tiada sesiapa melainkan kamu-kamu sahaja...
Susah kita tiada sesiapa melainkan kamu-kamu sahaja...
Sedih kita tiada sesiapa melainkan kamu-kamu sahaja...
Duka kita tiada sesiapa melainkan kamu-kamu sahaja...
Bukankah sepatutnya gembira kita tiada sesiapa juga???
Melainkan kamu-kamu sahaja...

Kamu-kamu semua,
Buat lah apa kamu mahu...
Cuma kamu perlu tahu,akan hilang sekeping lagi hati diantara kita-kita...
Sepertimana sekeping hati antara kita-kita pernah hilang suatu masa dahulu...

Buat kamu,cinta aku pula;
Tidak banyak yang aku mahu,cukuplah sekadar diri kamu memahami...
Itu sahaja yang mampu merawat duka ini...
Tapi aku tahu,itu hanyalah mimpi...

Dan untuk aku;
Hiduplah aku begini...
Berdirilah di atas kaki sendiri...
Kamu-kamu,terima kasih kerana memberi peluang aku merasai duka ini...
Kamu,terima kasih kerana tidak mampu memahami...

*nafas ini sesak dek kerana emosi...

29 October 2009

Bermain Dengan SEJARAH...


Hari ni perlantikan ketua dan penolong kuliah baru untuk semester depan...dan aku menang dengan majoriti penuh.Tak tahulah adasama perlantikan ini satu bentuk "ejekan" atau sudah sampai turn aku(tapi ramai lagi yang belum terkena) atau sememangnya mereka mahu aku menjadi penolong kuliah seterusnya yang memegang kuasa untuk memerintah mereka semua...

Aku rimas la..bukan apa,even maktab dah jadik institut,sistemnya masih sama seperti sekolah..kena pegang buku register,mesyuarat selalu,perhimpunan,sediakan itu,sediakan ini...jujurnya aku memang tak sanggup untuk menerima "tanggungjawab" ini...Tapi disebabkan aku tidak mahu ada yang bercakap belakang,aku terima jugak tanggungjawab ini dengan hati yang lapang(sempit tapi dilapangkan)...Dan selaku bakal penolong kuliah,aku telah diberikan mandat untuk berucap.ucapan yang biasa bagi aku;

"Assalamualaikum.Terima kasih lantik aku.Sebelum aku pegang tanggunjawab ni,aku jujur cakap,aku akan jadi diri sendiri dalam menjalankan tugas aku.Kalau aku gase nak "hangin" aku akan berangin,kalo aku gase nak "balas dendam" aku akan buat..Korang semua kenal dah kan aku camne..aku akan jadi diri sendiri.Korang masih berpeluang untuk tarik balik keputusan ni kalo korang semua mau..."

Pastu ada yang muka cuak,ada yang muka terkedu,ada jugak yang terdiam...bukan niat aku nak buat mereka camtu..cuma aku nakkan kepastian...Lepas beberapa saat,ada yang menjawab, "xpe,cuba dulu", "xpe,tringin nak tengok camne ko"....dan banyak lagilah bunyi2 yang menandakan keputusan tetap untuk aku menjadi penolong...Dengan suara orang "berkuasa" aku meneruskan ucapan dengan sedikit ugutan;

"Oke,korang semua dah serius nak aku jadi penolong.
Aku rakam(guna otak) semua kata-kata nih eh.Taun depan,if ada pape "bunyi" yang complain pasal aku dan tanggungjawab aku,aku kuarkan balik pe yang aku dah rakam nih.
Terima kasih
"

Macam tulah nampaknya...satu tanggungjawab baru yang aku kira merupakan permulaan kepada musim "menambah dosa" untuk diri aku.Aku sedar,"tanggungjawab" bukannya boleh dibuat main.Menerima tanggungjawab ini seolah-olah meletakkan sebelah kaki aku di dalam neraka dan sebelah lagi di dalam syurga..Sekiranya aku benar - benar amanah menjalankan tanggungjawab ini, ke syurga lah tempat aku...Sekiranya aku tidak amanah,terhumban dalam neraka jahanam lah tempat aku..(aku ex-SMKa oke!)

Dulu, time aku jadi exco asrama(form4 & form5) aku memang jadi diri sendiri..Siapa yang tak carik pasal ngan aku,memang aku tolong backup...sapa yang selalu pedajal aku,buat musuh dengan aku,memang silap banyaklah..Aku pedajal balik la dengan menggunakan "kuasa" yang aku ada...

  • Tapi tu semua "sejarah"....dan "sejarah" mungkin AKAN berulang...hahahahaha(gelak orang berkuasa)...
  • Tak sabar untuk bermain dengan sejarah diri aku dahulu...


wajah-wajah mereka yang bakal berada dibawah "territory" aku dan azhar...
hahahahaha(gelak seorang colonialist!!!)



wajah salah seorang teman yang sama-sama menjadi penjajah satu ketika dahulu..
(dia hampir berjaya di Purdue sana,aku masih disini...)

28 October 2009

"hAngin" datang lagi...


aku benci betul manusia suka cakap macam bagus nih...

tak boleh belah la...

Aku gase nak telan je...

Blah la kau...

Aku kantoikan rahsia kau yang aku pegang selama ni baru tau...


*Aku ingat lagi zaman sekolah dulu,ustaz aku cakap harus untuk kita makan dahulu sebelum solat sekiranya kita berada dalam keadaan lapar.Kerana dikhuatiri solat kita tidak khusyuk dan akan menjadi sia-sia...Kalau terlalu mengantuk?tidur dulu o cmne eh?


*Tengah-tengah "hangin" ni,boleh pulak tergelak tengok gambar nih...haha...x "hangin" dah kot...Terus rasa ber"angin" je...

27 October 2009

Happy Birthday Adik..

Happy Birthday yang ke-12 tuk adik yang aku sayang....
May Allah bless u...
Appy selalu...
Selamat masuk ke dunia remaja...
Semoga berjaya dunia dan akhirat...
Semoga dijauhi dari segala benda2 buruk dalam dunia ini...



-dah 12 tahun,tak payah ngada2 kepit bawah ketiak mak abah lagi-

25 October 2009

Anak manusia....Perangai NAGA...



minggu paling "best" dalam hidup aku...

GILA....GILA...GILA...

Weekend paling "best" jugak dalam hidup aku...
B*B*...BANGA*G...S*T*N...

Aku tak tahu mahu marah pada siapa...
salah aku sendiri sebenarnya...
tapi kenapa aku nak marah orang lain jugak nih...

Aku rasa terlalu gagal...
aku dah cuba menuntut ilmu dari mcna,nabila dan ramai lagi lah...
tapi aku masih gagal menjadi seperti yang aku inginkan...
Bila aku mula mahu menjadi seperti itu,macam ada sesuatu yang membuatkan aku naik "angin"...
terus aku hilang kawalan dan menjadi marah...
dan aku akan selalu marah....
....marah lagi....
....lagi-lagi marah....
....terus marah lagi....

*oh lupa...aku lahir pada tahun naga kan....no wonder la..huhu...

20 October 2009

m&m



sejak kebelakangan ni aku ketagihan m&m...tak tau la kenapa kan...tengok Afiq(adik aku) makan macam sedap je...aku pun layan la..Ketagihan m&m satu hal...satu hal lain yang aku nak cakap ialah,"hidup tak selalunya sempurna"...


manusia pun camtu kan?dalam kesempurnaan dia yang dapat kita lihat,tentu ada kecacatan yang mungkin kita tak dapat nampak dengan mata kasar...


hidup kita pun macam tu jugak...kadang-kadang semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna....kadang-kadang pulak semuanya tak menjadi aje memanjang...


hurm,m&m pun macam tu jugak la lebey kurang...dalam satu pek yang kita beli belum tentu semuanya sempurna....huhu


19 October 2009

.::Miss Masliana binti Mohamad::.

My lovely sis,
Get well soon...



even susah nak dapat jumpa n gather2,
kitaorang still risaukan ang..

Take care...


*dia makan banyak,nape aku yang gemok???

Bangi - Damansara - Rawang - Shah Alam

Along ambik aku di Bangi, Pagi Sabtu kami menuju ke Damansara.... Singgah di Giant Damansara beli JcO tuk adik sepupu aku(tapi aku melantak jugak)...

along bersama J.CO nya...


along wif aira..


Then malam Sabtu pergi jap rumah Pakngah aku kat Rawang...Ganti tak dapat datang ari dia buat open house tuk sdara mara semalam...

haha...me wif aira pulak..


Balik Damansara,tido....
Ahad,makteh aku blaja makan mcD pulak....



ratu bergambar...along wif alia..


Lepas tu,odw nak balik Bangi,aku ajak along singgah Shah Alam jap...tak lengkap pulak minggu ni kalau tak tengok muka Encik Ahmad..nasib alng mau..

cup cake tuk encik ahmad...

14 October 2009

.::Wannabe::.

Bukan aku tidak mahu...cuma hati aku belum terbuka untuk semua itu..give me more time..just want to do it wif all my heart....bcoz of that only I wil be the girl who is "istiqamah"...and I don't want to play wif "hukum Allah"...

Kalau aku cuma mengikut peraturan dunia tanpa kesedaran sendiri, sooner or later, aku akan kembali kepada aku yang asal...aku perlukan masa untuk belajar semua ini...aku perlukan masa untuk melawan kejahilan aku sendiri..


  • suatu hari nanti mungkin....
  • insyaallah..dengan izinNya..


* Who are you to challenge my destiny?!?

_Bad DAY_

BAD day btol la....
hurm...pagi-pagi lagi baju kurung baru dah terkoyak akibat iron yang melampau panasnya...
mood semalam terbawa-bawa ke hari ni la nampaknya....
bertambah la selera nak makan aku time tensyen2 nih...






*Arini nak makan pe ek???

12 October 2009

"MIDNITE yang ILMIAH"

3 kali sudah aku ber"MIDNITE ILMIAH" semester ini...

Tempat : mcD 24hours

Peralatan : Laptop,pen,buku rujukan,broadband.
Kos : RM20 per night.
Masa : 11.00pm - 5.00am
  • First skali - beli bubur ayam + fries + air -
  • Second - bukak laptop -
  • Third - mulakan marathon menyiapkan assgmnt tertunda...

*bahana kerja last minute...(tak mampu stay up...katil lebih power dari asgmnt)
*ada cadangan port lebih ekonomi selain kedai mamak?
*Ramai jugak manusia class "last minute" macam aku rupanya..

08 October 2009

Kau Punya Tenaga yang Power!!!

Letih sungguh hari ini.. Penat... Berperang dengan tenaga tua... Aku mengaku kalah.... Memang aku tak dapat menewaskan pengalaman dia... Walaupun seluruh tenaga aku kumpul untuk memastikan aku tidak dibuli, tapi aku masih gagal menewaskan dia... Akhirnya aku cuma mampu mengucap panjang sambil membiarkan dia terus bermain untuk memperbetulkan urat-urat kaki aku...

aish...makcik tukang urut memang power...
  • owh,disini aku mahu mengucapkan sejuta penghargaan buat Puan Azizah binti Haji Tengah,Pensyarah Jabatan Matematik merangkap naqibah aku kerana sungguh mengambil berat diri aku ini...sungguh, aku terhutang budi....Terima Kasih.....Insyaallah,kalau berpeluang,aku akan membalas segala jasa baik beliau..
  • Juga buat Ahmad Faroqi kerana begitu mengambil berat diri ini..
  • Aku juga belum pernah berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas dan rakan seplatun KRS yang turut menjaga kebajikan aku bukan???Terima Kasih yang tak terhingga buat kamu semua...
  • Harapnya esok aku sudah boleh berlari...

05 October 2009

.::PeNGHarGaaN::.


Buat kamu(teman tapi mesra aku)....

.::AHMAD FAROQI::.



  • sejuta penghargaan buat kamu yang selalu ada bersama aku...
  • setiap masa aku,setiap detik aku ada kamu....
  • kepada kamu,aku tidak mampu membalas segala jasa yang kamu limpahkan buat aku...
  • aku juga tidak mampu membayar segala peluh keringat yang kamu titiskan buat aku...
  • terlalu besar nilainya untuk aku bayar....
  • cuma aku harap,kesetiaan aku sahaja mampu membalas semua ini.....
  • dan doa aku agar kita bahagia selamanya memadai untuk segalanya..

*....dan aku masih di garis dimana kita bermula dahulu....tidak setitik pun aku berganjak...setiap janji-janji yang aku taburkan,tidak pernah aku lupakan...aku pegang semua itu....kamu perlu tahu itu.....pernah aku termimpi kamu hilang dari hidup aku...kamu tahu apa terjadi pada aku?aku terjaga dari mimpi itu dengan esak tangis yang masih berbaki....sekarang,kamu pasti tahu bertapa kamu bermakna dalam hidup aku bukan???sampaikan tidur dan mimpiku juga menangis kehilangan kamu....kamu tentu tidak mahu itu terjadi dalam hidup realitiku bukan???

04 October 2009

Teman Datang dan Pergi...


Kita semakin dewasa...semakin kenal erti kehidupan..semakin matang menongkah arus dunia..Sedar atau tidak,kita punya teman dan kita memerlukan mereka disamping kita...Hei kamu!Jangan terlalu angkuh mengatakan bahawa kamu tidak memerlukan teman di sisi kamu.Tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia hidup tanpa seorang teman.


Tidak banyak yang mahu aku katakan disini..cuma aku mahu tahu,mengapa ada diantara kita yang menganggap teman seperti sehelai kertas tisu...dibuang setelah digunakan kebaikannya....mengapa juga ada yang menganggap teman seperti basikal buruk..diguna ketika sedang terdesak, dibiarkan sekiranya tidak diperlukan.... Bagi aku,teman seperti bunga dalam taman kehidupan....indah dipandang,cantik untuk dikenang,terlalu sayang untuk dibuang.....

Terlalu bermakna erti seorang "teman" buat aku...Hey teman-teman aku,kamu terlalu besar ertinya buat aku....sejauh manapun kamu pergi,aku tetap di sini....di sebuah tempat permulaan di mana kamu aku iktirafkan sebagai seorang teman dalam hidup ini...


.::HaPPy biRthdaY::.


Post kali ini buat my lovely friends....
  • Kak Long(Amalina) & Kak Ngah(Amanina), selamat hari lahir yang ke 21...semoga panjang umur n dimurahkan rezeki....walaupun dah lambat,aku tetap nak wish....
  • Korang banyak tolong aku...thanks dear......
  • Aku sayang korang beb..


*korang semua pernah gase bengang tak bila korang terlupa birthday kawan baek korang yang korang tak mau lupa???haha...aku sedang bengang nih....apsal la aku ni pelupa sangat...dushhhh....

03 October 2009

~Nice~

  • Baru pulang dari Kuala Kangsar....camping Kadet Remaja Sekolah....sungguh letih..4 hari di sana terlalu menyiksakan..Hari pertama tiba aku sudah mula menghitung hari untuk pulang..Malas sungguh kali ini..mungkin kerana mood cuti raya belum pun habis...Ditambah pula dengan kem komanden yang kerek dan buta hati..terlalu gemar menilai hal2 semalam tanpa melihat perubahan hari ini...apa buruk sgt ke maktab aku ini sehinggakan -ve sungguh pandangan beliau kepada kami ini??ahh..bosan..Tapi aku kira aku antara yang bertuah kerana berada dalam platun yang amat penyabar...sungguh...mereka memang penyabar...menelan segala tomahan dan sindiran yang diberi..Tahniah buat semua....
  • Own,lupa...hari ke3 disana, time malam kebudayaan aku terjatuh tersadung tali bendera...sungguh memalukan...dah la jatuh depan member BF aku dari IPGM Ipoh.....isk2..orang buat show kat depan,aku buat show kat belakang...hahaha...nanges jugak la aku..hurm..tapi aku bukan nanges sebab sakit sangat...aku nanges sebab malu.kawan2 yang kenal aku dah tau dah aku nanges sebab malu..huhu...sakit aku boleh tahan weyh...malu tak boleh tahan la...hihi...pengalaman siot...terus jurulatih bawak pegi hospital..x-ray tengok oke semua...lega aku..cuak jugak la...tak dapat bayang hidup menggunakan kaki sebelah...hukhuk...
  • nasib bek la aku x jumpa dah budak-budak yang tengok aku jatuh..kalau x,seumur idup aku malu...huhu...jatuh ini jugak menyedarkan aku betapa baguznya kawan-kawan aku menjaga kebajikan aku...huhu...baik perempuan mahupun lelaki...thanks semua....
  • kepada encik kem komanden,aku dapat ngajo anak n cucu kau nt siap la!!!hahaha....

27 September 2009

Selamat Hari Raya

  • terlalu lambat untuk aku ucapkan selamat hari raya untuk semua...
  • tapi aku masih mahu mengucapkannya....
  • SELAMAT HARI RAYA.....maaf zahir dan batin.....
*raya di tengah-tengah kekalutan dan kesibukan hidup sebagai pelajar....ditambah dengan virus mata yang tersebar di hometown(aku turut menjadi mangsa),menyebabkan nafsu m'blogging dan menyentuh laptop termati seketika....~maaf semua~

18 September 2009

Hadiah Untuk Kamu


Maaf,

aku tidak layak membalas dendam..
jauh sekali menghukum...
kerana aku bukan sesiapa....

Cuma satu kamu perlu tahu,
aku akan kembali menjadi diri aku...
diri di zaman gelap ku...
bersama teman-teman aku yang kamu benci...

Kerana hanya itulah yang aku mampu..


16 September 2009

ROCK n LOVE...

shit...
malam nih,xde maknanya perkataan kat baju aku nih...
ROCK n LOVE???wtf?!!
aku x ROCK pn...rock pe jadahnya kalo meleleh gak air mata nih...
Lama dah aku tahan,pecah jugak malam nih...
Banyak sangat berita yang tak best aku dengar,benda tak best yang jadi...
jadik,aku buat keputusan untuk smpan je rock nih dalam poket...
leleh jela dah nak leleh sangat air mata oi...

*disebabkan aku tak ROCK malam nih,aku nak pakai baju ni buat tido..biar kena air liur basi..argh...lantak lah...

15 September 2009

~emo~


cuma mau tanya pendapat semua;

1) Korang marah tak kalau member korang selalu appear offline kat korang tapi akan online tiba-tiba bila nak mintak pape(pertolongan @ maklumat) dari korang?
Aku: wey minah,aku tau kau offline kat aku...kau kena ingat idup ni adil...kau akan dapat balasan nanti...kalau aku ditempat kau,aku malu la nak online kat orang yang selama ni aku appear offline bila aku memerlukan orang tu pulak..kau memang tak tahu malu!

2) Korang rasa pe bila kawan yang korang percaya selalu tipu korang?
Aku:HAHAHA.....aku tahu kau kelentong aku.Aku tak bo*oh..aku sengaja buat-buat x tahu sebab nak jaga aib kau!~nikmat yang kau dapat bukan milik kau.kita cuma peminjam..Dia berhak menariknya bila-bila masa sahaja~

3) Korang meluat tak kalau ada antara kawan-kawan korang yang takde la baik mana pun tapi BAJET bagus?
Aku:meluat sgt beb...gase nak muntah atas muka orang tu...bencinya aku...sabar jela..(tapi aku sangat hormat pada manusia yang memang baik)

4) Apa pendapat korang pada manusia yang selalu menegaskan untuk mengikut peraturan apabila orang lain membuat salah tetapi melonggarkan peraturan tersebut apabila diri sendiri membuat salah?
Aku:bosan dengan manusia sebegini.kau ingat ini dunia bapak kau ke??go to hell...


*pada semua pembaca,silalah tinggalkan pendapat anda..Aku sangat menghargainya..

13 September 2009

Kisah Lailatur Qadar....

Bila bulan Ramadhan, aku akan teringat ustazah sekolah aku dulu.Dia ada cerita tentang malam lailatur qadar..Lailatul Qadar ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.



Di sebuah kampung, ada seorang lelaki tua bernama Abu(bukan nama sebenar) yang terlalu ingin melihat malam Lailatur Qadar.Setiap kali ramadhan, di sepuluh malam terakhir, Abu akan setia menunggu di tepi tingkap usangnya dengan harapan membara.Abu terlalu ingin meminta sesuatu daripada Allah.Melalui cerita yang di dengar, pada malam ini semua pokok-pokok akan bersujud kepada Allah.Oleh yang demikian,Abu mengambil keputusan untuk terus berdiri ditepi tingkap bagi memudahkan beliau melihat pokok-pokok bersujud.

Dia menahan mata yang mengantuk dengan bersungguh-sungguh dengan harapan impian beliau akan menjadi kenyataan.Nak dijadikan cerita,pada tahun itu,beliau ternampak pokok-pokok bersujud menghadap kiblat.Lelaki itu terlalu taksub dan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sehinggakan dia terpegun.Dia terfikir mahu meminta rumah besar,kereta besar,wang besar dan banyak lagi lah.Tapi malang nasibnya apabila dia tersasul dan menyebut "Ya Allah,kurniakanlah aku kepala besar".Dengan izin Allah,kepala Abu bertukar menjadi besar sehingga terkeluar daripada tingkap usangnya dan tidak boleh masuk kembali ke dalam rumah.

Keadaan menjadi panik dan Abu terus berdoa untuk meminta Allah mengembalikan semula saiz kepalanya yang asal.Setelah doa Abu diperkenankan, kepala Abu kembali seperti asal.Abu masih berhajat untuk meminta apa yang telah dirancangnya,namun malang nasib Abu apabila dia melihat pokok-pokok sudah kembali seperti sedia kala menandakan malam Lailatur Qadar sudahpun berakhir.

*bila dah besar-besar ni baru aku faham apa maksud cerita ustazah aku ni..niat perlu ikhlas..Abu ni nak cepat kaya sampai niat menanti malam Lailatur Qadar x ikhlas...Balasannya,habuk pun x dapat..Kira nasib baik dah dia dapat balik kepala dia..kalau tidak,mau kena pecah tingkap nak bawak masuk kepala dia balik kan?

10 September 2009

~ 21st ~

10 September 2009
21st already...
gase macam masih kanak-kanak riang...sigh...
thanks 2 my dear yang bt sprise smlm...boleh pulak dtg tgh2 mlm...huhu...tq so much wak...
really luv dat flower.

ni la bunga y aku dapat semalam...
"bunga-bunga cinta" - cess..jiwang lak...



2day bunga tu kembang...cantik sgt....
+ wangi jugak upanya..




ni 1st bunga y ak dpt...time ni mrajuk nape tah....dia pujuk aku pakai bunga nih...
~ cair beb ~


*United We Stand,Divided We Fall....erk...

09 September 2009

TI-84 Plus

Percubaan baru...
Sepetang bersama TI-84 Plus...
Menarik tapi memeningkan sampai aku tak tahan mengantuk...

Susah jugak main dengan TI-84 Plus ni mula-mula...

Salah range,graph senget..

Tapi lama-lama oke je...



*Lupa pulak...TI-84 Plus ni adalah sejenis graphing calculator...

07 September 2009

Demam Malas...

Aku baru pulang...
Kemalasan melanda diri aku...
Bukan aku yang malas...
Tapi malas yang datang pada aku...

Aku tak mau malas-malas.
Sebab bila aku malas,aku akan jadi pemalas...

Akhirnya,aku tidak lakukan sebarang kerja.

Kerana aku diselubungi kemalasan yang malas untuk aku tafsirkan....

  • Dalam kemalasan ni,aku sempat terfikir,macam mana aku boleh jadi BuLat sebulat hari ini...hahaha....
  • Tak banyak yang aku harapkan,aku cuma berharap agar aku dapat kembali ke bentuk asal aku yang KURANG sedikit bulatnya....
  • Boleh ke hah???